Showing posts with label The Bee And I. Show all posts
Showing posts with label The Bee And I. Show all posts

April 23, 2010

Jangan lupa kan saya dan.....

Aku tak tau nak categorizekan cerita ni celah mana.

Nak kata sedih, sebak la jugak.
Nak kata kelakar, mau mengalir air mata aku tergelak tadi.


Alkesah.
Pagi tadi.
Dah lah datang lambat.
Rushing nak pegi gathering & meeting jap gi.
Tapi, sempat lagi bukak emel, sebab lupa meeting kat mana.


Dalam pada tu,sempat check Yahoo,Gmail, tak lupa juga FB sepintas lalu.
Tapi,aku tersangkut kat FB sbb ada private msg.
Panjang menjela-jela.
Aku baca bait demi bait. (dah macam syair aku rasa)
Hati aku semakin sedih dan pilu.
Dada aku berombak-ombak.
Mata aku berkaca-kaca.
Air mata aku dah ready nak bertakung.


Tapi sebelum sempat nak menitik.
Aku dah sampai kat satu ayat ni.
Buat air mata aku mengalir-ngalir berjuraian.
Ayat nya berbunyi...

"Ubat senggugut tu jangan lupa simpan dalam beg & ubat sakit perut.."

Adeyhh!!
Penat aku feeling sedih kat atas tadi.
Tiba2 ada pesanan macam tuh.
Terhambur gelak aku.
Tak menahan.
Abis air mata kesedihan aku tadi jadi air mata lawak!

Aduhai.
Tak de ke pesanan yang lebih romantik dan relevan sikit.
Ade ke senggugut aku yang di"concern" nya??
Ya ampuunnnnn!!!


Malu gile kot??!! hahaha!!

April 1, 2010

JK Mode

"Orang kata kalau dah angau, mandi pun tak basah"
  [Tapi, aku bukan angau, sebab aku memang tak basah, sebab aku belu mandi lagi] 



  Dah lama tak hapdet tentang LeBAh pUaKA kan?
  LeBAh pUaKA belaan aku semuanya (wah! mcm byk je kan?) sehat je kot.


  Yang jauh nun di sana, dah pun dekat di sini.
  Namun, dekat pun takde guna.
  Kalau nak bersua cuma sekali pun, ya ampUn..!! sUsah..
  Masa berhubung pun dah semakin berkurang.
  Ibarat bekerja di Selatan Timor Leste, yang berbeza timezonenya dengan Petaling Jaya!
  Apa nak buat? Sendiri makan hati lah.
  haaaiiihhh~


  Minta maaf lah entry kali ni lagak seperti penulisnya sedang jK mode. [jiwakacau]
  Tapi, memang pon. hussshh~



 

March 8, 2010

Hari ini & Semalam [Ceh! Macam tajuk lagu plak]

Minda aku stucked tak dapek nak memikiorkan mende aloh system nih.

Ape la encik senior aku bagi gedebuk system tak bagi passowrd.
Suh aku setup sampai jalan sesempurna yang mungkin.
Haraaaammmm.....
Mampuih tak jalan system nih..(dia bukan ada kaki pun kan?)

Cakap pasal jalan kaki..
Semalam aku pergi menyakitkan kaki dengan berjalan kaki dari pukul 11 pagi sampai pukul 6.
Ditambah lagi dengan berdiri-diri menunggu kawan sorang ni.

3 kali kot menunggu!
  •  Datang lewat -- Alasan : Komuter takmo jalan. (Org suh bawak transport takmo..)
  •  Sembahyang lama -- Alasan : Surau tu kecik. (Lenkali bawak sejadah, boleh solat kat kaki 5   haha!!) 
  • Cari & fitting baju lama -- Alasan : Takde saiz.(Bak kata Ziha, beli losyen mustajab sedozen!!) 
Adeh..Bab-bab menunggu ni yang aku lemah kerana ia melibatkan aspek kesabaran. 
(Hati didalam terbakar, tapi muka buat2 manis je kan ..hahaha) 
Baiklah. Sakit hati turun ke kaki rupanya. 
Patut pun kaki aku sakit.
Sabar je lah kan? Takpe,lainkali gua balas.
[Erkk...baca dek kawan aku ni, mampuuiiihhh aku.. ekekeke]

Emm..apa2 pun semalam sangat best pegi merayap2 kan. 
Kan best kalau dapat menjerit2 naik roller coster tu? 
Tapi, aku yang takut. huh!


Baik.Sila sambung mengadap coding.

Jangan mengadap benda lain!

   
p/s : Aku dalam dilema uwang.

March 2, 2010

Thanks to FB notification! i owe u..!!

  
                          
Anda nampak rajah di atas?? nampak ke tidaakkk?
Kalau tak nampak alamat nya pendek umur..kata pak belalang.

Rajah di atas baru dibaca oleh saya sebentar tadi, semasa memeriksa peti masuk Yahoo! Mail saya.
Ini benar2 memberikan saya serangan jantung bertubi2.
Ku sangka kan beliau (sila baca entry sebelum ini) sekadar menyatakan hasrat hati.
Dan selepas memohon maaf, beliau tidak membuat apa2 lagi.

Tapi, aku silap kot?
Menatang kat atas tu sangat menyakitkan jiwa.

Saya amat berterima kasih pada laman rangkaian sosial Mukabuku kerana menghantar notification ini terlebih dahulu kepada saya.
Jika tidak, betapa malu nya saya ditimpa fitnah begini.
Dan bagaimanakah saya mahu menjawab petanyaan2 dari wartawan TERJAH! orang sekeliling?
Lebih2 lagi dari ahli keluarga saya yang tidak boleh berenggang dengan Mukabuku.
Belum lagi dari rakan2 seperti Haliza dan seangkatan dengan nya?
Dan bagaimankah saya mahu menaikan semula saham yang telah merudum? [opss!terlebih sudah!]

Apa yang lebih penting, tercalarlah kemaluan identiti status saya yang dirahsiakan selama ini.
Rahsia kah? Saya masih single tergolek-golek okeh! Ini pengakuan.

Oh! Rasanya mahu memadam akaun Mukabuku saya itu.
Tapi, saya rindukan kawan2 saya nanti.

Baik! Saya akan membuang atau menyekat saja lebah puaka jahanam ini sebagai rakan...!!
Bukan sahaja di Mukabuku, malah di Penghantar Yahoo! (YM), di Peti Email,di Friendster, di mana2 sahaja lah!
Yang penting beliau perlu disekat dari menghantar pesanan ringkas atau membuat panggilan di telefon bimbit saya.
Pendek kata, segala jalan yang memungkinkan beliau menjejaki saya, akan di sekat.
Tidak kira jalan air, udara atau jalan darat!
Istihar PERANG!!!!!


p/s : Hati-hati dan waspada dengan jenayah siber yang semakin berleluasa. Pesanan di bawakan oleh MCMC.





Serangan Jantung!

Aduh! Jantungku diserang!
Diserang raja!
Raja mana??
Raja LEBAH!!

GILA!
Angin tak ada , ribut tak ada , tau-tau hujan turuunn...[baca dengan gaya Pendekar Mustar dalam filem Pendekar Bujang Lapuk]

Alkisah.
Setelah di pendek kan cerita yang panjang berbulan-bulan..
Secara dengan 'tiba-tiba' nya, ada sekor lebah puaka ni, nak buat declaration status beliau di laman rangkaian sosial Bukumuka.

KT : "Berita baik! Buatlah.Dengan sapa u nak declare ni? Bagila i tau dulu,before u publish kat public."
Lebah Puaka : "I tak nampak orang lain pun, selain dari u..."

WTH ini manusia!
Aku yang salah baca atau dia yang salah paham atau dia jugak yang syok sendiri.
Terdesak mungkin dia?

Aku tak tau expressi apa aku nak buat.
Nak marah pun ada, nak gelak pun ada.
Konfius2!

Macam2 dunia sekarang ni.
Tolonglah manusia bernama "Adam" ini.
"Hawa" bukan seorang di dunia nih.


p/s : Nasib baik tak ajak aku jumpa Tok Mudim.. eh?? hehe

February 1, 2010

Love at the first sight????

Errkk..Nape font blog aku ni jadi kecik cam cacing ni??
atau memang begini dari azali??
Dulu aku view dari skrin laptop peribadi ni, font nye besar cacing gelang.
Sekarang, besar cacing kerawit.
..nak baca pun sakit mate!

Eh! aku bukan nak story pasal bisnes penternakan cacing la!!
Aku nak story morry pasal perihal lebah puaka..lagi..!!

Sebelum tu, ape pendapat kamu tentang love at the first sight?
atau dalam bahasa belanda nya cinta pandang pertama?
[Nak menaipnye pun muntah darah aku dibuatnye..]


Ada sekor anak tupa atas jula mokte Lebah Puaka ni buat confession yang dia jatuh tangga senta pandang pertama pada JERAWAT aku.
Errkk!! 1st time kot ade orang kata gini kat aku?
Tapi, biasa lah, aku ni hati keras cam iceberg...[keras2 gak, tp nanti cair kot?? haha!]
So,aku macam takde perasaan pun lah kan.
Sebabnya aku memang tak berapa nak percaya kot dengan cinta yang jatuh2 dengan cara macam ni.
Tapi entahlah.
Aku pun ken-pi-yus...

Alkisahnya.
Di satu hari yang hening.
Di dalam majlis tari-menari berkumpul-beramai-ramai di pejabat.
Aku dan rakan2 selaku "budak" baru di kerah untuk memperkenalkan diri di khalayak ramai yang hadir dalam majlis tersebut.
[Mak aii..!! Gile gelabah..Dah macam nak suruh orang vote jek kan?? haha]
So, dari sini lah hati lebah puaka tu "terjatuh".
Itu lah sebahagian cerita yang dikhabarkan.
Kelakarlah aku rasa! Ngengg!!

Apa2 pun, malas nak story morry banyak2.
Jom layan Liyana Jasmay plak..!! :)



p/s : Nak gi kelantan, tapi tak dapat green light :(

January 27, 2010

The beauty and the BEE!

...Geli plak aku tengok title entry ni. Beauty kah?? haha! Yang BEE tu pulak, aku dah tukar dari nama Lebah Puaka tu.Layan aje lah...

Encik Bee ohh Encik Bee~
Napa la Encik Bee ni keluar masuk, keluar masuk dalam jaring saya?
Dah masuk, duduk la diam2.
Boleh saya simpan Encik Bee dalam botol mineral kaca hikmat.
Boleh saya jaga Encik Bee elok-elok. [Liza mesti loya!]

Ini tidak.
Keluar masuk.Keluar masuk.
Letih la saya camni.
Jangan la main2kan perasaan saya.
Jaring saya ni saya reserve untuk Encik Bee sekor je tau.
Lebah Puaka lain tuh, saya pandang sebelah mata je.
Walaupun Encik Bee ni bukan lah sekor lebah yang handsome sangat pun kan~
haha!

Takpelah.
Saya nak pergi tangkap rama-rama la plak.
Tangkap patung-patung ke kan.
Tak pun tangkap ladybird.
Bosan la saya asik tangkap Encik Bee yang sekor ni.
haha!

Ape2 aje lah Encik BEE.
Gunung kalau dikejar, memang takan lari.
Masalahnya saya bukannya gunung.
haha!

APE AKU MEREPEK? TERIMA KASIH KERAN MELAYAN :)



p/s : Aku tension, di anaktirikan oleh bos :(

January 26, 2010

Madu Lebah Puaka

....Aiceh! Tajuk dah macam novel bersiri Salma ataupun Siri 3 Penyiasat.
Bahan bacaan favourite aku masa zaman kecil.....

Aii..lembap betul pergerakan la 'lebah puaka' sekor ni..
Nyampah aku!

Tapi , ape yang menarik nye, aku macam ada telepati dgn 'lebah puake' sekor ni.
Aku seru dia dalam hati je.
Tak sampai beberapa ketika , mesti dia muncul.
Dah banyak kali taw, secara kebetulan lah tapi kan.
Bak kata Ally, macam ade kimia.

Tapi apekan daya, diriku perigi buta.
Tak seswai lah kalau aku yang pergi mencarik gayung pujaan tuh.
Lainlah, kalau aku ni Filter Air BIO-AURA kan..tak payah carik, ramai je yang mahu!
[Ape yang aku merepek ni?? haha]

Tapi, biasanya susah nak dapat apa yang dicitakan tu.
Kadang2, kalau bernasib baik,pucuk dicita ulam mendatang.
Tapi, kalau bernasib malang, pucuk dicita, daun kering kot yang datang?? haha!
[Lagi merepek kan?? ini 'lebah puaka' sekor tu la ni ajar aku merepek.

Sudahlah,sakit mata lah.Hati pun sakit juga kan.
Suma Puaka Si Lebah punya pasal.


p/s : Jumaat makin hampir. Saya berdebor!

January 22, 2010

Lebah-Lebah Puaka

Baru lepas hujan.
Cuaca agak lembab selembab perasaan aku sekarang ni.
Suam-suam lembab gitu.
Eh! apa punya perasaan daa.
Heerrrmmmmmm.....[panjang keluhannya!]

Lately,hidup aku ni kerap diganggu 'lebah-lebah' puaka.
Mengganggu konsentrasi perjalanan seorang aku ni.
Lebah-lebah puaka ni suma memang la amat menyesakkan dada dan merimaskan persekitaran.
Aku tak tahu la apa la yang lebah2 ni nak dari aku.
Yang pasti, aku tak berhutang apa2 dgn mereka.
Sekor,sekor datang menghinggap.
Dengan perangai sekor, sekor bermacam2.
Pelik-pelik!


Ada yang sekadar menghinggap utk memberi salam harian saja.
[Spiesis ini tak perlulah dibimbangkan.]

Ada yang setia menetap selama yang mungkin. Aku pun tak pasti selama mana.
[Spiesis ini penuh dengan harapan tapi samar masa depannya.]

Ada yang dulunya pernah menetap lama, kemudian pergi. Kemudian,hinggap balik.
[Spiesis inilah yang amat merimaskan dan menyempitkan panorama! heh?]

Ada pulak yang terus hinggap dan dengan kadar segeranya meminta izin utk menjadi penunggu tetap.
[Spiesis ini bahaya! Perlu berwaspada!]

Ada juga yang tiada segan-silu nya menghinggap dan membuat kacau dan bilau.
[Spiesis ini mungkin pesakit saiko atau desakan sesuatu terhadap dirinya.]

Ada jugak yang just flying around mencari2 tempat yang sesuai utk dihinggapi dengan selesa.
[Spiesis ini malu barangkali.Tapi spiesis ini sangat menariklah! :)]


Eh!! Banyak rupanya spiesis lebah2 puaka ni.
Inilah lebah2 yang mengganggu-gugat kadar 'kelembapan' perasaan aku ni.
Juga mengganggu keselesaan aku.
Bisa ngundang stress kok!

Tapi, nasib baik lah aku ni 'mawar berduri'.
Aiceh! Mawar keh? Tukarlah bunga lain.
Ape2 bunga pun boleh lah!
Dengan adanya duri2 ni, aku tak mungkin membiarkan lebah2 puaka tu sesuka hati mengganggu ketenteraman hidup aku.
Apatah lagi nak menghinggap suka2 hati mereka.
Lebah2 tu semua perlu 'dihalau' dengan cara halus dan beretika.

Mesti anda2 semua tertanya2, dalam banyak2 lebah tu, takde ke yang menyerlah keserian PANTENE nya?
Wah.wah.wah! Tentulah ada!

Aku tertarik dengan sekor lebah yang kaya dengan elemen malunya itu.
Seperti malu2 kucing gitu kan?
Lebah ni rajin menghinggap.
Tapi,aku tak pasti samada hinggapannya itu bermakna atau tidak.
Tapi,ikut kitab ilmu2 lebah, biasanya, lebah spiesis ini, biasanya 'hinggap ada makna' tuu!
Lebah ni sweet lah! Selalu berselindung-selindung dengan kata2. Aiceceh!
Sehinggakan aku plak yang tertunggu2 apa perkataan seterusnya!
Ha! Ha! Ha!

Gangguan ebah2 puaka yang lain tu,aku 'atasi' seperti biasa je.
Mereka ni selalunya memberikan aku sakit kepalalah.
Menyampah aku dengan sekor-sekor!

Hermm...cakap pasal lebah,korang pernah kene sengat lebah?
Lebah ni kalau sekali sengat, bengkak beb!
Antara petua mujarab nya ialah, letak ubat gigi.
Jenama apa? Belasah aje lah!
Cap Kodomo Lion perisa strawberry pun boleh.
Tapi, kejap lagi, abih lah kene hurung semut! Manis kot!
Ha! Ha! Ha!

Mesti korang kata aku budget howt bile bace post nikan?
Takde manenye howt!
Aku yang panas hati dengan keadaan ni.
Bak kata uncle Karam Singh :
'Terbakar rumah, nampak asap nya. Terbakar hati siapa yang tahu?'





p/s : Tengok Mr.Bee ni..cool kan? haha!!