November 30, 2011

Jangan pandang orang sebelah mata ye!

Gua tengok muke selebet je brader technicion ni, mata pun kuyu je kan, rambut pun jurai-jurai..
sekali gua tgk mcm matpit baru lepas SPM pun ada....

Sekali pagi ni dia duk edar kad kahwin daaa.... gile ah bro!!!! 
Impress gile gua! Gua yang keje eksekutip ni pun simpanan pun terumbang-ambing!
Itu laa....uwan-uwan zaman dulu cakap : dont judge a book by its cover! 

Huih? byk jugak duit technicion letrik nih yer? haih~ 
kalau tau, dari dulu dah duk usha technicion. hahaha!!
Tak yah nak engineer-engineer sangat... hahaha!!

Mutiara kata : Rezeki Allah yang bagi tak kira pangkat,darjat,bangsa,agama,warna kulit....So, sekarang...KO NAMPAK ITU PINTU BESSAAARRR???? DENGAN PERINTAH AKU.....GETTTTT OUTTTT KATHYYY!!! PEGI BUAT KERJA!!




November 24, 2011

Oh No!! Malu kot?

Terlalu suntuk masa yang diperuntukkan untuk aku merancang, memikirkan, mengatur, meng'execute'kannya.
Dan ianya BERSEORANGAN!  *mode down & loser activated*

Terkapai-kapai ku kelemasan, di lambung ombak kebingungan. (tibe2 pasang lagu Sudirman kan?)

Aku rasa semua yang aku lakukan dah tak betul,sampai jalan pun aku rasa tak jejak tanah nih!
Aku asik garu kepala, sampai rambut pun tak lekat.
Satubendakejadahapa aku tak mulakan lagi. HAAAIIIHHHH~ *mari mengeluh*

Jika aku punya banyak uwang, memang selesai segalanya sekelip mata.
Arah kan itu, arah kan ini, tunjuk sana, tunjuk sini..nah ini duit. Deal!
Haih! *keluh pendek*

Jauh lagi masanya, tapi debaran nya sudah kuat dirasa.
Sehingga seperti tidak berlari darah dalam salurnya!

Aku rasakan aku tidak mahu melalui semua ini.
Argh!!!
Aku seorang yang pemalu. Oh tidak!!!
Aku rasakan aku masih lagi tidak layak duduk dikerusi itu tersiput-siput menunggu perwakilan!
Macam hampeh!
Malu lagi memalukan. uih! muka aku rasa tebal macam dinding.
Cahaya flash berkelililing konon seperti anugerah skrin.

Tolonglah hentikan debaran ini. TOLONG!

CANT WE DO IT AS SIMPLEST AS POSSIBLE?

November 20, 2011

Kalau Kau dan Aku....


Apa kau rasa kalau kau bercakap dengan orang tapi takda respons?

Apa kau rasa bila kau pokpekpokpek semangat bercerita dengan orang, tapi dia tekun menghadap laptop?

Apa kau rasa bila kau meluah perasaan sampai terluah sekali anak tekak kau dengan orang, tapi dia buat tak tau?

Apa kau rasa bila kau mintak tolong, mintak pendapat dengan orang, tapi dia semudahnya kata tak tau?

Apa kau rasa bila kau macam bercakap dengan dinding?bercakap dengan ayam? Tiada response?

Kalau AKU?

Kalau aku, aku malu.

Kalau aku, aku sakit hati.Sebab aku tak pernah sekali buat kat orang lain macam tu.

Kalau aku, aku sedih.

Kalau aku, aku tertekan.

Kalau aku, aku rasa kecewa.

Kalau aku, aku rasa macam nak NANGIS!!!

Oh. Maka beruntung lah mereka yang mempunyai ramai kawan yang sudi mendampingi nya dan keluarga yang menyayanginya. Lekaslah bersyukur!

Tapi kata orang, walau teruk yang kita alami, ada orang lain lebih teruk dari kita.

Tenanglah.

Fikirkan positif!

:'( isk..isk..isk..  Makkkk...

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

November 15, 2011

November 13, 2011

Chop!!!


"tuthreepurlwantu"

VERY HAPPY!

EXCITED!

BIG GRIN (^_________^)!

MUCH EFFORT!

HARD WORK!

CAN'T WAIT!

MADE IT TRUE!

hehehe!!!!!!!



Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

November 2, 2011

Alhamdulillah


Allah menjadikan manusia berbagai-bagai dan berbeza-beza.

Alhamdulillah, Allah juga telah kenalkan saya dengan orang yang nyata berbeza dengan orang lain. (InshaAllah)

Saya harap sikap nya terhadap saya selama ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Itupun kalau saya kahwin dengan dia lah.

Kalau tidak, saya akan doakan dia sentiasa tenang dan menjadi lebih baik  dari sekarang.

( Dan satu lagi, saya juga mengharapkan supaya berat kandungan yang beliau kandung selama 27 tahun ini akan cepat di hilangkan.

Kesian beliau. Hehe )

Love u ;-)


Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)