Showing posts with label wOrk n Stress. Show all posts
Showing posts with label wOrk n Stress. Show all posts

July 6, 2010

Sesi marah dan memarahi.

Sesi melepaskan marah kat blog,sebab tak dapat marah depan mangsa kemarahan.
Tapi, kalau mangsa terbaca post ini. Aku dulik apa. Bagus lah!
Kemarahan saya berbunyi :-

Ape kau pikir kau sorang je ada hati?
kau pikir orang lain tak de keje lain,nak jaga hati ko je?
Ape kau pikir kau kena tahu sume benda?
Ko ingat aku tau ke sume benda?
Hey! Aku bukan nya minah duk jaga tepi kain orang.
Tapi, orang yang sibuk2 suruh aku jaga tepi kain dia.
Sakit betul hati aku dengan kau ni.
Aku berahsia dengan kau,kau marah.
Kalau kau berahsia dengan aku, amboi bukan main.
Tapi, aku tak hadap pun nak tau rahsia2 kau atau rahsia2 orang lain.
Tapi jugak, seingat aku, aku tak pernah pun berahsia dengan kau selain dari hal peribadi aku.
Semua nya aku kongsi dengan kau.
Rahsia kau pun aku simpan baik punya.
Sekarang kau nak carik pasal dengan aku kan?

Dah lah kau emosi tak tentu pasal. Duk bercakap orang lain yang emosi.
Kau lagi teruk emosi! Benda kecik pun nak emo lebih2.
Aku ni, kalau nak ikut kan emosi aku, rimau pun takut nak makan aku.
Sebab rimau tu takut nanti dia ade emosi macam aku!

Rimas betul dengan kau ni.
Nasib baik lah aku ni marah berhikmah.
Sebab aku masih ingat kebaikan2 kau yang banyak selama ni.
Tapi keburukan kau ni sangat menjengkelkan emosi aku!

Hangin!!!
Sebab perangai kau macam *&$%^%^%&^&%^&^%!!!

June 11, 2010

Samarinda,Cerekarama,Akasia?

Ya Tuhan..Aku dah tak tau pe nak jadik dengan dunia disekeliling aku nih.
Semua orang pun dah macam tak boleh nak percaya sangat.
Bak kata mak aku, ayam kat reban tuh, dah bau musang!
Tapi, orang2 disekeliling aku dah berbulu & perangai masing2 mengalahkan musang.
Aku rasa,selama aku hidup ni,skrg baru lah aku kenal hakikat hidup yang sememangnya byk yg plastik dari yg ikhlas.

Sorang macam ni, sorang lagi macam ni.
Pelik dowh! Aku pelik.

Kat hopis, sikap masing2 unpredictable! menakutkan & memeranjatkan!

Kat humah, sikap masing2 amat menyedihkan & menyakitkan hati!

Kat sekeliling, sikap rakyat 1M, mmg mcm cipan t'utama org yg tak reti beratur naik bas-main potong2 line, org yg tak reti masuk rapat dlm bas-mcm x nmpk org nk naik, org yg tak paham bahasa-pegi naik Ladies Coach dan macam2 jenis orang lagi lah.
Kat FB,sikap masing2 menjengkelkan & kadang2 meluatkan!

Yang kat dalam diri aku sendri plak, PLOT NYA DAH MACAM CITE SAMARINDA.
Aku sendiri pun x tau camna ending nya.

Tu belum masuk lagi dalam soal hati & perasaan sendiri.
Kalah cite kuci-kuci hotak kau la hey!
hahaha!

Dah lah, aku tak tau nak pikir cemana dah..

"Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan" - Alfatihah,ayat 5

April 16, 2010

Kerja utk Hidup @ Hidup utk Kerja



Kerja tak penah habis.
Kalau boleh nak berumah kat opis tuh.
Bawak tilam bantal dapur gas segala.
Tak payah balik rumah.
Hadap la kerja tu sampai siap.
Selagi tak siap jangan harap nak tido.

Keluar pukul 7 pagi, balik 1 pagi.
Buang masa je balik rumah.
Alang-alang tu, abiskan jela letrik kat opis tuh.
Jimat sikit air api kat rumah.
Hadap kerja tu sampai juling.
Selagi tak terpisah mata hitam dgn mata putih tu, jangan berhenti.

Kerja macam tak tau masa, tak kenal matahari dengan bulan.
Kalau sejam bayar seghibu, berbaloi-baloi lah.
Ini overtime pun, sudi tak sudi jer.
Gaji pun celah gigi je.
Tapi kerja mengalahkan buruh siam.

Rimas!

"Mekapkan saya jadi bintang! macam ni! macam ni!!"

July 15, 2009

Rumah Tumpangan Tong Nam

Cam biase tulis2 sikit petang2 sebelum balik..
tak da apa nak update pon..hanya perkara2 biasa saja..

sekarang ni, datang ke office adalah merupakan satu aktiviti yang sgt membosankan.
dan adakalanya macam masuk ke Rumah Tumpangan Tong Nam.
Korang pernah ke pegi? cuba pegi...tgk camna keadaan nya.
konfirm pening, pasal sepatah haram perkataan pun korang x faham..
jadi, begitulah keadaan nya kat office ni.
sangat-sangat asing!

semalam, bos tempat keje puan liza dah call aku.
kunonnya, nak hire aku keje kat company dia.
penat jugak aku wat pen'dacing'an..(kalau betul2 aku dapat..)
haish..what a hard decision to make..a lots of things need to be considered.
bukan aku tak nak, tapi......................................

hari ini, bos dia call lagi. Katanya, dia dah hire orang lain.
sebabnya, orang lain tu boleh start cepat dan lg sorang tu,dia dah janji seblum aku.
huhu..lega! (lega ke?legalah!)
kalau dia pilih aku lah, heshh...cam menggelabah la jugak..haha!
takpe, aiman tak kesah. hehe...

keep hunting..keep praying..Sabar Kathy Sabar.
sEsungguhnya, Sabar itu berbuah indah.

dah..dah...balik!!!

July 6, 2009

Kerja Part-Time saya.

Sebelum memulakan entry baru ni, kene baca doa :
"YaAllah, Tabahkan la diri dan hati ini. Jadikanlah segala pekerjaanku sebagai salah satu ibadah yang diterima oleh-Mu" (termasuk tulis blog mase kerja ke? hehhe..)


Status hangat harini ialah :
"Walaupun terpaksa, aku gagahkan jugak.. hadapi dengan senyuman :) "


************************************

Hot HEADLINE harini berbau kotor dan sedikit jijiks lah.
tapi, saya sudah kasi bersih dengan Cleen Floor, jadi wangi dan bersih lah.
Sekarang, saya sudah ada kerja baru tapi part-time saja.
Nak tau part-time ape? mestilah bukan seorang Cikgu.
tapi seorang pencuci Jamban rasmi kat pejabat saya ni ha.

euww...[sila jangan banyak bunyi okey!]

sbnrnya, saya tak dipaksa oleh siapa2 dan tak pula di lantik secara rasmi.
saya secara sukarela melakukannya, dengan pemuh ikhlas di hati. :)
[tetapi penuh makian di mulut.. wah, tipu2...sekali dua je...]

bukan apa, almaklumlah..apabila bekerja dengan 'mereka2' yang "tidak dituntut oleh agama" untuk bersuci, maka inilah akibatnya.

Agama Islam amat2 mementingkan kebersihan..
"Annazofatul minal iman" : Kebersihan sebahagian daripada iman ok?

maka, sebab itu lah saya mengerjakan kerja sukarela itu.
bukan disini tiada mak indon yang berkerja.
tapi, jadual beliau hanya setiap khamis saja.
then, how about the other days?
adakah mereka mengikat pundi2 kencing dan ginjal supaya tidak melakukan proses perkumuhan?

dan sebab itu jugalah saya terpaksa ambil alih tugas beliau.
saya buat pun, sebab kalau saya tak buat, camne aku nak kencing woii???
geli dan jijiks lah melihatkan kesan2 air-air kotor itu di lantai2...euwwww...

tahu sajalah, 'mereka2' ni tidak dididik bagaimana untuk bersuci.
ada air, guna tisu.
itu mereka punya pasal la..[takan 'tang' itu pun aku nak jage??]

tapi, tak boleh ke siram balik simen yang tak berdosa tuh dgn hose paip yg ada tu?
biar je macam 'teh o' tumpah....eeeuuuuwww...
[sila tutup hidung jika anda sedang mmbygkannya skrg..sbb mmg bau nye sgt "camci" ok!!]

nasib baik lah yang untuk hadas yang besar, mereka tahu untuk menekan butang flush.
kalau tak, memang saya tempah portable-jamban, dan bwk dtg pejabat saban hari.

sebelum ini, tak la seteruk sekarang.
suma sekarang staff sudah semakin ramai.
jadi, makin kotor la jam-ban!!
aku pun menjadi semakin pening >:3P

tapi, macam tak da point pun buat kerja ni..[pahala tu Insyallah..]
sebabnya, mereka langsung tak de kesedaran lah.
penat la aku camni wooiiiii...

asal nak kencing je, kene basuh jamban dulu..
pastu..bila masa mereka nak guna, dah bersih dan wangi..
waduhh...gue nggak tahan dong..

takpa lah, kata niat ikhlas kan?
ye.baiklah.
saya ikhlas tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau gaji tambahan.
dan saya juga, tidak mahu mereka tahu kerja sampingan saya ini.
sekian.


p/s : lantai pejabat yang kotor ni pun encik bos yang vacuum tau!!! jgn memain dik non!



June 2, 2009

Angka oh Angka

Sila lah perhatikan statitik ini..


Statistik ini telah saye captured dari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) semalam.
Ini adalah statistik maklumat jawatan dalm JPA bg jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Agak mengejutkan juga lah dan menggerunkan..
lantas berkata "konfirm aku x dapek deh"..

cuba tengok..
Application seramai : 12513! angka yang begitu besar.
Yang disenaraipendek untuk temuduga : 2778 org. [saye,salah seorang nye!]
Kekosongan jawatan : hanya 236 !!

dan yang paling mengharukan..
Calon simpanan atau calon menunggu (dah macam johan menunggu plak!) : 300 org!!

Saye pun tak pasti ape dia calon simpanan nih..
tapi lebih kurang macam.. kalau ada kekosongan tu baru lah mereka ni dipanggil..
kalau tak ada..hold dulu la..mengikut tempoh yg diberi.
antara jenis sebab kekosongan :
1-calon yang berjaya mereject offer.
2-pegawai bersara. [tggu la smpai org tu tua!]
3-pegawai mati.[nak senang, pegi bg minum racun]
dan lain-lain lah.

setelah menggoogle... ramai yang telah menjadi calon simpanan kene tggu dlm setahun.
lepas setahun expired lah status tu..
perlu pengambilan semula..
tp, ade yang paling cepat..sebulan...
[apo nih?? x paham den!]

abis tu...yang seramai 2778 dipanggil interview ni untuk ape?
konfirm2 la untuk jaid pelapis calon simpanan kot?
asal x jadi kueh lapis sudah!

tapi, mungkin la ade 1% kot calon temuduga yang berjaya terus mendapat status lantikan.
hoh! dan saye berkata.. "boleh ke aku dapat nih? pegi mimpilah!"
mungkin kalau ade lah rezeki disitu, sekadar menjadi calon simpanan aje lah.


tiba2 teringat kata2 yang tercatit kat dinding sekolah dulu2..

Jika ada 1000 yg berjaya,aku diantaranya.
Jika ada 100 yg berjaya,aku juga diantaranya.
Jika ada 10 yg berjaya,pasti aku dianataranya.
dan jika ada 1 yg berjaya,maka AKU lah orgnya.

dan aku mengubah kata2 ini menjadi..

Jika ada 12000 yg memohon, aku diantaranya,
Jika ada 2000 yg dishortlisted, aku juga diantaranya,
Jika ada 236 kekosongan,pasti aku diantaranya,
dan jika ada 1 yang berjaya, mudah-mudahan akulah orangnya.

wah...sungguh bermotivasi tak??
saje la tuh nak sedap kan hati sendiri.

ape pun..doa lah..usaha lah..ikhtiar lah..tawakal lah..
Insyaallah.


p/s : kerja oh kerja..Mak,sila luluskan permohonan berhenti kerjaku.. :(




May 28, 2009

ubat sakit perut.

Hari : Hari Gaji Selasa
Tempat : Pejabat
Kadi...
Masa : 5:31pm..[stgh jam lagi nk cabut..]
Cuaca: Mendung..macam nak ujan.
Kondisi: Super Sakit Perut..memulas2..


Adoih..lame nye tak update blog nih..
malas dan letih lah.
kalau dulu..hari-hari pun nak update.

baiklah.sekarang mahu update ape yg tidak terupdate.

1.kalau pasal kerja..saye masih belum dpt kerja baru lagi.
masih lagi melepak kat tempat lame dgn projek yg baru dpt..buat saye sakit kepale.
Exam DPLI pun x lepas...huh.nampak sgt x de talent jadi cekgu...

2.kalau pasal duit..pelaburan bank saye masih tidak meningkat-ningkat..
ape yg meningkat? hutang! huhu..
eh, hari ini hari gaji lah...[gaji bulan lepas pun tak terluak lagi..sebab duti asik beranak je..]

3.kalau pasal hati dan perasaan...saye takde perasaan lah heh!!

4.kalau pasal kahwin...nanti laahh..[macam iklan fair n lovely la plak...keh3]
biar lah org len tu selesai dulu...huhu...

5.kalau pasal kawan2...malas lah mahu pikir....''dunia yang sombong''....huh.

6.kalau pasal status...status saye masih di dalam pagar beracun.. siapa yg berani melepasi pagar beracun itu hah? [ape aku merepek ni..]

7.dan kalau pasal carik pasal....oh...lainkali lah...

8.....dah la....sakit sgt perut ni..x boleh nak taip lagi...suroh balik copek agak eh.....

ok..sy mahu umumkan bahawa.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
esok adalah hari....Jumaat!!!....saye suke! hehehhee :)


p/s: sakit hati lah pulak nih... :-/


April 20, 2009

speeding the day~

maaf.blog ini serupa hape tah.
lama plak nak baik pulih blog ini sehinggakan tangan ini sudah kemaruk utk menaip.

tiada ape yang hendak di hebah kan.
cume, hari ini saya speeding my monday dgn new AMD PHENOM X4 QUAD CORE !
The ultimate megatasking processor!!
tapi, ia amat cepat panas dan senang sangat nak overheat.

hari ini encik bos menunaikan janji beliau memberi saya set pc yang baru.
nasib baik beliau tidak beri laptop..buat tambah beban je!
dan pc usang itu diberi kepada amoi-amoi trainee yg baru masuk hari ini.

nampak nya amoi-amoi tu tak rock lah.bosan.
biarlah aunt susan dan uncle kelvin yang entertaint mereka.
kakak kathy ade agenda sendiri...huhu~

hari ini
uncle eric suka hati cari pasal same saye.
dah la kene haritu kene ngorat dgn gay yang bertitle 'EJ Sayang'.
padan muke ko~ huhu..

hari ini
shopping bende tah hape2 sehingga RM61..
ape bende nye? ntah.x nampak dek mato.
yang tau DOMPET saya sudah kering..
tan sri AFIF..sila amik perhatian..
.....dompet saya sudah kering...bukan sudah kering dari kondisi yang basah...
tetapi,sudah pokailah..

sekarang 12.12am. sudah masuk hari esok.
jadi perlu tidurlah untuk kesinambungan hari seterusnya.
malam~







April 17, 2009

LIFE reconstruction...

Hidup kembali messy :anoto: apabila tibe di pertengahan bulan..
Ape nak buat?
Orang putih kate...life must goes on,no matter what happen..
Orang N9 kato...apo kono eh jang?????

Ade orang tunjuk aku jalan utk ubah hidup..tapi perlu ckit sacrifice la..
Berubah ke hidup aku kelak?? Entah la labu~

Yang penting berani dan usaha.. :ha?:
Ape yang akan jadi masa depan..? kita sendiri yg corakkan.
Samada kita semakin mundur, stay still atau advance bergaya...

Tapi ape pun...just give a try..tak cube x tau kot??
else,u stay still, not moving anywhere..

***********

Harini encik patrick buat software audit.."kindly please remove all the pirate softwares in ur pc.."
Abis su
me nak diremove, termasuk la sound card driver skali..[TERuninstall, x sengaje!]
ten
sion :ayokona::sigh:btul tak bleh layan lagu seharian!
Langsung tiada entertainment!
Tapi, Allah tu MAHA segala-galanya..
tibe2 bos nak bg pc baru Isnin depan..[Kalau x de siap ek!!!]

:woooh::bringiton:
bagus2! takde la aku suffering dgn pc usang yg diinherit dari sape2 tah!~

***********

Esok, perlu duduk untuk ujian Medsi...pencarian untuk calon2 guru dan memasuki DPLI.
[Ape itu DPLI? google sendiri lah]
Serious ke aku nak bertitle cikgu? 'Cikgu Katijah' atau lebih vogue 'Cikgu Cat'..
hahaha!! arhh..jadi ke tak..tu sume rezeki dan ketentuan..
ape2 pun aku ni suke pasrah dan tawakal jer..

Banyak lagi agenda dan episod hidup aku ni..
Perlu dijadual dan dilaksana sebaik mungkin..

Sampai sini saje post minggu ini.
Jumpa lagi di minggu yang baru, dengan napas yang baru..~~!!
:wave:

p/s:Camne nak kasi blog ni nampak best ek? malas la nak google.
buah mangga celah pagar..sape2 tlg la ajar~



April 9, 2009

working mode.

Semenjak laptop aku hilang keupayaannye untuk mengakses talian,malam2 ku menjadi sgt bosan.
aktiviti blogging sesi malam juga sudah kurang.
jadi perlu di ganti dgn sesi siang..means, pada waktu pejabat.
:-"

suke hati je nak blogging time office hour macam ni.
bosan la hari2 mengadap TCM dab AJAX..
berpinar biji mate i taw.. /blur


sekarang AJAX sudah didalam poket..
tidak lah sesukar yang dijangka kan..huhu~
/nobigdeal

semalam,encik bos seperti nak assign project baru yang memerlukan PHP sebagai PL nye.
aduh..kalau lah betul dia nak assign,alamatnya tambah sakit la aku.
mana tak nya,hanya ada aku sorang saja yang PHP-literated kat sini.
[aduhai...moving back to ..? aku pengsan.]

harini, bosan jer seperti hari-hari biase.
hanya ditemani oleh aunt susan dan d nerdy+messy one,uncle kelvin.
lemah jiwa nak buat kerja..lemah. (:|


p/s :
mencari sebuah inspirasi.

April 6, 2009

exhausted monday. [updated]

weekend sudah pergi.
isnin sudah mari.

sungguhlah paling tidak penat weekend kali ini.

sabtu:
perjalanan pulang ke kampung dan seterusnya ke JB amatlah tidak penat.
pagi2 lagi dah bergegas balik kampung.[tak la pagi sgt..jam 10..]
kerana jam 12 ingin ke JB..
spt biase..perlu melompat dari rapidkl->lrt->komuter->bas tingtong.
dan akhirnya barulah smpai ke destinasi.
makan byk masa jugelah..[1.30pm baru sampai tau!!]
/sweat
memandangkan syarikat pengangkutan awam tu sume BUKAN bapak den punyo..
so,perlulah bersabar..walaupun selewat mane pun hadirnya.
at last, jam 3 baru nak start enjin keta ke JB.
jam 7 sampai JB, rumah Along.
memanglah sangat tidak letih.
dan malamya tiada aktiviti yang lebih best dari tidur awal..huhu~

ahad:
Destinasi utama :Bandar Tenggara..majlis pertunangan aku sepupu aku..
Along kate,1 jam lbih nak g sane..
so,
jam 9 dah kene gerak..[adeh..awalnyeee~]
jauh nye perjalananan..x de ape yg menarik pun.
yang ade hanyalah deretan kelape sawit dr awal smpai habis.

******
melihatkan sepupu yang sedang bertunang...
teringin pule ingin mengambil turn seterusnye..ehehe~
[nanti saye uploadkan gambar beliau dan gmbar saye yg berangan ingin bertunang..later lah okey~]

******


amik berkat......[atau booking utk next turn??]
/wahaha

******

Agak lewat jgk gerak dr BT ke Bongek.
jam 3 bertolak + hujan all d way + jammed caused by accident = jam 7pm baru smpai Bongek!
tapi, bila pulak nak balik PJ? esok adalah Isnin!
[amik MC?? Ow..no way!...last month punye mc n claim pun x submit lagi...huhu~]

isnin:
6.15 pagi Isnin...[eh,aku masih di Bongek! hehhe~]
terpakse bangun awal..perlu pegi keje...
/floor
akibatnya..saya sgt stone di office hari ini.Ngantuk beb!
my head keep rotating 360 degree..
pening kepala hingga saat ini.
perut juga ingin join d club.[sakit juge!]
penat nye.

harini macam ade orang suda tukar sama saya punya kerusi lah.
kerusi saya tidak selesa dan senget!
sennngaaalll!!~

p/s :
next Saturday ade appointment dgn Dr.M..
next Sunday pula ade appointment d KLCC.. huhu~

March 27, 2009

jumaat yang wink wink...

oleh kerana akan pulang ke bongek petang ni..
aku nak jugak mengepos di sini sebelum balik..
nnt kat bong
ek bukan x de internet connection..
tapi tau2 saje la, pc antik itu amat lembab kelaju
annya..

*****

harini patutnya dpt confirmation letter setelah 6 bulan bertitik-peluh disini.
tunggu punya tunggu..bukan confirmation letter yang dapat..
remind/warning letter yang dibaginye..

hahaha...
dun get shocked!!
it juz a reminder letter from property management for all the tenants (especially women) in dis avenue to make sure all their "solid waste" is handle properly..
dun simply flush it to the toilet bowl..
[aku ingat kat aspuri je ade org wat gini..kat avenue ni pun ade ek...hahaa]

lepas mmbaca warkah tersebut,aku ke toilet dgn tujuan tertentu.
really unexpected...i did the same vandalisme again!--> [vandalisme]
gile cuak..tp, berbekal kan experience yang ade, aku cuba cool down..
org kate..learn from mistake..
selepas mngambil beberapa langkah yang cermat..
aku tarik napas lega dan tell d boss la..
again..encik boss dan aku jadi part-time plumber kejap..
wuhuhu..betapa malunye muka saat itu..

dalam hati encik boss.."bila la aku nk fired budak ni..tak sudah2 nyusahkan aku!"
hati aku mereply.."im so sorry boss..bende tu yang sengal..its not my fault.."

tapi aku tau..hati beliau itu baik...
[ade ke bos korang nak betul kan jamban???]

kalau x baik, x kan die bagi increment kan?? hahahha~~!!

*****

after I voiced to soo
ling about my confirmation 2 days ago..
complained to her in a very courteous way..why so late..1 month delay..almost 2 months lor..
supposely end of feb..now is end of march already maa~


ok..ok...i will prepare the letter by today.. kate beliau...hahahaha~

and finally.. today i received d letter of confirmation..
with the revised salary..effective on 1st March 2009..yeaaa~
-->ini senaman wanita mengandung...
walaupun x la banyak mane..tp boleh la....rejeki anak-anak...huhu~
maybe sebab recession..tu yang die tamau bagi bonus.. huwaaaa!!!

jadi..pada mereka2 yang menunggu bonus aku keluar..
mintak mahap la ye..economy x baik sekarang...

p/s: balik kampung jumpe bonda lagi baik..bye..bye~

March 23, 2009

dulu kini dan masa depan..

ouw..sudah terlalu lama gitu tak kemaskini blog ini..
sungguh byk daun2 kering tak bersapu..
keadaan hidup yang busy dan fizikal yang penat telah menjadikan aku sungguh malas utk kemas2 kan blog ini.
[tp,mujur rajin mengemas bilik]

itu lah...minggu lepas dan minggu sebelumnya,adalah dilabelkan sebagai minggu stress.
desakan hati meronta2 utk berhenti dan dilema utk menerima tawaran kerja baru.
sungguh tension.[sampai terjelmalah encik pimple di muka aku ni.]
di opis pun orang2 takde.
sibuk dgn project iphone 3G nye tuh.
biarlah.

hari ni,kurang sikit stress.
mereka sudah pulang ke opis setelah 2 minggu meninggalkan aku..tergantung x bertali..

lagipun weekend semalam sudah berhu-ha hu-ha dgn rakan2 lama.
liza konon nk pg bukit cerakah la? cerakah kat umah je jwb nye.
actually dah berkurun pun janji nak dtg umah mereka..tp, ade je hal lain.
kesian plak haliza dah demam2 rindu dgn aku.
at last, lepas gak dtg umah HALIMAH tu..[haliza + hamimah]
yang jauh nye selama 10 minit menaiki komuter!
apo ko dokek bona?? itu pun berkurun baru nak jumpo!!
best nye dapat berborak2,bergelak2,bergosip2,berumpat2 dan seumpamanya lah.
biasalah,lama dah tak buat perkara2 wajib tu sume..


Dulu.......


set sofa empuk milik puan sri inilah yang menjadi mata dan telinga apa saja yang dilakukan disini.
mujur ia takde mulut,mesti hari-hari sofa ni membebel2 je..

hari-hari mesti melepak kat sini seawal 7 pagi - bagi individu yang awal bangunnya.. sehingga mencecah 4 pagi..bagi individu2 spiesis burong hantu..

antara aktiviti kami adalah:

  • menonton semua rancangan tv,yang boleh ditonton [yg x boleh pun,boleh jugak]
  • berbincang,berdiskusi,bermusyawarah dan sebagainye.
  • bergosip - gosipan [maka,sofa ini namanya sofa gosip].
  • meluahkan perasaan..sedih,suka,tension,geram,gatal,malas,dengki dan semua lah.
  • bergambar pada bila2 masa perasan diri cantik.
  • study pabila menjelang test dan exam..baca 5 minit,selebihnya membuta sampai pagi.
  • bergayut di telefon. ini sorang saje yang suke buat. sebab yang lain kurang bergayut..[atau yang lain masih single?? teettt...]
  • ape lagi ekk? emm..tah lah...x hengat dah...


hahahaha~
sakit tekak aku berborak sakan semalam.
maklumlah sejak 6 bulan 3 minggu bekerja ni mulut aku seolah2 ade jongkong emas.
kadar percakapan menurun 90%.


ermm..pendekkan cerita..itulah yang dinamakan kawan. tanpa kawan siapa lah kita. aicehh...~

p/s: ketemu lagi di lain post, tidak lagi gambar sofa empuk disiarkan..tapi mungkin mahligai pelamin mereka2 pula...sekian.

March 16, 2009

pagi Isnin ku..

hari ini Isnin.16 March 2009.
sekarang.baru masuk office.
duwh.hanya 2 kerat saje?
dah agak dah.
saye dan encik Patrick.
what a boring monday!!
mana semua oranggg???

saye lapar amat.
tadi keluar lewat,lantas tidak sempat bernasi lemak di warung.
lunch nanti macam malas mahu makan je~

1-malas mahu lunch dgn encik Patrick.tak biasa lah~ huh!
2-segan mahu lunch sorang diri.

kata orang, kalau malu, lapar la perut..
haii semua orang..please come back to office!!!!


March 13, 2009

s33dn3t tetap di hati..

aih..title entry kali ini mcm hape je??
atau statement sebenarnye ***C tetap dihati?? kekeke!!


***********************************************


alkisah,
semalam berpenat2 ke Bandar Sri Permaisuri,Cheras untuk berinterview.
wuhuu..semalam hari yang paling SAKIT!
bangun paling awal,takut terlambat.
pagi akudipadatkan dgn kedatangan 2 biji rapidKL yg mcm sardin.
disempitkan lagi dgn sardin putra LRT.[kuat sungguh ligamen lutut ini berdiri begitu lama!]
mujur,star LRT agak lengang.


ini kali pertama naik train ke Cheras.jauh!
sblum ni berkereta saje.
aku jadi samar2 ayam bila sampai di stesen Salak Selatan.
tak tau mana nak hala.keliru lah stesen tu.
tapi,berbekal kan ilmu logik ajaran ustaz Khalid,maka aku jalan je ikut logik!
[kire macam redahan berlogik..]


tempat tu agak isolated, kotor,basah dan terdapat sepasang polis dua sejoli sedang menjaga keselamatan tempat tu.[nasib baik]

langkah aku terbehenti sekejap..
tibe2 terfikir nak tnye couple polis tu kat mana diam nye company yang aku nak pegi tu.
tapi, x jadi lah. malas nk kacau daun polis tuh.
takpe lah, terus call company tu.

wuhuu..kate beliau,perlu menapak 300-500 meter dari LRT.
wah! x leh imagine la jauh mane!
tapi bile mula menapak...pergghh..tu diaa...
separuh lemak dan berat badan hilang!!
peluh merembes2 hah~ matahari pukul 10 sgt terik..
langkah yg tadi nya laju, makin lama semakin perlahan!
kaki dah mula sakit dan melecet.
aduh..masih belum jumpa lagi masjid yg dibuat sbagai landmark.
lama jugak aku menapak dibawah panas,nasib baik jumpa jugak.
walaupun terpaksa melintas jalan raya yang besar dan kenderaan yg laju!


punya la susah nak cari office yang mana satu.
signboardnya, alahai..A4 printing je?
sekali 3rd floor daa..
n again,senaman ligamen otot kaki perlu dilakukan!
mendaki ke tgkat 3,tidak berlift adalah sgt seksa.
ditambah lagi dgn kesuraman tangga yang seram..
yelah,office di 1st floor dgn 2nd floor x de owner!! mana x cuak!
[aku dah mula fikir bukan2,nnt..dh smpai floor paling atas ditarik nye aku,x de sape boleh tolong! selamat la aku kat situ..]
rasa mcm nak turun semula pun ade..hahaha!
tapi, nasib baik evrythings gone positive finally.Alhamdulillah.


peluh pun belum kering lagi, turn aku utk berinterview tibe.
sok,sek,sok,sek dgn Mr.Tan tu,lastly dia kata..
kalau u nak accept offer ni, confirm by today or tomorrow.
next monday start.
aduh! x sempat nak fikir panjang la Mr.Tan.
dgn gaji yang kurang 500 dr gaji sekarang,dan perlu travel ke 1 atau 2 sekolah di KL dan selangor...
buat aku pening sama ade nak tukar kerja ke tak..
kerja baru adalah mengajar multimedia course kat budak2 sekolah.
masalah transport dan gaji yang tidak menarik lah!


***********************************************


pulang dari interview perlu menapak 300-500 m lagi ke LRT.
aduh..panas! x tahan dgn kaki yg sudah sedia sakit!
aku ke supermarket Hero berhampiran,konon nak beli ape2 seliper murah utk gantikan kasut yg memakan kaki ni..
kedai2 kasut kat luar sane semuenye tutup.[pukul 11 pun x buka lg?]
at last, sandal burok berharga rm19.90 yang terbeli.sungguh x berbaloi..


apa yang paling menyakitkan hati adalah bila keluar je dr supermarket tu, semua kedai kasut dah buka. siap ada jualan murah penghabisan stok! waduhhh..rugi bangat!
DAN..
oleh kerana x berapa bersyukur dgn rezeki yg ada, hayat kasut burok yg mahal tu hanyalah 1 hari saja.kerana harini,tali kasut itu putus sudah!! wuwuwu!! tension..


***********************************************




dan aku terserempak dgn girl made in india ni di LRT masjid jamek.
cik Nad! ex-roomate masa kat Podeh.
tibe2 plak bleh ade di KL.huhu..
balik sekejap nak beli stetoskop kat M'sia.maklumlah future doc!
katanya,di Manipal sana mahal!
huhu..miss u fren..all d best mate~!

***********************************************

finally,aku terpaksa refuse offer Mr.Tan.
ramai yang bagi feedback negative.
lagipun,Mr.Eric ada utuskan email yg amat deeper meaning nya.
aduhai...pressure lah bace email beliau..

p/s :jadi kesimpulannya,s33dn3t masih kekal dihati lah tak tau sampai bila..huhu~

March 11, 2009

antara hujan dan air mata.

Ape kene mengene antara hujan dan airmata dgn post kali ini??
herm..sebenarnya mereka itu tiada sebarang hubungan pon.
cumenya cuaca sekarang sedang hujan dan mata aku asik berair je..
[bukan kerana tangisan,tapi kerana terlalu mengantuk dan asik menguap]
penuh dah kantung mata ni dgn air mata kudus.

bosan betul minggu ni kat office.
4 kerat je yang masuk office?..balik2 meet muka sama..
meet uncle patrick, meet uncle lian ngee dan meet aunt susan..
uncle eric,uncle kelvin dan uncle rick asik outstation je.bosan!
[tp,kalau mereka ada pun pressure la plak.]
tapi, kesian kat cik kathy ni tinggal sorang2 je.
terkial2 menyiapkan TCM dan AJAX yang sengal ni.
ape tah masalah AJAX ni.fedup betul!

*****

rasanya dah lama tak kemaskini blog ni.
takde mood lah nak taip entry baru.
sibuk bangat!
hari ni baru teringat nak post,sebab terlalu bosan kat office ni!

tengahari tadi tapau nugget dan fries kfc je bawak masuk office.
sebab mereka tu sume pegi makan kedai tak halal.
aku plak menapak ke celcom centre.
simcard utk broadband dah sampai ajal,rosak plak.
pastu,nak tukar simcard 3G plak utk henpon baru ni.
mengalir2 duit nak byr simcard2 tu.
henpon baru ni pun sengal lembu!
asik problem jer! baik beli henpon cap ayam!
malas aku nak layan.
asal boleh call dan message cukop lah.
[lagipun bukan ade pun lagi 'compulsory report' nak kene submit dr semasa ke semasa..huhuhu~]

esok nak ke Cheras.
aduhai..meraban la aku nak cari office cina tu esok!!
skrg,tgh fikir apa reason nak bagi utk cuti esok?
nak submit leave form, uncle boss x de plak.
paling2 pun MC je la..
ape plak reason nak bagi kat encik doktor nanti?
huh! hidup penuh penipuan sungguh!

p/s:hujan makin lama makin lebat, mata makin lama makin ngantuk.saya amat bOsan!

March 3, 2009

ape nak jadi tak tahu lah~

Look at tis trimmed skype instant msg.
it was between mr.eric and me tis evening.

i was very speechless and had no idea what should i reply to.
ape pendapat kamu semua??

but my heart said:

"buang tebiat ke mamat nieh!suke hati die je! main2 nama Allah! huh, doa la sendiri kat patung buddha sane tu..(lagipun aku 'offday' harini)"

tergelak aku bace statement dia.
bukan ape,ini bukan kali pertama die cakap pasal Islam.
but most of time he was joking saje.
and whatever he said, nampak sangat dia totally blind about Islam. [dah,namenye pun apek cina kan.]
sume die tembak aje!

[teringat aku kat isu hangat kat Malaysia skrg ttg pengharaman penggunaan nama 'Allah' dlm mana2 non-muslim publishing]

Lagi satu,the only thing that he concerned most is "makanan" utk aku..hahaha!
dia sangat mengambil berat tentang aspek kehalalan makanan aku.
[oh man,i am 'big' already..can diffrentiate myself which one is haram n halal maa~ ]

aku teringat that day,masa aku tak join mereka turun lunch.
and he said.."kalau u x mkn,nanti ape yg saya mkn tak halal la.."
terberhenti sekejap blood circulation aku.
ape dia ingat aku ni alat penghalal makanan ke?
sentuh je,automatic pork-soup dan pork-burger halal dimakan begitu saje.
yang dia plak,ape nk pedulik halal ke haram ape yg dia makan?

hey..macam-macam la sekarang ni.
makin menjadi2 plak apek sorang ni.
orang agama lain suke-suke hati je nak main2kan agama Islam.
ape nak jadi tak tahu lah~


p/s: mari, i bwk u pegi perkim.lepas ni u bolehlah doa sendiri,dan mana tau doa u lebih mustajab mungkin?

March 2, 2009

bulan ini..bulan 3..

wah..bulan mac sudah sekarang ini..
diam tak diam..tak kurang juga berbising-bising..
sudah genap 6 bulan kandungan aku bekerja di s**dnet tech ini.

wah..ini bermakna probation period sudah tamat.
tapi,masih belum official.
encik bos masih belum bersuara dan tidak menunjukkan sebarang hitam putih.
sama ada probation akan diteruskan atau diberi confirmation atau teettttt..
bergantunglah pada prestasi kerja aku.[aduwh..my heart beat sounds like hifi subwoofer!]

6 bulan terasa begitu lama lah!
kebosanan dan tekanan membuat kan masa bergerak terasa begitu lama.
tapi, aku berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran hidup bekerjaya.

selama 6 bulan ini jugalah aku menyuarakan hasrat hati mahu meninggalkan s**dnet.
lebih seratus kali mungkin.
tapi,dengan berkat kesabaran dan ketabahan insan ini,aku tetap disini memujuk hati.
[aiceh..ayat jiweng gitu kan..]
pada masa ekonomi tak begitu cantik ni,adalah merupakan satu langkah yang sumbang jika aku meninggalkan s**dnet tanpa ada sebarang backup yang menunggu.
[aku pun tak sanggup nak menghadap encik bos dan encik eric. sudah pastinya mereka tidak akan benarkan aku berhenti.]


owh..begitu tekanan lah bekerja sekarang ini.
sudahlah kene belajar yang baru, yang lama belum settle lagi.
uwaa..uuwwaaa!!
hari-hari pun kena pujuk sendiri hati yang lara ini supaya kuat dan sabar.

bulan 3 sudah ini.
tak tercapai lah akal aku nak expect ape akan jadi nanti esok.
apa yang aku boleh pastikan ialah tuan tekanan dan puan bosan sedia dan setia menanti.
encik bahagia dan mr.happiness masih belum muncul.

..................................lalallalalalala~

February 20, 2009

suntikan AJAX

aduhai..lagi keluhan terhambur...[bonda marah kalau aku mengeluh..]

kerja aku sekarang benar2 memberi tekanan maksima kepada aku.

niat 'murni' aku untuk berhenti kerja telah disuarakan kepada bondaku,Datin Hasnah kelmarin.
beliau pada mulanya memberikan lampu hijau,tapi tiba2 bertukar menjadi merah. :(
aduhai bonda, anakanda mu ini sgt la tidak bahagia di sini.
di bawah ketiak bonda juga akan terasa bahagia itu.. [hahahaha~]
selama ini anakanda tidak pernah meminta untuk berhenti sekolah bukan??
kali ini saja mahu berhenti kerja. [nanti,paklah mesti bagi punya kerja pada anakanda..huhu]

minggu ini tekanan sungguh bertimpa.
sudah lah kerja telah overlapped dgn encik Rick.
sangat membuang masa berbulan-bulan lah.
[ape la encik bos ni..sakit jiwa i taw~!!]

Hari ini encik Eric mengerah otak aku ini untuk menyuntik aplikasi AJAX dlm module yang baru ini.
dengan berbekal kan sebuah kitab yang konon nya 'dihadiahkan' istimewa utk aku, dgn harapan aku akan menghasilkan sesuatu yang WOOWW!!

aduhaiii....pengetahuan aku tentang AJAX adalah dibawah peratusan -0.01%.
[ajax fabuloso aku tau lah!!]
what,when,where,which,who and how to play with this 'sweet' ajax??
aduh...PENING sungguh lah..


malas lah nak taip menjela-jela..
sakit kepala.. :(

February 17, 2009

kezutan [Part 2]

'kemalangan' hari ini dimulakan dgn kelewatan bangun dari tidur akibat kepenatan semalam.
kemudian,dimalangkan lagi kepenuhan bas yang menyebabkan ia tidak mahu berhenti.
[sudah jam 9 pagi nih..]
dan dikeruhkan lagi dgn kesilapan pemandu teksi memasuki simpang di roundabout utk ke office aku.
[bukan saje bertambah lewat malah tambang teksi juga bertambah,kerana ia bermeter]

malang mmg takde bau kan??

hari ini memang agak terkezOt lah jugak kan bila masuk office.
posisi kedudukan of course la sudah berubah kan.
tapi yang paling 'haru' amat ialah nama aku ditampal sebesar2 di depan monitor aku.
utk menunjukkan itulah my new position.
[nih,tidak lain dan tidak bukan mesti kerja mista eric! siape lagi kok berani macam-macam sama gue??]

owh..tidak perlu lah menampal serba serbi itu semua.
sudah seperti mahu menghadiahkan aku sebiji monitor pule.
sudah terang-terangan aku seorang saje yang menggunakan PC di pejabat.
yang lain nya semua menggunakan komputer riba milik syarikat!!
[aiyaa..kalut la ini apek..aku rasa macam mencari publisiti plak..eeeiii!!]

aku akhirnya ditempatkan diantara dinding dan encik kelvin.
dan dikelilingi oleh 3 ekor kumbang yang berbangsa cina.
[termasuk lah mista eric..]

aku tak nampak plak die belah pagi, tapi after lunch baru dia masuk.
[suke la tu, dpt duduk dekat dgn aku??!! senang ko nak buli2 aku..]
tapi hari ini beliau dapat bad headache.kesian.
itu pun mahu mengadu sama saye ke? makan la penedol..aiyoo~

sesi petang hari ini sangat menyakitkan hati,kepala dan telinga aku.
office di sebelah tengah buat renovation.
memang pencemaran bunyi sungguh.
gerudi sana sini..atas bawah..kiri kanan..depan belakang.
owh..amat tension sekali kerana aku kini beradadi sebelah dinding!!!

harini semua orang pun buat kerja guna gigi dan kaki utk menaip di keyboard.
sebab kedua belah tangan digunakan utk menutup telinga...hehehee~
[esok aku nak bawak kapas lah..ada headphone pun,x jalan jugak]
bayangkan selama 4 jam terpaksa bertahan dgn kebisingan itu.
dan selama 4 jam jugalah aku 'berzikir' dalam hati..

hari ini memang malang sungguh lah.aduhai..~

p/s :hari esok hari ape???......hari yang ceriaaa!! ~hopefully...

...goodnite...