December 29, 2010

2010 vs 2011

Tatkala jiwa yang sedang tertekan dengan bebanan masalah kerja yang semakin menggunung di hari-hari terakhir tahun dua-puluh-sepuluh ni, aku menyusun sepuluh jari untuk menaip satu entry baru memandangkan setelah sekian lama aku meninggalkan blog ini kesepian tanpa curahan idea dan kasih sayang selepas terjadinya tragedi 'cornetto berdarah ditepi jalan' awal disember lalu. [Sila baca dengan sekali nafas!]

Tahun dua-puluh-sepuluh bakal meninggalkan aku. Yang tinggal hanya lah masalah kerja yang semakin menggunung  yang aku sendri tak pasti bila aku akan dapat selesaikan masalah2 ni semua.
Amat lah terseksa jiwa raga apabila melihat rakan-rakan sekerja yang lain dapat bercuti dan bersenang lenang di penghujung tahun.
Tapi aku? Masih lagi tersekat dengan timbunan masalah yang datang nya dari orang lain, dan WAJIB diselesaikan oleh aku!
Baru sekarang aku terasa berapa kejam nya dunia berkerjaya.
Penuh dengan cabaran dan rintangan yang tiada pilihan untuk aku pilih!

Dek kerana terlalu memikirkan kerja, aku terlupa untuk memperbaharui azam aku untuk dua-puluh-sebelas!
Lebih teruk, aku juga terlupa untuk membuat belanjawan berhemah untuk kewangan aku sepanjang dua-puluh-sebelas!

Begitu banyak perkara yang bermain dalam benak kepala aku, yang belum sempat aku nak sorting satu persatu.
Ini kerana masalah kerja yang semakin menggunung telah menguasai 3/4 dari kerusi-kerusi dalam parlimen kepala aku.
Ya Allah, aku memohon agar Kau permudahkan bagiku urusanku.

Dua-puluh-sebelas..
Aku harap kehadiranmu akan memberi berbagai sinar dan semangat baru untuk aku terus maju dan berjaya dalam hidup!

Gagal merancang bermakna merancang untuk gagal!

December 6, 2010

Aku , Dia & Cornetto

Monolog dalaman : Dah lama aku tak menulis blog, dek kerana sibuk berkursus selama dua minggu.

Intro : Tak boleh tahan rasa nak gelak sebelum aku menulis entry ini.

                                                                  *****

Aku, dia dan Cornetto.
Dah macam tajuk cerpen antologi komsas (komponen sastera) tingkatan 5 plak kan?

Semalam,aku sama itu Encik S ada sedikit gaduh jugak.
Semuanya berpunca dari sedikit kesilapan Encik S sendiri.
Dan sudah pasti, mestilah aku sebagai perempuan-yang-disayangi dalam kisah ini, seboleh-bolehnya merajuk dengan menarik muka semasam-masam yang boleh.
Dalam hati sebenarnya saje nak menguji sejauh mana "skill" dan kebolehan Encik S dalam memujuk aku.


Sesungguhnya,Encik S memang kurang berkebolehan dalam bab-bab memujuk ni.
Tapi, tak pe lah.
Just give him some time to improve his skills! haha :P

Dan demi memujuk awek beliau yang tengah hangin masa tu.
Beliau datang dengan membawa plastik putih yang berisi kotak biru.
Dari jauh macam BESKUT LEXUS MUNCHY'S yang menjadi feveret aku dan rakan-rakan semasa di Arau.

Dalam fikiran aku : Apekejadah mamat ni beli biskut munchys ni? takan nak pujuk guna biskut kot?Mmg hangin la kan.
Tapi,sangkaan aku meleset.
Rupa-rupanya kotak biskut yang aku sangka itu adalah kotak eskrem!


Nah! Amik kau, sekotak eskrem cornetto.
Ade 4 bijik semuanya!
Dalam fikiran aku : Aduhh..ingat aku ni kanak2 derjah dua ke, pujuk guna cornetto?
memang TAK la kan. Tapi nasib baik la dia beli perisa Vanilla, bukan coklat! (Mane ntah dia tau yg aku suke eskrem vanilla)


Tapi,cara dia pujuk aku guna teknik eskrem cornetto vanilla ni nampaknya mmg tak menjadi la kan.
Part yang kononnya jiwang, tapi bagi aku ianya sangat kelakar dan tak boleh blah ialah..
Dia siap tunjuk logo eskrem cornetto tu kat aku.
Yang kononnya dia sedang menunjukkan cinta nya.



Dia ingat dia Dafi mcm dalam iklan tu ke?
Dalam hati aku dah tergelak-gelak, tapi kat luar maintain serious je.

Nak-nak plak, ada flat  yang berhampiran tengah berjalan satu majlis kahwin.
Dan masa tu jugak la diorang layan karoke lagu-lagu fezal tahir dan beberapa lagu rock kapak tangkap leleeehhh punya kan.
Adeh....nasib baik la masa tu banyak moto buat bising lalu lalang.
So, aku sikit pun tak cair dengan pujuk rayu beliau.

Alahaaii Encik S saye ni.
Saye ni bukannya gadis stok-stok Liyana Jasmay tu nak pujuk-pujuk gune eskrem.
Saye ni gadis kental berjiwa IT dan rock!
Cubalah menangi hati saya ini dengan sebuah iphone atau sepapan ipad?
Atau cuba bagi voucher percuma untuk membaiki bumper Sajingga yang rosak?
Atau cuba bagi voucher percuma make-over Sajingga?
Baru layaaaannnn!!!

Tapi, tak pe lah.
Sekurang-kurangnya beliau berusaha.
Cuma perlu tingkatkan usaha je lagi. hahaha!

Nota : Nasib baik perisa Vanilla!! Kalau perisa jagung, keladi atau coklat.. memang aku biar je dia cair dalam kotak tuh. haha kathy kejam!



Aduhh...ape kene dengan boipren aku ni?

November 19, 2010

Ibarat lembu tunggu dikorban...

Salam Aidiladha.

Baru raya kedua, aku dah bekejar-kejar balik KL.
Kerja yang bertimbun-timbun perlu disetelkan sebelum minggu hadapan.

Mula Isnin depan sehingga 3 Desember minggu seterusnya, aku takkan berada di opis.
Aku terpaksa menghadiri kursus wajib yang terakhir untuk pengesahan jawatan aku di syarikat utiliti ini.

Hari ini, hari sangat stress bila bekerja tanpa rakan2 sekerja dan boss2 sebagai rujukan.
Masing2 masih cuti beraya.
Sesungguhnya, aku merindui boss aku yang sedang berpantang dirumah!

Namun, hari ini telah dilalui dengan penuh tabah.

Malam aku yang hening diselangi sejuk2 hujan gitu, diganggu oleh pesanan2 ringkas dari rakan sekerja  dan juga boss.
Pantang betol aku!
Stress hokey!

Tak mengapa.
Ubat stress sudah sampai sejurus kemudian.
Emosi kembali reda apabila bersama pengubat jiwa yang stress.

Tapi, kembali bergelora apabila mata kanan tunggangan aku, cemey sebelah.
Cemey bermaksud, tidak berfungsi.
Dalam erti kata lain tidak mengeluarkan cahaya.
ERGHHHHHH!!! stress!!!!

Malam ini aku tak dapat lelap kan mata.
Banyak perkara bermain di fikiran minta difikirkan satu persatu.
Tapi.
Yang pastinya.

aku rindu pengubat jiwa aku~

November 10, 2010

Tiada Tajuk! Layan je la~

Alasan sibuk dan kurang masa sering dikaitkan dengan blog yang tidak berupdate!
Begitu juga dengan alasan malas dan tidak berapa rajin.

Jadi dikesempatan yang ada selama 10 minit sebelum habis waktu lunch ini, akan digunakan secepat mungkin untuk mengepos satu entry yang bertajuk SILA BACA SENDIRI KAT ATAS TU.

Disini , aku nak mengselatanutarakan beberapa fakta ringkas sepanjang beberapa minggu ni.


  • Duit gaji dirasakan semakin tidak mencukupi, semenjak adanya encik Naceka.(Bukan neraka ye) Tapi, at the end of the day, tiba-tiba menjadi berlebih pulak! - ini kerana aku kurangkan belanja orang a.k.a kedekut perbelanjaan dan lupa byr PTPTN.
  • Kerja di pejabat sangat banyak dan menjadi penat bila pulang ke rumah lantas, tiada masa diperuntukan untuk Encik S. Kesian. (dan rindu)
  • Terlalu banyak undangan perkahwinan dari rakan2 sebaya dan melihat majlis2 pertungan di laman mukabuku. Lantas terpikir, banyak nye duit mak bapak mereka di usia ini..!!! (Aku stress)
  • Telah merancang sesuatu yang 'hopefully-exciting-moment' pada tahun hadapan. Ada lagi tujuh bulan untuk berangan dan menambah butir-butir perancangan sebelum tiba waktunya.
  • Baru lepas makan dan perlu menyambung kerja sekarang!!
  • Belum mengerjakan solat zuhur lagi!!
  • Dah habis waktu lunch!!!!!!!!!


Sekian laporan.




P.S : Dan kalau January itu boleh ditukar menjadi Julai, alangkah indahnya!

November 4, 2010

Abang Maher

Dua tiga kucing berlari menjak ni, redio panas fm asik putar lagu Abang Maher je.
Bila dah selalu dengar, rasa macam sedap plak lirik dan melodi dia.
Terus i jatuh chinta dengan lagu Abang Maher tu.
Tapi, bukan dengan Abang Maher.

Dengan kuasa internet yang ada, lantas i memuat turun lagu berkenaan dan terus diedit lalu dipindah masuk kedalam telefon tangan dan ditetapkan sebagai nada dering panggilan dan mesej!
Memang sedap lagu tuh! Jom layan sekejap ~


For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you, loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I… I`ll be there for you

 
Alamak. Terbesar plak playlistnya! Teruja gamaknya.
Ini i kasi chorus nye aje.
Yang full song u ols pegi request Abang Maher nyanyi sendiri. haha!
Memang best~

Sudut jiwang dan bawang : I nak dedicatekan lagu ni terutama part chorus ni utk my encik S la..
Dengan penuh hati dan maksud bait-bait lagu tersebut.

Note utk Abg Maher : Thanks buat lagu utk "isteri" yang sedap2 macam ni~ so touching!

November 1, 2010

Meaaaaoooowww!!!!

Semalam,darah aku berderau lagi.
Seriau aku dengar dia menjerit dan mengerang!
Tak dapat aku bayangkan darah memercik-mercik membasahi tayar Sajingga.
Eeeeyuu!!
Mau nye aku pengsan kat situ jugak!

Mana taknya, aku tergilis dia hidup2!!
Kalau dia mati, tak ke aku akan dihantui roh yang tidak tenteram?


Masa kejadian tu, aku baru nak reverse encik Sajingga dari parking.
Baru aku beberapa saat aku tekan minyak,tiba-tiba aku dengar benda menjerit.
Aku panik sampai dah tak tau nak tukar gear cemana.
Sepatutnya, aku kembali ke depan semula.
Tapi, aku lagi  tambah reverse!
Lagi la kuat jeritan nya.
Serius aku cuak!


Bengong punye kuceng!
Banyak lagi tempat lain ko nak port, nak jugak port kat bawah tayar reta aku kenapa?
Kalau nak tido pun, letak la papan tanda ke hape!
Ini main landing suka hati kau!!
Lepas tu kang, malam japgi..ko lepak-lepak amik angin atas spoiler reta aku!

Nasib kau tak arwah!
Kalau tak, mampus aku kena jawab dgn tuan kau!

*********
Ada lagi satu kisah kucing yang buat aku seriau dan gelabah tak pasal-pasal.
Beberapa minggu lepas, aku dan encik S bersiar-siar di pusat membeli belah!
Tiba-tiba kami terlihat akan sebuah kedai, yang dari luar nya macam zoo.
Menarik!
Kami masuk dan rupa-rupanya sebuah pet shop yang menjual haiwan peliharaan dan serbaserbi yang berkaitan.
Ok! No point masuk sini.
Kucing-kucing kat sini dah macam garfield.
Bulu lebat, badan gemuk.
Keje tidooooo je memanjang.
Langsung tak tau nak hormat tetamu.
Huh!
Jom la balik!

Dalam perjalanan pulang,tiba-tiba aku terserempak dengan dua lembaga!
Aku cuba bersembunyi dibalik cermin lutsinar.
Harap-harap lembaga tu tak nampak aku.
Namun aku tewas!

Aku tewas ditangan lembaga itu. 
Ah! Puas la hati lembaga wanita tuh!
Aku telah terkantoi berdating dengan encik S didepan matanya! urgh!!
Tidakkkkk!!!

*******
Sekian
&
Last but not least...

Untuk Encik S.....

October 25, 2010

Hantu Pink!

Sabtu lepas,sementara menunggu encik S menyopping dan men'fitting' kerusi kemeja di FOS,JJ S2..
Aku senyap2 meloloskan diri merayap sorang2 di kawasan sekitar,cuci-cuci mata, usha sana,usha sini.
Mana tak nya,dekat 60 minit menunggu encik sorang ni memilih dan mencuba.
Kalah perempuan kot!
Kan aku dah cakap, I HATE WAITING!

Tengah-tengah syok cuci mata sorang2,
Tiba-tiba ada sorang 'wanita' ni menegur aku.
Sahabat lama aku.

"Woitt!! Macam kenal je budak baju pink nih!! ooo..dating ekk???"

"Aah..biasa la..ape lagi nak buat.." balas aku selamber..

"HAHAHAHA!! gile jiwang ko ni dating pakai baju pink!"

"Errkk!!.. ok la, laki aku dah call ni.. "

Begitulah sedikit sebanyak isi penting yang dpt aku rumuskan dari pertemuan itu.
Baru pertama kali aku dengar pantang larang yang berbunyi :
"Jangan pakai baju warna pink atau merah jambu, bimbang nanti dikatakan jiwang"
Errkk!!
Agak terkejut jugak la ada fatwa macam tuh.
Yang aku tau, "Jangan pakai baju terbalik, bimbang nanti digelakkan orang!"
Har har har!
Ok.itu statement aku. Ada jugak logik nya kan?

Abistu, takan tok imam dengan tok siak tak boleh beli baju raya warna pink?
Kesian depa..

Lepas ni, masa raya cuba la korang terai buat tema keluarga warna pink-pink gitu kan~
Tengok ade tak orang sound mak bapak korang :

"Eeeeuuwww...pinky! jiwang nye pakcik ni!"

Mau penampar hantu raya melekap kat muka korang, buat kenangan aidilfitri kan? haha!

Macam2 hal la mentaliti masyarakat sekarang ni.
Buat itu salah, buat ini salah.
Suker hati lah kan nak buat apa.
Janji rowwkk!!
EH! silap.. janji masih dilandasan yang benar. [sila buat tangan nasyid yer]
 
Sebelum tu,aku ada satu soalan matematik algebra.
Cuba korang kira berapakah sudut kejiwangan dalam rajah dibawah :

8
8

8
8

8
8

8
8

8
8

8
8

8
8

8
8

8
8

8
8

8
8

Aksi Jiwang-Jiwang Kucing~


p.s : Orang tua2 cakap, kalau tgh b3r4k, jgn tengok bawah. Nanti jadi pelupa. Rasionalnya, ape pekdahnye ko tgk bahan sisa pepejal korang tuh?? (^__^)

October 22, 2010

omaigod!!!

Ya Allah..
Macam nak tercabut jantung aku malam tadi.
Encik S call,cakap yang dia accident jatuh motor, dia terlanggar kereta.
Tak senang duduk aku dibuatnya.

Berkejar aku ke tempat kejadian. (Bekereta, lebih tepat)
Dah hampir jam 12 malam rasa nya.
Yelah, beliau baru balik dari berjumpa dgn awek kesayangan beliau.
Arghh.. mana mungkin aku nak biar kan dia balik macam tu aje?

Dia kata, kereta yang dia langgar tu, tak bagi signal.
And terus pergi macam tu aje.
Tinggalkan dia terjelepok kat jalan raya.
OMG!! CELAKA PEREMPUAN NIH! KALAU AKU DPT, AKU BAKAR KETA DIA HIDUP-HIDUP!

Kepala beliau pening dan berpusing, sampai lupa jalan pulang ke rumah.
MasyaAllah.
Rasa mau hantar je dia pergi klinik and balik rumah dia.
Tapi camne dengan motor dia tuh, lepas tu aku nak balik rumah aku cemana plak kan?
Dekat kawasan tol plak tuh. Mana nak carik klinik atau rumah bidan ape semua.
Haissshh!!
Risau betul aku!


Ya Allah, Kau selamat kan lah dia, lindungilah dia dari sebarang keburukan yang mendatang.

October 20, 2010

Mencerap masa hadapan.

Aku tak tau la kenapa kan, beberapa bulan ni, kepala otak aku ni tak berenti berangan berpikir.
Macam-macam benda yang aku dok pikir.
Sume nya pasal masa depan. Erkkk!
Kalau besok malaikat maut datang? Camne?
Astagfirullahalazim.

Salah satu yang selalu datang bertenggek dalam kepala otak aku ni ialah..nak carik income lebih.
Yelah, dengan pendapatan aku yang dikelaskan sbg golongan "Miskin Bandar" oleh kerajaan Malaysia kita, maka perlulah aku memikirkan bagaimana aku nak keluar dar kelompok tu.

Korang tau ke menatang ape miskin bandar tuh? Tula dia! tak bace sotkobar!
Bagi mereka yang tinggal di bandar & berpendapatan kurang RM3000 adalh dikategorikan sebagai MB! 

Errrmmmmm.... 
Kebetulan, betul2 depan rumah aku ni, ade satu petronas baru buat.
Dilengkapi dengan kemudahan pam minyak dan pam tayar serta kedai mesra.
Itu semua tahu!! haha

Bukan-bukan!
Petronas ni, dilengkapi dengan restoran makanan segera yang masih belum beroperasi.



Setiap kali aku lalu situ, ada sesuatu yang menarik minat aku.


Lalu, pada suatu hari..aku cuba menyuarakan hasrat murni aku pada suami aku encik S.

                                                                        ********


Aku  : Bestnya..KFC dah nak bukak kat depan rumah. Senanglah nanti..!
En.S : Aah, hari-hari pun boleh makan KFC kan?  

Boleh gemok kalau makan ni hari-hari!

Aku  : Errrr.....cyggggg....kalau saya nak buat part-time kat situ boleh tak?
En.S : TAK BOLEH! (sambil menghirup sup cendawan di kedai Ani Sup Utara)
Aku  : Ala..kenapa? part-time belah malam je pun. Jadi tukang angkat pinggan pun jadilah.
En.S : Awak tu larat ke masalah nya. Nanti balik kerja dah penat. Tak larat nak layan saya.
Aku  : Larat lah...makan la supplement. Spirulina ke,Spiderman ke.. tak pun minum kopi janda!
En.S : Tak payah la kerja, rehat je lah kat rumah. Kat opis tu kan byk kerja. Gaji saya dah lebih  mampu nak tanggung keluarga kita.
Aku (dalam hati)  :  Ni yang payah ade boipren ni! sume tak kasi. 

                                                                  ********

Aku bukan apa, dengan pendapatan dan perbelanjaan bulanan aku, berapa sen je yang tinggal untuk aku top-up buku ASB aku tuh?
Dah la aku ni,banyak "mende" nak kena maintain! [Errkkk!]
Nak cocok tang sana, nak cocok tang sini.
Kalau nak story pun, boleh kalah bajet Tok Jib.


Maka, kalau aku buat part-time kat restoren tu, boleh lah tambah-tambah sikit buat beli pampers anak yang mahal2 sikit.Ini tak, kain lampin lusuh tu jugak yang direcycle nya!


Eh!Eh!
Silap dialog. Maksud aku, nak menambah simpanan utk masa depan.
Kalau nak diharapkan gaji bulanan, terpaksa la cancelkan semua kad jemputan,mak andam, fotographer yang aku dah tempah tu!
Oppsss..!!!
Aku dah banyak sangat melalut ni.
Tapi apa yang aku risaukan, mesti korang semua turut merasai.
Lainlah kalau mak bapak korang kaya dan berDUIT.
Tak perlu lah nak risau-risau lebih-lebih sangat.
Nanti kalau korang nak kawen, tapi duit tak cukup.
Mak bapak boleh hulur sikit2 baaanyakkk.


Oh! Aku rasa, aku perlu berhenti berfikir la.
Aku rasa, semakin aku berfikir, buat aku rasa diri aku dah tua plak!
Haissshh!
Gugur la rambut aku macam nih.




p/s: cemana nak pujuk En.S, supaya benarkan aku kerja nih? hermmm~

October 19, 2010

Kerja mu, bukan kerja ku~

Baru pukul 11 pagi.
Aku kepenatan.
Vena kava dan vena pulmonari aku dengan pantas mengepam dadah darah selaju-lajunya.
Semenjak jadi setiausaha sulit ni, hidup aku agak hipokritus sikit. haha!
Pasal apa?
Pasal aku kena buat dan kerah orang buat benda yang merimaskan ramai orang, termasuk lah diri aku sendiri.
Ala-ala macam jadi pengawas la masa zaman sekolah dulu.
Ini tak boleh, itu tak boleh, kene buat macam gini, kene buat macam itu.

Kat opis aku ni, mengamalkan sistem 5S.
Menatang ape 5S tu?
Semak,Semak,Selerak,Serabut,Serabai!
eh! Bukan.Bukan!



Bukan aku tak sokong depa ni nak amalkan sistem ni, tapi berpada-pada la.
SKEMA tak beragak-agak! Aku pun secara tak langsung nya terpaksa menjadi skema jugak!
Annoying gile kalau :
  • Air pun tak bleh letak atas meja.Makanan apetah lagi.Tercekik jugak aku sebab kehausan dek ketiadaan ari disisi.
  • Laci pun tak boleh simpan makanan.Tikus lagi la tak boleh!! Setakat gula-gula mentos ke, asam masin, tak kan tak boleh ye dak? Bukan aku letak char kuey tiaw ke, nasi goreng ladna ke dalam tuh!
  • Alat tulis suma kena pakat susun dalam laci baik2.Letak drawer no 1, drawer no 2 kena taruk barang peribadi saja, macam telekung ke, pad ke. Tapi, pad yang belum guna la!
  • Tak boleh ada selipar jamban bawah kubikel. Mau tergeliat lutut aku nak mencangkung kalau pakai heels!
  • Semua benda perlu dilabelkan.Termasuk lah tong sampah! what the shit!? Budak tadikan pun tau objek itu dilahirkan sebagai tong utk dibuang sampah! Paling annoying, monitor, CPU,even mouse pun ada jugak yang rajin melabelkan. bodo la weh!
  • Ntah, macam-macam lagi lah peraturan nya. 
Bukan aku tak mau ikut,tapi adakalanya ia akan jadi lebih menyusahkan dan merimaskan.
Kalau tahun lepas, memang aku buat benda ni langsung tak ikhlas.
Masa audit datang, aku dengan kawan-kawan aku, pakat duk kumpul barang-barang "haram", sorok dalam surau! Surau kat sini, depa tak audit.

Kalau kat asrama sekolah dulu, panggil spotcheck.
Masa warden dan pengawas nak spotcheck dorm, segala jenis barang "haram" macam majalah hiburan, walkman, minyak wangi, novel, gambar lucah pakwe (tapi dulu aku takde pakwe, skrg ada! haha), handphone, rokok(kalau ada) dan lain-lain semua kami pakat duk sembunyi dalam baldi,dalam tandas, dalam baju dan tidak ketinggalan dalam baju-baju kecik (Handphone muat la!)

Tapi, tahun ni,aku dengan secara rasmi nya dilantik menjadi S/U selama setahun untuk melaksanakan sistem ini dan seterusnya mencapai sijil pengiktirafan apekejadah ntah.....
Maka, dengan penuh jitu dan ikhlas aku terpaksa memikul tugas ini.
Kerja perlu ikhlas bai..!! Japgi, duit yang ko duk bagi kat mak bapak tu tak pasal-pasal duit haram.
Hanya kerana buat kerja tak ikhlas.
(Tulis blog dan main FB masa kat opis, pun  dikira mencuri tulasng tau! Tapi, aku sekarang tengah menunggu auditor datang untuk audit kawasan opis aku ni.)

Errghhh! Aku tengah sejuk, sweater plak aku dah simpan dalam locker aku, sebab sweater tak boleh letak belakang kerusi! Kena pakai..! Macam syilake..!





October 11, 2010

Encik S oh Encik S

Pikiran merewang-rewang tah kemana-mana.
Langsung takde tumpuan kat kerja.
Lantas aku datang sini, utk meluahkan apa yg terbuku di hati.


Encik S dan Encik S dan Encik S.
Ape mende mengkadak atas ni? Meh aku kasi tau.


Dalam beberapa purnama merindu yang lepas.
Hidup aku didampingi didatangi oleh seorang Encik S. 
Atau nama di peranakan surat beranak beliau ialah Encik Sayang. [woi,gelimat!!~]
ORANG KATA, hidup berk451h 54y4n9 ni tak selalu nya bahagia.
Kadang2 ia buatkan diri kita didatangi 'Encik S' lagi.
Atau...Encik Serabut!
Serabut memikirkan segala masalah yang sepatutnya tak perlu dipikirkan sgt pun!
Betul tak???


Kemudian.
Selepas beberapa purnama bersama Encik S tadi.
Aku mengambil keputusan utk 'mencari' teman hidup yang baru.
Kononnya,nanti beliau akan memudahkan perjalanan hidup aku.
Dan akhirnya,dtglah dalam hidup aku sesuatu yang bernama Encik S juga.
Atau nama siamang-nya timangan-nya Encik Sajingga.
Ia berupa sebuah tungganggan-mampu-milik masa kini yang sgt dikenali.
ORANG KATA, hidup berk3r3t4 ni tak selalu nya senang.
Kadang2 ia buatkan diri kita akan lebih didatangi 'Encik S' lagi.


Encik Serabut! 
[Kdg kala ia dtg bersama2 rakan sejawatnya Encik Susah dan Encik Sengsara]


Cuma Encik Sengsara cuma hadir bilamana seseorang dihimpit masalah kewangan utk menampung kos hutang seseekor sesuatu  tunggangan. [Nauzubillah]
Maka Encik Sengsara akan mendampingi hidup seseorang itu.
[Dah macam skrip Zainal Arifin dlm misteri nusantara plak!]


Manakala Encik Susah pula datang bila sesuatu tunggangan ditimpa musibah seperti..
1-Disagat atau 'dicium' dari arah depan/belakang oleh tunggangan orang lain.
2-Mendapat 'surat cinta' dari abang baju biru / putih, atas kecuaian pemilik tunggangan.
3-Ditimpa masalah2 yg tidak diingini iaitu menjadi mangsa nafsu serakah kedengkian manusia zmn skrg seperti tunggangan seseorang dipecah2kan atau dibawa lari.
[Nauzubillahiminzalik.Minta dijauhkan dari kita semua..Amin.]


Tapi,Encik Serabut tetap akan datang mendampingi bilamana tiba masa2 tertentu.
Cth seperti:
1-Bulan depan, kena pergi 'pasang badan' (servis) tunggangan aku.
2-Bulan depan, kena bayar insurans,cukai jalan tunggangan aku.
4-DSB


Boleh juga dimasukkan sekali kos-kos hidup harian sesuatu tungganggan yang boleh mendatangkan Encik Serabut.
1-Minyak pengasih utk tunggangan meneruskan kehidupan.
2-Kos tempat letak tunggangan
3-Kos laluan tunggangan di lebuhraya. (Tol)
4-DSB


Betul tak??? 
Mungkin pemilik2 tunggangan boleh memberi anggukan lemah tapi setuju dengan statement diatas.


****************************************************

Untuk situasi aku sekarang,
Semua Encik2 S diatas sedang mendampingi aku.
Kecuali Encik Sengsara.
Encik Susah baru-baru ni cuba menjinakkan dirinya utk mendekati aku bilamana Encik Sajingga, tunggangan aku disagat 'mesra' oleh seekor 'lembu liar' di jalan raya.
Lantas Encik Sajingga mendapat cedera yang tak berapa ringan dan di beri rawatan sebagai pesakit luar di klinik Perosak Kedua (Perodua).
Alhamdulillah,Encik Sajingga kembali pulih dan bertenaga. 
Cuma ada sikit parut-parut manja utk dibuat peringatan.

Tapi,genap beberapa seminggu selepas Encik Sajingga dirawat,
Encik Susah datang lagi.
Kali ni,apa yang dipanggil mudguard pada kaki Encik Sajingga telah rebeh (jatuh) dan dimakan oleh tayar yang berkelajuan 110-120km/j.
Astagfirullahalazim. =(
Nasib baik tak jadi apa2 yg buruk pada para penunggang dan penumpang Encik Sajingga.

Puncanya, besar kemungkinan disebabkan oleh kecuaian mekanik2 di klinik Perosak Kedua itu dalam membaiki Encik Sajingga tempohari.
Skru yang menyambungkan mudguard pada skirting telah tercabut atau terlupa pasang.
Membuatkan  lama kelamaan mudguard akan jatuh terkulai apabila tunggangan ditunggang dgn laju!
[Bukan salah aku menuggang Encik Sajingga dgn laju]

Tapi, keadilan dan maruah Encik Sajingga dan aku perlu ditegakkan.
Makanya, aku perlu mengamuk menuntut bela ganti rugi di klinik itu semula.
Hati aku sakit bila mengenangkan mamat-kerek-macam-celaka yg bertanggungjwb melayan kereta aku tempohari.
Siap ko lepas nih!
Grrrr!!!

Pembaca, sila doakan aku berjaya menegakkan benang yang TAK basah!

p/s : Entry ini tiada diselit kan gambar2 berkaitan Encik S, kerana ia sangat confidential.TQ

October 8, 2010

Apetah aku nak tulis tadi agaknya???

Aku jadi bersemangat dan berIDEA nak tulis blog selepas menelaah dan melayan blog encik sorang ni.

Tengah2 berkobar2 nak membuka entry baru bagi menghilangkan bosan kat opis ni, tiba2 IDEA dan MOOD aku direnggut oleh beberapa suara-suara pengganggu.

Suara tu ialah dari suara-suara lantang dan BISING para jurutera poyo dalam opis aku nih.
Alkisahnya tiba2 ada salah sorang jurutera ni baru publish 1 buku tentang tips2 beli rumah dan apekejadahtah ape2 lagi tah.

Suara depa 4,5 orang memang gila vavi kacau mood aku yang aku dpt dari blog encik tadi tuh.
TENSION bai TENSION!
Dah lah aku tgh fed-up dgn coding aku yang tak jalan2 dari semalam.
Benda dah betul, tepat dan tiada sebarang keraguan.
Mungkin ada 'jin' yang bergayut dekat2 code tu, kasi sistem tu tak berfungsi spt yg aku nak!

Geram gila vavi aku dgn org yg bercakap tak reti nak pelahan ni!
Hari tu aku dah post pasal ni...Cube baca kat sini balik...
Lantas aku capai headphone aku dan melayan suara Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim!
Sekuat2 tidak aku pasang volume nya.
Biar telinga aku sakit, asal kana aku tak dengar diorang berborak yang lagi mendidihkan taik molekul2 dan sebatian2 dalam telinga aku nih!
Rasa macam nak menyanyi2 sekali dalam opis nih!



Errrgggghhhhh!!!!!!!!

**************************
10 minit selepas publish post ni....
Aku sambung testing sistem aku...
Tiba2...
Akak engineer-suara-paling-kuat ni tiba colik belakang aku!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OCOPOT!!!
Lagi sekali terganggu keharmonian aku sedang blasting lagu!
Berdebar2 gak ulu hati aku ni.
Kuat sgt ke subwoofer headphone aku nih?
Nak suruh aku slowdown kan sound ke?
.
.
.
.
.
.
.
Aku dengan muka tapai ni tak
Plak slow kan volume.
Memang la tak dengar apa dia cakap.
Memang mati2 aku ingat dia nak suruh aku slow kan volume.
Rupa-rupanya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nak check cabel bawah ketiak cubicle aku.
Tah cable ape tah yg bersangkut paut dgn dia agaknya!
Menonggeng-nonggeng gitukan.

Aku pun tinggalkan lah dia menonggeng sensorang kat situ.
Takkan aku nak menonggeng kat bawah tu sama2.
Klau tak pun, takan aku nak duduk je kat kerusi ni?
Mau nye dia melepaskan apa2 angin yang tak sepatutnya?
Naya!!!

Aku pun pegi usha akak-akak unit aku yang sibuk dgn blog bisnes baju muslimah nya.
Sempat jugak aku buat pre-order selai dua.
Baju muslimah siot!
Mesti sejuk perut mak aku tgk aku pakai jap g.
Takde baju2 ketat2,sendat2,muat2,sekerat2 lg dah.
Buat masa ni je aku pakai dulu.
Lepas kawen ni, aku framed buat kenangan!

Ok. Dah siap ke jurutera tadi nak check cable?
"Kak dah siap ke?"
Aku tgk dia dah balik ke cubicle dia.
"oh ya! dah dah! thanks ya!"

"Errrr...kalau dah, kenapa drawer saya kesana kemari , bukan di posisi asalnya????"
Aku menengking beliau. (dalam hati je)

Kuang asam betul la manusia mcm ni.
Bertambah2 amarah aku camni..!!!!