Showing posts with label bOngek lyfe. Show all posts
Showing posts with label bOngek lyfe. Show all posts

July 9, 2010

Eh! Ape ni sekat-sekat?

Eh! Aku nak balik kampung lah!
Jangan la halang!
Dan takde sape boleh halang.
Kecuali encik suami aku kelak. (Bila dah kawin nanti lah)
Sekarang aku bujang,silalah jangan sekat keghairahan aku nak balik kampung.
Selama ni, tak de sapa pun halang aku balik kampung.
Tiba-tiba, ada sorang makhluk tuhan paling TAK seksi ni, suruh jangan balik!
BENCI lah macam nih! BENCI.

Dah lama kot aku tak balik kampung aku tuh!
Dekat 2 minggu dah!
Tak kira, apa2 jadi pun aku nak balik gak kampung.


gRRRR...!!!

July 5, 2010

Cerpen UPSR 2010 (Cerita Pendek)

Pada minggu lepas, saya dan keluarga telah pergi bercuti ke Cameron Highland.
Kemudian saya dan keluarga telah mengalami demam dan batuk-btauk selama hampir seminggu akibat kesejukan disana dan terlebih memakan buah strawberry.
Anak buah saya juga telah di masukkan ke wad.

Pada minggu ini, sebelum sempat batuk-batuk saya pulih dan reda,
Saya telah pergi bermandi-manda dan bersuka-ria di taman tema Sunway Lagoon bersama rakan-rakan sekolah menengah saya.
Kemudian saya telah mengalami sakit-sakit,lenguh-lenguh,bengkak-bengkak sendi dan tulang akibat bermain air dan gelongsor extrem tanpa mengingati dunia.

Pada hari ini, saya ke pejabat seperti biasa.
Saya mengalami sakit kaki di peha,betis dan atas tapak kaki.
Tapi kerja tetap perlu dibuat.
Kerana, buat kerja hanya guna tangan, mata dan otak.
Bukan guna kaki.

Gambar-gambar bukti kejadian akan saya muat naik kemudian.
Itu pun kalau saya rajin.

Kesimpulannya, mencegah lebih baik dari mengubat, jangan lebih kuah dari sudu. Sekian.

July 2, 2010

Julai yang pilu

Dah bulan 7!!
Bulan yang akan menyedihkan.
Lepas ni, tinggallah aku kat opis ni sensorang tanpa rakan2 se-gosip,se-brekpes,se-lunch dan segala aktiviti kat opis nih.
Sorang dah diangkat ke kerajaan langit. Ada tugas yang lebih memerlukan dia diatas.
Sorang lagi bakal diexport ke zon beku,COIT. Tempat lama beliau.
Sorang lagi, memang dah lama diserap ke bangunan lama penjanaan. Tah hapa yang nak dijanakan pun aku x pasti.

Maka,akan tinggallah aku sensorang dikelilingi 4 meja kosong dalam menara rebung yang kini penghawa dingin nya mengalami kerosakan selama hampir seminggu.

Adushh..Bosan nya hidup aku lepas ni tanpa rakan2 se-aktiviti.
Nak buat sebarang kejahatan & kebaikan pun perlu berseorangan.
Takan nak ajak senior2 kot kan?
Kesian Kathy tinggal sorang. wuhuuu... :'(

Encik S pun bakal sibuk setat minggu hadapan.
Ada model baru yang nak dipasang katanya.
Rimas betul dengar perkataan kerja & sibuk ni.

wuhuu :'(

June 23, 2010

Orang, Ingatlah!

Kenapalah semua rasa yang diri diorang ni adalah paling baik.
A kata B salah, B kata C jahat, D kata E entah hapa2, E kata F bodoh, F kata G kurangajar.
Tapi pada hakikat nya, A,B,C,D,E,F dan G sume sama.
Takde yang baik pun!
Sume ada keburukan diri masing2!
Cumenya masing2 mungkin TAK CUKUP masa nak muhasabah & cermin diri masing2.
Tapi, punyai LEBIH MASA utk tuding dan cari aib & keburukan orang lain.
Dan berbangga atas kebaikan diri sendiri.
Inilah dunia! 

June 11, 2010

Samarinda,Cerekarama,Akasia?

Ya Tuhan..Aku dah tak tau pe nak jadik dengan dunia disekeliling aku nih.
Semua orang pun dah macam tak boleh nak percaya sangat.
Bak kata mak aku, ayam kat reban tuh, dah bau musang!
Tapi, orang2 disekeliling aku dah berbulu & perangai masing2 mengalahkan musang.
Aku rasa,selama aku hidup ni,skrg baru lah aku kenal hakikat hidup yang sememangnya byk yg plastik dari yg ikhlas.

Sorang macam ni, sorang lagi macam ni.
Pelik dowh! Aku pelik.

Kat hopis, sikap masing2 unpredictable! menakutkan & memeranjatkan!

Kat humah, sikap masing2 amat menyedihkan & menyakitkan hati!

Kat sekeliling, sikap rakyat 1M, mmg mcm cipan t'utama org yg tak reti beratur naik bas-main potong2 line, org yg tak reti masuk rapat dlm bas-mcm x nmpk org nk naik, org yg tak paham bahasa-pegi naik Ladies Coach dan macam2 jenis orang lagi lah.
Kat FB,sikap masing2 menjengkelkan & kadang2 meluatkan!

Yang kat dalam diri aku sendri plak, PLOT NYA DAH MACAM CITE SAMARINDA.
Aku sendiri pun x tau camna ending nya.

Tu belum masuk lagi dalam soal hati & perasaan sendiri.
Kalah cite kuci-kuci hotak kau la hey!
hahaha!

Dah lah, aku tak tau nak pikir cemana dah..

"Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan" - Alfatihah,ayat 5

June 9, 2010

Alahai Cik Jah.

Alahai Cik Jah.

Dari mana nih? -Dari kola lumpoq!
Nak pi mana? -Nak pi umah dalam peta ni,tapi tak jumpak2 jalan. Sesat kot dah nih?
Takpa,takpa.Mai ikut saya,saya tunjuk pi. -Ok.Canteq!Timakaseh..

Baik sungguh lah aih.
Anak teruna sapa la ni?
(Teruna lagi keh? errk..)

Ni la kot, umah yang hangpa duk carik tuh?
Bagi salam tengok,betoi ke dak.

Alhamdulilah..Betoi,betoi,betoi!!

Lama tak jumpa, Gasidah kekasih lama.
Leka duk berborak ditepi tangga.
Nasik putih yang ditunggu, lepat putih yang keluar.
Teh panas yang diidam, air sejuk yang dirasa.

Badan letih,kulit melekit, minta dimandikan segera.
Mata kuyu juga meraung2 minta tempat untuk lelap dgn selesa.

Ok.Ini tempat untuk melepaskan segala nafsu2 diatas.
Yeuw..pasir,habuk.Gatal-gatal la!
Belum sempat nak memuaskan nafsu..

Tiba2!!
Hujan mencurah,petir menyabung,ploppp!!!
Elektrik putus dalam kamu,dia dan dirinya berkeadaan seperti wanita,perempuan & dotdotdot...
OMG!

Tuk!Tuk!Tuk!
Ada orang datang,kononnya penyelamat.
Gelabah masing2 cari pakaian menutup aurat.

Jom!!! Jiran rumah sebelah memberi arahan.
Cari rumah lain!
Kat sini, nak qada' hajat pun tak boleh, apetah lagi nak tido?
Sarung bantal berkulat!

Pukul 12 malam,dalam hujan lebat,meraban di celah2 semak, mencari rumah yang lebih selesa.
Marah,mengamuk,membebel,mengumpat,merajuk bercampur-campur.

Lapar!
Jom! Carik nasik.
Ada ke kedai bukak dalam banjir2 nih?
Ada lah,sebuah. Apelagi,jamulah perut yang kosong tu.
Layan teh panas dengan mee goreng.
Boleh lah tahan~

Dah..Sekarang boleh lelap.
Bersusun tidurnya wanita,perempuan dan dotdotdot... itu.
Nyenyak kot,mimpi nasik minyak kari kambing ayam golek esok!

Akhirnya,kawen jugak Gasidah kekasih lama!
Meninggalkan sahabat yang lain meneruskan zaman bujangnya.

Tapi,kenapa majlis Gasidah hambar?
Senyap. Macam majlis tahlil doa selamat.
Malah majlis berkhatan di Kampung Bengat jauh lebih happening.

Takpelah, mari mengisi perut.
Dah lama mengidam nasi minyak Gasidah!
Sampai termimpi2.

Tapi...apekan daya.
Mungkin minyak naik harga, atau stok minyak sudah kehabisanullazi.
Nasik minyak yang dimimpi, nasi putih yang menjadi ganti.
Tiada kambing kari ayam golek macam mimpi semalam pun.
Yang ada kawan baik ikan bilis dan kacang serta 3 jenis lauk biasa di food court Level 3,
Menara Tanjung Malim.
Alahai Gasidah.

Meleleh lagi merembes2 peluhku didalam baju yang sendat ini.
Hari panas, lagi memanaskan.

Dicelah2 batu sahabat2 lama Gasidah, mengambil tempat dan angin.
Maklumlah, tiada siapa yang mengenali mereka.
Apetah lagi layanan mesra abadi.
Self servis okey~

Dah lah.
Jomlah balik.
Balik kola lumpoq teruih.
Buat apa lama2 kat sini.

Zrooommmmm~
Nazaria meluncur laju membelah lebuhraya dalam kegelapan malam.
Masing2 hanyut melayan mimpi masing-masing.
Sorang mimpi mandi bunga.
Sorang mimpi duk atas pelamin.
Sorang mimpi bukak kedai kek.
Sorang lagi mimpi tak nampak apa2! Tidoq mati kat belakang sampai kola lumpoq.. hahahaha!!


Selamat Pengantin Baru Gasidah dan suami.
Semoga berbahagia bermesra dan cepat dapat anak.
Nanti anak hangpa kawen, jgn lupak jemput kami lagi yep! :P

June 3, 2010

eksaited.

hari khamis.
best.
workload tak berapa nak banyak lagi.
maka, boleh berlibur-libur di blog.

excited.
nak pergi bercuti kawen di kelantan.
yeay.dapat pergi.
takde lah excited sangat nak tgk kakma kawen.
tapi,excited nak jumpa cikken,cikliz,cikmah,ciklin dan cikda. (eh.cikma pun jugak)
reunion!
tak sabar!tak sabar!tak sabar!

apelagiyep?
takdepedah nak cerita.
nak cerita pasal lebah fuake pun cam tak de selera je.
bluweek!

ok..chioww!


p/s : Malam tadi aku mimpi nak terberanak bersalin. (Siap nampak lagi, sapa laki aku..haha..) Rupa2nya aku mimpi sebab : perut aku keras sbb pakai bengkung a.k.a corset, sebab perut aku sakit,sapu ubat panas sebelum tido..dengan tujuan : taknak kasik angin masuk..

erk! ada macam ibu berpantang keh?

May 28, 2010

Lebah Puaka Kembali

KAH KAH KAH!!!!

Kelakar okeh!! HA HA HA...gelak guling guling!!
Tak sangka nyaaaaaaaaa!!!!! 

May 17, 2010

Aku cukup berSYUKUR...

Hehhhhmmmm....
(Post ini dimulakan dengan keluhan nafas yang panjang,post ini juga akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak kerana ditulis oleh seorang yang sangat sensitif dan post ini dikategorikan sebagai luahan hati yang lara dan sangat emosional)

Hehhmmmmm....(Mengeluh lagi)
Pertama-tamanya, aku nak mintak maaf pada bakal pengantin baru Kak Ma KALAU aku tak dapat hadir di hari bahagia mu, atas sebab2 yg tak dapat dielakkan atas sebab paling munasabah aku rasa : "Mak aku tak bagi..atau lebih senang dikatakan "bagi-tak-bagi jek"..

Juga pada bakal pengantin baru Kak Dira,sebab tak de sapa nak bawak. Saya pun takde KERETA SENDIRI.
Kalau saya ada KERETA SENDIRI ,tentu saya datang, kerana saya tak dapat hadir ke kenduri Kak Ma.
Dan KALAU ada ORANG yang BOLEH bawakkan...pasti saya datang.

Kak Ma, jangan persoalkan kenapa aku boleh datang hari bahagia Peda. Aku pergi pun atas tiket 
"bagi-tak-bagi" Mak aku. Untuk ulang kali ke-2,berat benar rasanya hati.
Aku teringin sangat2 nak hadir hari bahagia kau.

Kak Dira, sorry KALAU saya tak datang, walaupun Melaka dgn N.Sembilan adalah negara jiran.
Tp, apakan daya yang ada.
Nak bawak kereta pun tak terdaya.
Hehhmmmmm....(Mengeluh lagi sekali)

2,3 minggu kebelakangan ni,aku selalu sangat ditanya soalan paling-paling-paling aku BENCI sekali..
"kathy,bila nak beli KERETA?" , "kathy,bila swift nak kluar", "kathy,duit dah byk,belilah Myvi 1"

Hoi...!!! korang ingat nak beli keta macam nak beli buah ke?? nak beli kasut?? nak beli ikan??
Kalau pakai duit BAPAK korang, bolehlah...
Pergi je mana2 showroom, hah order la nak kaler ape, model apa..bapak bayarkan dulu~

Jap!Jap!
Wajib ke beli kereta kalau kita dah bekerja? 
Perlu ke beli kereta, kalau pengangkutan awam yang lebih murah dan mudah ada disekeliling? (mungkin, kena tahan sikit berasak di waktu pagi)
Harus ke beli kereta kalau keadaan tak mendesak?
Atau nak beli kereta, sekadar nak menunjuk yang kita mampu memiliki sebuah KERETA sendiri..!!?
(tp, pada hakikatnya, BAPAK yang advancekan dulu. dan pada hakikatnya, tiap2 bulan suffer nak bayar loan dan maintainance?)

Korang nak tau sangat ke kenapa aku tak beli kereta??? Sebabnya :

  1. Tak berapa nak penting pun bagi aku. Kos pengangkutan aku pergi-balik kerja sebulan secara kasar pun RM90 sahaja. Kalau balik kampung pun RM10 utk sehala.
  2. Hidup aku tak berapa nak mendesak pun. Walaupun kadang2 diri terasa LOSER jugak bila terpaksa jalan kaki,menumpang2 orang & menyusah2kan orang. Tapi telan je la yang susah2 tu. Susah pun sekejap je. Bingit sebenarnya dengar orang cakap, "Gaji banyak, dah boleh dah beli keta".. Itu gaji aku bai, suka ati aku la nak buat apa!!??
  3. Kongkongan / Halangan dari pihak keluarga. Bab ni memang susah! Dah berapa kali dah proposal aku Mak aku tak luluskan? Ditapis lagi dek LKK (Lembaga Kakak-Kakak)aku yang tak memahami tuh. Atas alasan, nanti aku tak mampu nak bayar. Dan alasan Mak aku plak, tunggu la setahun confirm berkerja dulu. (Aku siap dah bertukar kerja dah pun kot? ). BERBANDING dengan korang yang ada MAK & BAPAK yang  prihatin & memahami (atau sporting), siap boleh encourage suruh beli kereta, siap advise dari segala segi,dari A-z...sampai DUIT pun kadang2 "advise" jugakkan..? Maka beruntunglah pada siapa yang  MASIH mempunyai bapa, tempat korang bergantung dan mengadu nasib..(dan meminta "pertolongan kecemasan")  Jadi, dalam situasi aku, aku yang berumur menjangkau 24 ni, tak dapat segala tu semua. Segalanya aku kena pikir dan lakukan sendiri, tapi masih dibawah kongkongan pihak keluarga. Aku TAKDA ayah yang nak tolong surveykan kereta, nak tolong serviskan kereta, nak tolong ajarkan cara bawak kereta, nak tolong bayar roadtax kereta, nak tolong make-up kan kereta,tolong itu, tolong ini, tolong itu..  Aku cuma ada Mak yang berumur 60+ yang sayang sangat2 , 3 orang abg yang pastinya takkan bagi "kasih sayang" macamana yang korang dapat dari ayah korang, dan 5 orang kakak yang pastinya tak 'secaring' manapun.(Jangan harap la nak diorang tanya pasal kereta). Maka,dalam kes ini, plaintif (iaitu aku sendiri),memang tidak mampu nak pergi Perodua showroom,apetah lagi Suzuki showroom, nak beli keta SORANG DIRI tercangok-cangok..WTH?! walaupun plaintif sebenarnya dah biasa membeli-belah sorang-sorang di bandar. (mesti korg rasa euww..loser gile camtu!). Aku pun tak paham kenapa keluarga aku tak bagi aku beli keta, sebab dari A-Z, yang keluar duit aku. Bukan duit depa. Mungkin sebab aku KECIK lagi.. yerrr... TIJAH kocik laieee~
Ntah hapa2 tah yang aku membebel-bebel kat atas tu tah. 
Dah orang ramai asik tanya je, bingitlah telinga aku. Menanah!
Sekarang ni aku cerita semua, kenapa dan mengapa.
Kalau ada yang terasa kat mana2 tu, aku tak nak mintak maaf. 
Sebab ni BLOG aku! Suka hati aku. Aku pedulik hapa!

Malam ni aku terlalu emosional sebab baru lepas call Mak aku meminta kebenaran untuk berkahwin  ke Kelantan bersama KAWAN2 & IBU BAPA KAWAN2.
Malangnya, Mak aku jawab : "Ontahlah,tak dapek nak kato do, suko ati lah"
Lemah hati aku nak pegi.
Dah macam nak ikut rombongan sekolah.
(Dulu masa sekolah, bukan main susah nak dapat pergi rombongan :C )
Dan jugak lagi sekali aku mengadu kerja sekarang kadang2 kena bergerak kesana kemari.
Aku "pancing" Mak aku, nak beli kereta, ternyata GAGAL buat kesekian-kalinya!!

Dan pastinya, JIKA aku usulkan permohonan baru iaitu Borang Permohonan Kahwin, tentunya akan direject bulat2, mentah2, siang2, dan sebagainya.

Arggghhh!!! Tension!!!
Siapa yang dah baca post ni, sila jangan tanya soalan2 yang terlalu komplikated aku nak jawab.
Termasuklah sapa boyfriend aku sekarang. Jawapannya, aku takda boyfriend sekarang.
Suami, Insyaallah. Doa-doakan... :)


April 29, 2010

Mari makan pringle di kala single!

Korang tahu kan? yang beruang kutub tak makan penguin??
Yang keropok Pringles yang botol kaler merah tu tak leh makan?
Aku tak pasti kesahihannya, tapi aku ragu-ragu, lantas mengudang hukum syubhah disitu.
Sekarang kalau aku nak makan, aku makan keropok lekor je Mister Potato jek. Ingat tu! takmo beli Pringles taw walaupun anda masih S I N G L E  seperti S A Y A!
(Jangan ada yang nak muntah belehek kat sini, bila baca statement diatas)

Memang hakikat nya S A Y A masih S I N G L E.
Siapa kata saya sudah double, triple and trouble?
Hati saya masih lagi milik saya sepenuhnya.
Masih lagi B E L U M di pindah milik secara sah.
(Masih didalam pertimbangan lagi. byk resume yang perlu ditapis!!)

HEY...Tak payahlah nak stalking2 cerita saya kat laman sosial.
Bukan ada apa pun.
Suma tu saya mengarut je.
Kenyataan yang benar lagi ikhlas, hanya ada dalam hati saya ni sahaja.
Yang saya sendiri pun masih rabun-rabun ayam sebenarnya.
Justeru itu,jangan main serkap-serkap jarang ye kawan.
Kalau nak serkap, pilihlah yang tebal2 sikit.

Kesimpulannya disini, ais di iceland mula mencair akibat letusan gunung berapi.
Tidakkah anda sedar bahawa itu salah satu tanda2 kiamat semakin dekat?
Maka,perbanyakkanlah amal dan ibadat. Insyaallah. :)
(Sila buat tangan seperti kumpulan nasyid sekolah ye)


Assalamualaikum.Jumpa lagi.

April 22, 2010

Weng~

Seminggu yang gundah.
Seminggu yang gulana.
Seminggu yang resah.
Seminggu yang merana.
[oh! nak kibar bendera Nippon rupanya! Awal nya?]

Kerja tak tetap.
Kerja bertukar-tukar.
Kerja tak siap.
Kerja terbiar.
[oh!semangat dah hilang rupanya! Malasnya!]

Beginilah hidup tanpa ibu di sisi Malaysia.
Huruhara!

Rindu pada ibu.. dan bakal menantu ibu hahah!!

April 21, 2010

Khabaran dari negara padang pasirun..

Yayiee!
Yang Mulia Bonda Hajah Hasnah akan pulang ke tanah air tidak lama lagi..!
Tak sabar nya!
Sepatutnya bonda tiba pada tengahari Isnin, tiba2 dapat perkhabaran yang bonda akan tiba pada tengahari Ahad!
Seronoknya boleh pergi menjemput ketibaan rombongan Yang Mulia Bonda Hajah Hasnah nanti!
Kalau tiba hari Isnin,takde harapan lah nak menjemput!

Semoga selamat sampai ke tanah air hendaknya.

p/s : Klinik mana aku nak pergi nanti ni?? amik MC hari Isnin.. ho ho ho!!

April 19, 2010

Jari Menari.

emm...uuhh...errr...ummpphh...huuu...iskk...ufff..
apekejadahnye la aku menaip macam orang buta warna ni?

haha...anggap je la korang tersilap link dan termasuk kelas belajar mengenal warna.
kalau dulu kat skolah tak sempat nak blaja, inilah masanya.
nak kenal, mana satu mambang hijo, mambang coklat, mambang biru air laut?
sekarang macam mana? mata korang ada rasa berpinar2 tak setakat ni?
kalau takde bermakna anda lulus ujian rabun warna, dan sememangnya anda layak utk memiliki lesen L.
tapi,kalau baru sebaris, korang dah garuk2 mata, makanya silalah beli stok lobak byk2, dan jdkan brekfast wajib korang setiap hari. 



Aku sebenarnye kehilangan kata-kata. 
Apa yang aku nak sampaikan pun tak tercapai2 ni.
Aku pun tak tau apa tujuan berdirinya aku disini.
Baru 10.15. Malam masih remaja.
Langit masih cerah. 
Lampu neon bersinar2.
Kereta masih banyak lagi dijalanan.
Memang indah kota ini di malam hari.
Tapi, aku tak penah nak amik tau ape yang terjadi ditengah2 kota tuh.
Hidup aku saban malam ialah hanya bertafakur bersama bantal dan tilam menyiapkan peta dunia yang ak sendiri tak tau celah mana pangkalnya, dan celah mana hujungnya.

[tengok? aku masih belum mencapai visi dan misi penulisan entry aku kali ini] 

Aishh..susahnya nak carik semula kata-kata yang hilang.
Bagai mencari kuku yan terpelanting jatuh apabila dipotong tak ditadah.
Juga bagai susahnya mencari sebuah cinta sejati... 
.............................................EEERRRKKKKKKKK!!!!!!!!!!! 
Maaf, kalau isi perut anda mahu terjeluak mendengarkan ayat itu.
Jiwang macam nenek kebaya.. eheks!
Tapi, mmg betul. Susah. Sapa kata senang? Angkat kasi sama lu orang punya idung tengok??
Berapa ramai yang telah kecundang dengan cinta mereka? 
Dan akhirnya terduduk sambil makan buah kundang? 
Dan sudahnya hanya menonton episod Malim Kundang seorang diri?

Opppsss!! Jangan tanya aku, dah jumpa ke belum.
Mesti la belum!
Sebab aku tak carikk!!! hahaha!!!


[Lihat? Aku meraban lagi entah kemana.Apa lah tujuan aku ni menulis ni..]



Benar.
Aku sangat kehilangan kata-kata.
Berterabur.
Tak tau nak memula dan menutupnya bagaimana.


Jelas.
Lagi nyata.
Aku sedang bermasalah sehingga hilang kata-kata!



Selamat malam semua... :(


bonda


                         Rindu kat mak !! Mak cepat lah balik..adehh
                                                        :(

April 13, 2010

Q & A

Aku tak ada jawapan untuk soalan yang sama.
Walaupun banyak mana masa yang diberikan utk aku 'study'.
Aku tetap tak jumpa jawapannya.

Sekian.

March 19, 2010

TGIF..!!

Salam Sejahtera ke atas kamu..

Genap 10 hari Facebongek ni tak berupdate oleh tuannya.
Bukan sebab sibuk dengan anak-anak kerja,
tapi, malas.
Too much things happened lately.
Tak tertaip dek aku kat blog ni.

Malam tadi, aku duk merayau2 kat laman KLCC sosial Mukabuku,
aku terbaca sesuatu kat bahagian info kawan aku.
Setepek kena kat batang hidung sendiri. OMG!

Dia kata, dia amik kat blog orang.
Pastu aku amik dari dia, letak kat blog aku.
Supaya nanti ada orang lain amik, letak kat info dia dengan blog dia.
Pastu ada lagi orang-orang amik, letak kat blog orang lain.
Errrkk!! Aku dah mula merepek!

Okay,aku kasi korang layan "teks ucapan" ni..
Kalau tak best dendiam.
Kalau best, sila belanja aku okeh. hehe :)

---888888888888888888888888888888888---

P/S: Yang merah2 tu, saja aku kasi nasik tambah..

Jika kamu memancing ikan.... (kalau minat je) setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....(goreng pon sodap!)  janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....(mengabihkan cacing je lah!) kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. (dah nasib si ikan kaloi~)

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,(nanti bil air melambung) jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....(lenkali beli la yang berkualiti tinggi!)

Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. (beli faiza herbapony tajmahal la!) Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. (Aku nak nasi goreng 'USA'..hehe..tak nak nasi goreng 'kampung')


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yg akn menyesal..

---888888888888888888888888888888888---


Begitulah hikayat Si Luncai dan Labu-Labu nya... hehe...
 
Ape da yang aku merepek, pagi-pagi jumaat ni kan?
Mesti korang mengantuk dan lantas meng'klik' link ke blog lain pula.
Atau lebih teruk,menekan butang pangkah berwarna merah di pepenjuru kanan tetingkap ini.
   
Okay.Cukup.Sampai sini.
Aku ada banyak kerja.
Tapi, otak aku kata, jangan buat!
Otak aku fikir nak balik je,sebab cuti setengah hari dah lulus.
Otak aku fikir lagi, minggu depan tak masuk ofis seminggu.
(Minggu depan masuk Amcorp Mall je! Training)
Minggu lagi sekali, pun tak masuk ofis. Training kat Bangi plak.
Sudahnya? Keje aku terbengkalai dalam komputer yang berkelajuan 503MB ini.
 
Hahaha!!
Bye!

March 9, 2010

Penangan Durian Cheese Cake


Kalau mulut ketat nak kata YA, tapi hati menjerit-jerit kata YA!-YA!-YA!,
itu namanya malu-malu unta.

Kalau mulut dengan laju berkata YA!-YA!-YA!, tapi hati ketat tak berapa nak rela kata YA,
itu namanya tipah terpaksa.

Kalau mulut dan hati seiya sekata berkata-kata YA!-YA!-YA!,
itu namanya gata namo eh tuu!!...
hah...korang jawab sendiri...apa2 jawapan pun boleh.

***************

Apa yang aku cuba sampaikan ni ntah?
Haha! Aku sendiri pun tak pasti.

Ini mesti gara-gara memakan kek cheese berperisa durian dari Resepi Rahsia tadi.

Tah apo lah raso eh..Dah la cheese,campur plak dengan durian?
Elok2 cheese tu dah sodap, apo ditambah plak dengan macam2?
Tak dapek diterimo dek tokak den ni.
Loyo raso eh. Busuk pun ado.
Abih beraroma durian bilik mesyuarat tu tadi.
Mintak mahap la pado penggomar kek-kek berperisa sebegini.
Sok-sok, jangan la order lagi.
Moral of the story eh kek sini, order la kek kek sinia. Gerenti Sodap!

p/s : tak sabar nak pergi training lagi hujung bulan nih. Makan sodap tuh! ;D

March 8, 2010

Hari ini & Semalam [Ceh! Macam tajuk lagu plak]

Minda aku stucked tak dapek nak memikiorkan mende aloh system nih.

Ape la encik senior aku bagi gedebuk system tak bagi passowrd.
Suh aku setup sampai jalan sesempurna yang mungkin.
Haraaaammmm.....
Mampuih tak jalan system nih..(dia bukan ada kaki pun kan?)

Cakap pasal jalan kaki..
Semalam aku pergi menyakitkan kaki dengan berjalan kaki dari pukul 11 pagi sampai pukul 6.
Ditambah lagi dengan berdiri-diri menunggu kawan sorang ni.

3 kali kot menunggu!
  •  Datang lewat -- Alasan : Komuter takmo jalan. (Org suh bawak transport takmo..)
  •  Sembahyang lama -- Alasan : Surau tu kecik. (Lenkali bawak sejadah, boleh solat kat kaki 5   haha!!) 
  • Cari & fitting baju lama -- Alasan : Takde saiz.(Bak kata Ziha, beli losyen mustajab sedozen!!) 
Adeh..Bab-bab menunggu ni yang aku lemah kerana ia melibatkan aspek kesabaran. 
(Hati didalam terbakar, tapi muka buat2 manis je kan ..hahaha) 
Baiklah. Sakit hati turun ke kaki rupanya. 
Patut pun kaki aku sakit.
Sabar je lah kan? Takpe,lainkali gua balas.
[Erkk...baca dek kawan aku ni, mampuuiiihhh aku.. ekekeke]

Emm..apa2 pun semalam sangat best pegi merayap2 kan. 
Kan best kalau dapat menjerit2 naik roller coster tu? 
Tapi, aku yang takut. huh!


Baik.Sila sambung mengadap coding.

Jangan mengadap benda lain!

   
p/s : Aku dalam dilema uwang.

February 5, 2010

Kepala : Jangan Buat Main!

Panas! Hangin! Satu badan arini aku berapi.
Nak2 lagi bahagian kanan kepala! 
Walaupun pagi ni, pagi jumaat.
Dan walaupun aku kesejukan ditimpa hujan lebat dalam gelap tadi.
Badan aku tetap jugak hangennn!!


Alkisah.
Macam biasa RapidKL menjadi "tunggangan" aku setiap pagi.
Aku yang dalam kebasahan,kesejukan dan kemengantukan, duduk sambil menaip mesej.
Tiba2 sampai satu ketika aku rasa cerebrum aku bergegar!
Lain maciam gegarannya!
Dungu sekejap aku rasa.


BA**!! Sakit lah buduh!! Tibe2 aku menjerit macam tu.
Mujur cuma didengari oleh orang sebelah.
(Perlahan je la maknanya....)


Bodoh punya perempuan berbadan besar!
Atau secara kasarnya..GOMOK!
Boleh tak tangan dia yang berat tu jatuh atas kepala aku?
Bahagian siku plak tuh.
Buruk siku betul lah!


Dah lah tak minta maaf, terus je turun buat bodoh.
(Agaknya, lemak kat tangan dah banyak sangat, tu yang tak terasa sentuhan tuh!)
Memang emosi aku terus berubah.
Rasa nak menangis pun ada. (Sebab sangat sakit)
Rasa nak mencarut pun ada. (Sebab sangat geram)
Rasa nak menjerit pun ada. (Sebab tak puas hati)
Dan aku rasa nak turun bas puan ada.(Sebab nak kejar perempuan tuh)
Tapi, nasib baik medula oblongata aku masih lagi berfungsi dengan baik.
Juga hipotalamus otak aku berjaya mengawal emosi aku dengan baik.
Cuma berjaya menangis, mencarut dan menjerit dalam hati aje.


Tapi aku rasa serebelum aku agak berpinar sikit lah.
Sebab aku jadi tak seimbang dan pergerakan aku jadi lambat  lepas turun dari bas.
Mungkin akibat dari hentakan yang kuat tadi..huh?


Seriously, hentakan tadi memang kuat dan sakit.
Hingga saat aku menaip ini, masih terasa2 denyutannya.
Tapi, mujur hampir berkurangan.


Jauh dari sudut hati aku, kalau aku jumpa perempuan tu.
Memang aku tangkap  kepala hotak dia dulu!
Huh!!


*Entry ini tidak berniat menyinggung perasaan mana2 pihak yang masih hidup atau tidak hidup. Ini adalah luahan hati penulis blog tanpa mendiskriminasi mana kaum atau golongan.Harap Maklum*

January 4, 2010

clumsy morning.

4 Jan 10.

Pagi ini hujan.
Jadi, haruslah berpayung.
Pagi masih gulap. Yela, 6.45 kot?
Macam biasa berlari2 ayam utk mendapatkan bas.[Pagi2 bute, tak perlu lah berkelakuan ayu.Golap!]
Syukur, dpt melintas jalan dgn jayanya.

Hari ini hari mula bersekolah dan mula bekerja.
Jangan sekali bermimpi mahu duduk senang lenang dalam perjalanan ke ofis.
Ade sikit ruang di tangga itu untuk berdiri.
Ini hakikat bekerja di bando ini.

Tapi, merosakkan mesen tiket bas RapidKL bukan satu hakikat.[Hehe]
Aku pun tak pasti, ape sebenarnya berlaku.
Pemandu itu meragui aku tidak memasukan tambang dalam tong sampah duit.
Padahal, depan mata dia kot, aku buat. [Bas tu pun gulap, mungkin pemandu rabun ayam]

Dan tiket segera dicetak, dan segera disentap ambil oleh aku.....
....sampai terbuka pintu mesen tiket tu, dan hampir terkeluar gulungan tiket didalamnya!
"Alaaaaaaaaaa...Apasal ko tariiiikkkk???!!!" tengking pemandu bas yang rasa2 nya baru sebulan lebih bertugas.

Kecoh lah brader nih.
Bergegar jugak bas ni bila dia menjerit camtu.
[Pagi lagi ni bang, sabar la.Tak sengaja la.Dah kaau yang lambat potong tiket tu, aku tarik lah!]

Aku buat muka cool, padahal dalam hati gelabah jugak.
Apela clumsy sgt pagi ni.
Tangan kiri, pegang payung [tak sempat nak lipat].
Tangan kanan, pegang kunci rumah + tiket [ tak sempat nak simpan].

Tgk? dah tak cukup tgn nak pegang mana2 bahagian dalam bas utk menstabilkan diri.
Makanya, terlanggar2lah badan dan terpijak2lah kaki wanita india didepan.
Hingga dia mengeluarkan dengusan yg sangat kuat.
Lantas menyound-direct aku, "ini pintu pegang kasi kuat2 la, baru la tak jatuh!!"
[Tak mau la pegang ini pintu auntie, saya mahu peluk auntie juga..baru stabil...huh!!]
Kerek punya auntie...chaaaiisss!

Ada lagi sorang mamat melayu ni,yang menambahkan panas hati aku.
Duduk seat depan, tapi mahu turun pintu belakang.
Dah tentu2 bas tu sendat dgn penumpang yang kurusss dan gemookkk.
Camana cara nak pergi ke belakang?
Dengan mengasak2 dan menolak2 aku? Bodoh!
Memang free2 je lah aku 'menggalakkan' dia supaya turun pintu depan.

Macam2 pi'il orang sekarang ni? Aku nak pegi kerja pun tak tenang!


p/s : Aku mengantuk, tu sebab aku tulis blog :P