June 28, 2011

End of 26.


End of 26...??

Or

Early 27...??

I'm tired of waiting. :-/

And I really-really HATE it. X-(

O Allah, please show me the way :-(

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

June 27, 2011

Countdown Week!

Ok.Ok
Minggu ni takmo tulis-tulis pasal stress pasal ada reader yang dah turut sama stress berjemaah dengan saya. (Hehe!)
Lagi pun, minggu ni adalah 'Countdown Week'.. Kalau stress-stress, abis lah mood itu!
Lagi pun (lagi), minggu ni saya berhasrat untuk berpuasa 5 hari berturut-turut.
Moga dipermudahkan untuk membayar hutang yang 'berbelen' 6 hari ini.
Insyaallah. Tapi, baru pukul 9.49 pagi ISNIN ni, perut saya ni dah berkecamuk meminta makanan. Nafsu je tu!

Maka, wajib lah saya mendidik nafsu saya ni supaya tabah dan bersabar.
Berpuasa kan antaranya menahan lapar dan dahaga serta mendidik dan menundukkan nafsu.
Maka saya pun menggoogle apa hukum nya jika membatalkan puasa ganti / wajib tanpa ada sebarang keuzuran yang terdesak?

Ramai yang keliru sama ada boleh berbuka atau tidak kalau dah lapar sangat kan?

Soalan:
Apakah hukumnya membatalkan puasa ?

Jawapan:
Hukum membatalkan puasa dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah berdosa besar dan wajib mengqadhakkannya

Sumber:
kemusykilan


Noted disitu TANPA sebarang keuzuran. Kalau boleh berjalan dan masih boleh melakukan kerja (dalam aircond) plak tu, tidak dikira sebagai uzur ye. Lepas tu, siap boleh bergosip dan sebagainya, sudah tentu2 tak boleh buka puasa kan?

Maka didik lah hati dan nafsu supaya bersabar.


 
Countdown Week : 4 days to go!! *Senyum lebar*

June 21, 2011

Awok puaseerr......


Memang agak kuat dugaan nye kalau berpuasa di bulan BUKAN Ramadhan ni.
Mana tak nya, SETAN dan nafsu berkeliaran!
Kan orang kata setan semuanya diikat semasa bulan Ramadhan.

Sekarang Rejab.
Semua orang pun majoriti nya sibuk mengejarkan pahala puasa sunat Rejab.
Tapi aku sibuk nak menggantikan puasa yang tertinggal Ramadhan lepas.
Itu lah, pemalas nak ganti awal-awal kan?
Jika puasa harini berjaya dikekalkan, maka ada lebihan 6 hari lagi untuk di lunaskan dengan segera.
Sebelum terpecahnya "empangan" dan terkibarlah bendera Jepun pada bila-bila masa.

Setiap kali berpuasa ganti semasa hari kerja, memang sangat menduga iman.
Yelah, orang kiri kanan makan itu, makan ini.
Yang kita, time-time berpuasa ni lah teringin itu, mengidam ini.
Hari lain yang tak puasa tu, tak de selera lah, malas makan la, diet lah!
Haih! manusia..manusia  T__T

Harini, niat berpuasa ganti untuk hari keempat TIDAK berturu-turut.
Pagi-pagi datang pejabat, menguap sana, menguap sini.
Time-time macam ni lah mengidap Radix coffee, Pearl Kacip Fatimah, Kopi O food court.
Hati tu kalau diikutkan hasutan syaitanirrajim, memang dah lama dah pegi breakfast!
Tapi iman masih kental!

Nak dijadikan cerita, tadi aku berselisih dengan beberapa makcik cleaner yang menjinjing makanan dalam polisterin dan air teh O ais di depan lorong lif.

Dalam hati aku  :  "Uih! tapau makanan! ape lah lauk yang diorang tapau. Mesti sedap!.....Uiks!! Teh O Ais!! Menitik-nitik air diluar plastik kerana proses kondensasi. Sedap nyaaaa~~~"

Mak cik cleaner (serentak) : "Oh mak kau jatuh...jatuh!!jatuh!!"

Aku pon terkejut! Damn!

Fail ditangan aku jatuh terjelepok atas lantai. Sian fail. Nasib baik bukan aku yang jatuh.
Punya lah tergodanya aku dengan polisterin tuh! aishh~

Kathy...kathy.....another 6 days to go sayang!!!



p/s : 10 HARI LAGI MENUJU PUNCAK!!!

June 20, 2011

I hate this TOPIC!!!

Working mood hanya stay sampai pukul 3 je. T__T

Harini, aku sangat jahat kerana mengambil cuti setengah hari kerana keliatan bangun untuk pergi ke pejabat!
Kepala hotak aku berjambul!!!!
Kalau dulu masa study, boleh la ponteng-ponteng.
Ini kerja beb!
Tapi...tapi...tapi.....cuti cuti pun, aku still work from home okay! Time is precious!
Kalau weekends memang aku tak bagi muka, memang bangun lewat (sikit).
Harini bangun  awal sikit, konon nak goreng mee hoon, tapi kerana sayangkan masa, aku goreng roti telur je dan minum neslo sambil memulakan kerja seperti di pejabat.
Pkul 11.30 baru gerak pergi office.
Alangkah indahnya kalau tiap-tiap hari macam ni kan?
Aku pun tak tau kenapa aku SUUUUUUUUUUUUUUsah sangat nak bangun pagi.
[tengok...betapa banyak nya 'U' melambang erti kesusahan]
Segala cara aku dah buat. Haihh!!!


Petang ni aku stress dengar orang unit sebelah sibuk bercakap pasal kahwin.
Bukan aku curi-curi dengar, dah depa duk sebelah kubikel, dan suara pun kalah sarjan hassan, maka molekul-molekul stress dalam diri aku ni mula lah bertindak balas.
Ala-ala agen cari jodoh , sibuk mengenenkan jejaka A dan gadis B.

Perempuan A : hey, umor ko berapa? Bila ko nak kahwin.
Lelaki B : 25..(tapi aku tak dengar bila dia tahun yang dia nak kahwin)
Perempuan A : Ko jangan, paling-paling ko couple pun 2 tahun, lepas tu nak bertunang lagi. Ko kene ingat, ko kerja dekat "Tanunba". Gaji bukan banyak pon!!

Aku :  (dalam hati) Erkkkk!! kalau seorang jurutera yang kaya dengan claims boleh cakap macam tu, apetah lagi aku programmer cabuk ni. Harapkan gaji je lah. Kalau company En Po apetah lagi.Haih...
En Po...En Po....

STRESSS!!!STRESSS!!!

June 19, 2011

Jang oh Jang!


Dan satu pesanan dari sang ibu : 'Cepat2 sikit kumpul duit tu....'

Dan sang anak pun termangu : 'Errrrrrrr...'  dan dalam hati nya berkata 'eh, pedas betul nasihat ibu'

Dan sang kekasih  pun berkata : 'Tahu takpe! Terima kasih wahai ibu yang memahami. Ops. Bakal ibu..'


P/S : Baru siang tadi merayau sorang2 di midvelly dengan hala tujuan sambil swipe debit kad sesuka hati. Puas! ;-)  ok. Next payday will be on 23rd.  Ngiaaaaahahahaah!

June 14, 2011

I Lefyu Po!!

Dek kerana kesibukan yang hentah-hape-hape, aku dah terlupa nak post satu entry khas buat hencik Po!
[Name baru untuk encik S adalah encik Po , sempena nama panda si Dragon Warrior. Lagipon, ramai pulak yang nak guna nama samaran encik A la, encik B la, C,D,E,F,G,H....smpi tak cukup huruf~]



Actually, dari dulu aku agak "geli" sikit nak nyebut perkataan tu. Pasal aku rasa macam tak de kaitan dengan aku yang masih single dan available nih. opss!

Tapi, disebabkan hanya itulah perkataan yang sewajarnya, makan aku nyebutkan lah jugak kat sini walaupun dah overdue LAPAN(8) hari dari tarikh harini.


Maka dengan itu, genaplah setahun pertalian-pusat perhubungan aku dengan encik Po.
Selamat hari ulangtahun 'dotdotdot' encik Po!



SEKIAN~

June 12, 2011

365 hari mencari jodoh?

Wah!
Tajuk nak gempak je kan.
Sila jangan tertipu dengan tajuk diatas.

Ia sebenarnya adalah sekadar PERSEDIAAN wajib untuk MENERIMA jodoh. Erkkk!

Ia adalah salah satu kriteria utama kelayakan untuk diterima sebagai menantu. 
Bahkan, mungkin juga sebagai menantu kesayangan.
Tanpa kriteria  ini anda mungkin tidak akan berjaya dalam temuduga calon menantu oleh bakal mertua anda kelak.

Tapi, ada juga bakal mertua yang tidak mengambil kira sangat akan kriteria ini.
Asal calon menantu mempunya paras wajah yang cantik, itu sudah memadai.

Tapi ingat! Ramai lelaki diluar sana mahukan calon isteri berpakej lengkap. 
Yang paling diutamakan adalah kriteria ini. 

Dan kriteria ini sangat penting untuk para ISTERI untuk menambat hati sang SUAMI.
(Aiceh! ayat dah macam ustazah Norbahyah gitu kan)

Maka, demi menjadi calon menantu dan calon isteri yang gemilang (aiceh!) saya dengan ini telah mendapatkan senaskah buku yang dirasakan perlu dimiliki oleh saya. (Orang lain tak tau lah plak)

365 Hari bermula dari hari???


Wah! Ayu gitu kan membeli sebuah buku teks resepi ditemani oleh bakal 'tukang rasa'..erkk!!
Saya rasa buku ini sangat menarik dan lengkap.
Cakap je nak masak ikan berapa rasa, 3 rasa? 8 rasa? cukup rasa? tak yah sesusah google-moogle kat tenet.
Dalam buku ini semua dah ada.
Dari sesimple-simple lauk, sampai seleceh-leceh lauk.
Segala jenis mee,nasik goreng, kueh-mueh? Lengkap!

Yelah, nak kahwin bukan senang.
Tanggungjawab tu besoorrrr macam mamat khalid kata.
Bak kata Ustaz Azhar Idrus (YouTube) dalam ceramahnya yang berloghat Terengganu itu ada menyebut :

"Org puang lo ni hantarang hok 10ribu,12ribu..tapi bilo suruh masak dok tahu.. Kalu gitu, beri seribu cukup lah...hok yang 10ribu,12ribu ni, hok yang tahu belake. Sik briyani tahu, Sik minyak tahu, sik kabu tahu..."


Dan petikan dari blog ini dalam entry nya yang bertajuk "20 Things To Do Before I Get Married"
ada menyebut :

"6.Belajar masak semua core lauk. Asam pedas, kari kepala ikan, masak lemak cili api, ikan siakap 7 rasa, tom yam Chiang Mai, rendang, ayam percik, okay okay paham..."


Hahaha.... 
Betoi jugak kata depa tuh.
Dibuat nya bakal atau mak mertua nak 'test power' suruh masak nasik tomato ker, nasik bukhari ker, kan... 
tak ke 'mencikau' rasa masa tu.
Tapi kalau tak reti masak nasik berperisa tu, biasa lah kan.
Tapi kalau dia bagi soalan subjektif rendang kambing,kambing black pepper.
Paling-paling cikai pun Mi Kari dan kueh-mueh untuk buka puasa. 
Pergh! Kalau failed, rasa nak nyorok dalam kabinet dapur tu kan.
Orang laki sekarang, masa bercinta memang lah tak kisah anda tak reti masak.
Adat bercinta, semuanya nya cantik dan wangi.
Tak pandai masak pun tak de hal.
Lepas kahwin, kau siap!
Yelah, duit beribu-ribu dah labur.
Beli itu, beli ini. 
Kenduri 'Grand Giler' kata orang.
Bila sampai part masak, kau ajak makan luar!
Kering laki kau nanti.

Jadi, pengajaran yang boleh diputarbelitkan disini ialah :
Belajar lah masak sebelum anda dimasakkan. Erkk!!


"Rahsia saya Katijah Ibrahim hanya dengan bawang segar...sajian Kebahagiaaaaan~~~~~"

Sekadar gambar hiasan~~



June 1, 2011

Ikan PINK???

Sweet jugak kengkadang DIA ni.......Time aku sedih2 ni, boleh plak DIA mms kan kartun bawah ni...



Tapi kenapa yang DIA kaler pink??? and lagi kecik dari si kuning tuh??? hahahhahahahah!!!

p/s : Kata DIA, comel sikit pink! and yang kecik tu "coming soon" katadia. :P