March 28, 2011

Test post by blogaway



Sangat leceh mahu membuat entry di blogger.com melalui 'encik tab'.

Ini kerana keypad di 'encik tab' tidak muncul apabila kita 'tap' pada ruangan menulis entry.

Maka saya cuba memuat turun aplikasi ini dan install dalam  'encik tab'.

Lets see how this 'blog away' works . ;-)

March 23, 2011

Kalau malang tu ada bau..........

Kalau malang tu ade bau kan,wonder what smell it will be??
Thats why tok nenek moyang i dulu dah bagitau yang malang tu mmg tak berbau.


Alkesah.
Pagi ni, memang semangat betol nak pegi kerja sebab dah set dari semalam lagi, nak siapkan kerja pasal dateline hari ni.
Alih-alih,kena msg bos : "Bos, harini saya nak ambil halfday yer, ada malang tak berbau jadi kat keta saya..."
Bos : Ok.Noted.

Pagi tadi, lepas reverse, baru jalan sejengkal, keta aku kuar bunyi.."kelepet, kelepet" kat tayar dia..
Aishh..Jgn buat pasal, takan pancit kot?
Aku kuar check tengok, ok...takde ape pon. Pelik!
Aku terus kan lagi jalan, bunyi tu kuar lagi..Stereng pun gegar-gegar.
Eh! Apesal ni?
Boleh tak dalam pale otak aku ni terpikir, ade ulau tido dalam pagau enjin.
Pasal bunyi dia macam benda tersangkut.

Dgn penuh was-was, aku berenti depan kedai mamak kejap, nak check.
Pasal, kalau ade ape2 kang, boleh aku lepak2 breakfast kedai mamak tuh.
Kedai tu pun sepelaung je dgn rumah aku..

Check punya check, tengok2 ade bende sangkut kat tayar.
Aku tak pasti kejadah hape, aku cuba cabut, tapi angin kuar laju giler.
Aku tekan balik masuk dalam supaya angin tak kuar banyak.


Apekemendenyetahni?

So, sebelum tayar nye kempis, baik aku bawak pegi workshop dulu.
Nasib baik kawasan rumah aku tu strategik. Workshop banyak giler.
Petronas, Shell, KFC,Sup Ani, Giant, 7E, ATM, mamaks, cosway, highway segala nye depan mata.
(tibe2 melalut kan? haha)
Tapi, manade workshop buka pukul 7.30 kan..takpe, parking je depan kedai cina tu.
Mesti cina tu suke pasal dia datang2 jer, ada customer dah.. Haiyaaa...Manyak ongg ooo!!!
Sementara nak tunggu workshop tu bukak, aku pegi menapak balik ke kedai mamak tadi, pasal sup ani pun belum bukak. Nak breakfast kat KFC, kembang pulak tekak aku.
Duit pun ala-ala kadar jer ni.
Nak singgah sambung tido kat rumah, kunci rumah tinggal dalam kereta. Bertuah!
Pas layan milo ais & roti bawang sorang2, aku menapak balik ke workshop tadi.
Mak oiii.. letih kot...pasal dah lama tak jalan kaki.
Dulu masa naik bas, steady jer.. Tak kesah pun jauh mana huhu :(

Sampai2 jer, tgk workshop dah buka.
Alhamdulillah.. Cina tu pun happy jer pasal pagi2 dah ade customer kan.
Cina tu pun curious gak nak tau apa yang tercacak kat tayar aku tu.
Punya la payah abang mechanic tu nak cabut.
Rupa-rupanya ... si jenglot ni yang menikam tayar.

Paku apa ni? paku pakis ker??

Terkejut cina tu. "Haiyoooo! Manyak teruk ooo...manyak panjang!!"
Terus dia bakar colok pastu, kibas2 kat pintu workshop dia!
hahaha.. adehh!!

Nasib baik, boleh tampal jer tayar tu. RM5 jer.
Ingatkan ker mahal benar tadi.
Huhuhu..



P/S :
Aku nak buat teka-teki, kasi nujum pak belalang jawab.
"Ada satu benda...Diluarnya getah, Didalam paku? Apakah ia???"


March 21, 2011

PEKA bukan PEKAK

Orang laki-laki ni, kalau orang pompuan cakap dia tak memahami,
Dia bising marah-marah tak puas hati.
Konon dah cukup faham luar dan dalam.

Tapi ada jugak orang laki-laki yang  buat tak layan dan malas nak fikir bila perempuan cakap dia 'clueless' atau tak memahami.
Dia nak jugak orang perempuan terus terang kat dia,apa masalahnya.
Konon caring.

Tapi bila orang pompuan luahkan dan terus terang, dia tak terima pulak salah dia.
Bahkan, lagi nak mencari salah orang pompuan.
Tak pun, cari sebab-sebab lain nak jadikan orang pompuan ni punca kepada masalah.
Konon yang dia tu dah buat yang terbaik dah.

Apa yang dimaksudkan dengan "memahami" bagi sorang perepuan,wanita dan dot.dot.dot sebenarnya ialah :

Orang pompuan ni nak orang laki-laki peka dan tau apa yang orang pompuan suka dan tak suka.
Tanpa orang pompuan nak kena bagi tau segalanya pasal diri dia.
Suka pegi mana, suka makan apa, suka makan apa dan macam2 lah.
Dan dari situ lah baru boleh mengambil dan menambat hati.
Sekaligus menjadikan dia seorang yang memahami.
Cuba peka sikit. Bukan pekak!

Kalau semua benda orang pompuan nak bagitahu, buat listing, bagi kat dia, takde la namanya memahami.
Aduyai.

Ada tak lagu yang tajuknya 'memahami'? Kalau takde, Katijah Ibrahim nak compose!

March 3, 2011

susah lah camni!!

Susah lah kalau hari hari asik rindu jek?

Erk!!

Ater? Cemana gaya?
Published with Blogger-droid v1.6.7