August 3, 2011

DRK 2011 : Diari Ramadhan Katijah - Siri 1

Harini dah 3 Ramadhan dan aku belum sempat lagi menunaikan ibadah puasa dan lain-lain.

Tapi Ramadhan tahun ni agak berbeza sikit dari tahun-tahun lepas.

Kalau orang lain sibuk update status depa

"1st time puasa dengan hubby..happynyeeee"
"1st time puasa as a wife.. :) "
"1st time puasa as a mom..."
"1st time buka dan sahur sebagai isteri orang.."
"1st time masak sahur untuk husband"
"1st time....1st time...1st time...1st time...."

Bagi aku plak, "1st time tak dapat puasa dan tarawikh hari pertama.."  and   "Still single lagi bulan ramadhan ni" haha!

Azam aku tahun ni nak masak je, tak nak beli kat bazaar.
Kalau beli pun, setakat kueh-kueh singgit duehingget. je.

Hari pertama aku dengan kakak aku masak sambal ikan bilis sama puding milo je.
Pasal lauk kenduri yang kami tapau dari kampung tu, banyak lagi.

Hari kedua, aku meredah jammed ke Bangi lepas kerja. Ada hal sikit.
Maka singgah belikan kueh pelita, murtabak dan air kelapa laut untuk kakak aku kat Bangi sana.

Hari ketiga, aku plan nak goreng ikan bilis bawang aku yang dah lembab tu buat stok. Busuk kemain.
Dengan aku nak buat dadih, pun buat stok simpan dalam peti.
Tapi balik kerja ni aku ada plan lain. Ngeeee :)
Time tak puasa ni la panjang langkah aku.

Esok, Inshallah aku akan start puasa :) Alhamdulillah...
Harap dapat banyak buat ibadah.

INSHAALLAH.

P/S : Rasa nya gaya penulisan aku kali ni macam karangan budak tengkatan 3 Anggur je! HAHA!

1 comment:

  1. pasni status awk dh boleh tukar...
    1st Day Puasa....
    hehhe

    ReplyDelete