Yang keropok Pringles yang botol kaler merah tu tak leh makan?
Aku tak pasti kesahihannya, tapi aku ragu-ragu, lantas mengudang hukum syubhah disitu.
Sekarang kalau aku nak makan, aku makan
(Jangan ada yang nak muntah belehek kat sini, bila baca statement diatas)
Memang hakikat nya S A Y A masih S I N G L E.
Siapa kata saya sudah double, triple and trouble?
Hati saya masih lagi milik saya sepenuhnya.
Masih lagi B E L U M di pindah milik secara sah.
(Masih didalam pertimbangan lagi.
HEY...Tak payahlah nak stalking2 cerita saya kat laman sosial.
Bukan ada apa pun.
Suma tu saya mengarut je.
Kenyataan yang benar lagi ikhlas, hanya ada dalam hati saya ni sahaja.
Yang saya sendiri pun masih rabun-rabun ayam sebenarnya.
Justeru itu,jangan main serkap-serkap jarang ye kawan.
Kalau nak serkap, pilihlah yang tebal2 sikit.
Kesimpulannya disini, ais di iceland mula mencair akibat letusan gunung berapi.
Tidakkah anda sedar bahawa itu salah satu tanda2 kiamat semakin dekat?
Maka,perbanyakkanlah amal dan ibadat. Insyaallah. :)
(Sila buat tangan seperti kumpulan nasyid sekolah ye)
Assalamualaikum.Jumpa lagi.


