September 29, 2010

PBB : Pembentangan Budget Baru

Gaji bulan September telah selamat dibankkan seawal 23 Sept lalu.
Seperti bulan2 sebelumnya, aku tak heran pun dengan gaji tu.
Sebabnya,aku tak de apa2 hutang yang nak dilangsaikan atau yuran kolej/sekolah anak2 yang perlu di bayar.
Kalau ada pun bil-bil celcom yang semuanya dihujung jari.
Masuk username,password dan tekan submit.
"Your payment has been successful via FPX". Setel!
[Oppss..ada lagi satu!! hutang yuran pengajian UITM aku dgn pity-pity-end..tp,aku buat2 mcm kura2 makan tahu~]
Tambahan lagi,aku bukannya jenis kaki giler shopping. Pantang poket penuh! 
Aku akan beli bilamana aku betul2 berkenan dengan barang tu dan seharusnya barang tu murah dan berjenamam!
[Of course la masa SALE!!]

Tapi,bila September berakhir, aku terbangun!
Aku dah ada tunggangan yang perlu diambilkira sebagai tanggungan bulanan aku.
Baru2 ni pulak, tunggangan aku telah disagat oleh sekor lembu liar yang macam sin-ya-alip-lam.
Oleh itu,aku perlu menanggung kos perubatan tunggangan aku tu nanti. (~_~")
Peristiwa yang menyagat hati dan kepala itu terjadi 2 hari selepas tunggangan aku tu diberi nafas baru. [diservis]
Errghhh!!!!

Bulan ni jugak, aku akan berpindah ke kediaman baru.
Makanya, semuanya kena baru. (Eh! perlu ke?)
Contohnya,cadar pengantin baru.Ia perlu,sebab cadar yang sedia ada dah macam kain buat sarung nangka.
Kalau bagi kat matpit buat alas tido pun depa tak mau.

Selain tu, aku kena dapatkan peralatan mandi dan membasuh yang baru.
Ia perlu, kerana yg sedia ada semuanya sudah kehabisanullazi.
Sekarang la semuanya nak out of stock kan??
Elok sangat timing nya.

Furthermore, (ececeh, bahse omputih konon!) aku inginkan sebuah mesen yang boleh berkhidmat utk membasuh baju aku.
Ia sangat perlu! Sebab aku dah tak larat mencangkung sambil membasuh pakaian sebelidi penuh dalam bilik air yang hanya sekangkang lembu.

Lagian, kos perpindahan rakyat termiskin aku ke rumah baru tu agak tinggi la jugak.
Sebab kena sewa lori dan 2 pekerjanya utk mengangkat beban dari tingkat 3.
Jarak rumah lama ke rumah baru hanya sepelaung. [Kurang lebih 415 meter]
Dan upah lori dan pekerja adalah sebanyak RM150!! 

Dan ada lagi satu yang aku mengidam tiba2.
Aku nak VIVAZ !!
Aku dah ada sajingga, sekarang aku nak pasangan untuk sajingga pulak.
Insyallah, kalau ada rezeki lebih bulan ni, atau tahun nih,
Aku akan dapatkan pasangan sajingga iaitu puan vivaz.

Lepas tu, tiba-tiba lagi, harijadi bonda aku adalah ESOK! 30 September.
Baru terpikir nak spend a few amounts utk belikan bonda sesuatu.
Tapi......
Insyaallah, kalau tak dapat bulan ni,bulan depan lah.

Bila disemak balik slip gaji bulan ni, ada sedikit potongan telah dibuat.
Erghh...Macam menyesal plak decide utk buat potongan.
Tapi, takpe lah, untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga jugak.

Errmmm...sebenarnya, banyak lagi perkara2 penting yang perlu dibentangkan.
Tapi tak pe lah, kita jangan gulung dulu budget ni.
Mana tau ada sambungan bahagian ke-2 pula.
Mungkin budget utk kenduri ke kan? teeeettttttttttttttt!!!


Jumpa lagi!


p/s : Sedang mengapply kerja sebagai gabenor bank negara. (~.~)

September 28, 2010

Bapak Segala STRESS!!

Semalam, 27/9/10,isnin, adalah hari paling stress dalam tahun ni!

Encik Sajingga telah disagat mentah2 oleh %^$%&^$% punye RapidKL.
Nak tulis balik ni pun akan menimbulkan stress!!
So, lebih baik kita tak payah cerita lebih2.

Selepas stress dan trauma di pagi hari, ditambahkan lagi stress dan sakit hati di petang hari membawa ke malam.
Selebat mana hujan yang turun semalam, selebat tu jugak lah stress aku (eh, ade ke?)

Boleh tak, ada orang yang berjanji tapi tak ditepati.
Ok.Alasan HUJAN!!

Janji kuar pukul 3,tapi kuar pukul 4.
Janji sampai pukul 4, tapi sampai pukul 8!
BAPAK SEGALA STRESS!!!

Tapi, kalau kelambatan itu disusuli dengan SMS notification bagitahu dtg lambat for whatever reason, TAK PE JUGAK!!!
Ini tidak!
DAH TAK RETI GUNA HENPON KE HAPE????

Bukan sejam dua lambat... BERJAM-JAM!
Bukan sekali dua lambat... BERKALI-KALI!
Bukan sekali dua lambat dan TAK RETI bagitahu... BERKALI-KALI (campur,darab,bahagi,tolak semua ada!!)

Aku ulangi...BERULANG-ULANG KALI DIULANGI PERKARA YANG SAMA!!!

WADDASHITT???

_________________________________________________________________

"Dan baragsiapa yang telah berjanji dengan AKU utk bertemu pada suatu masa dan tempat, maka hendaklah mereka menepati janji2 mereka. Kalau lambat 15 minit tidak mengapa, tetapi, haruslah memaklumkan asbab dan musababnya seawal yang mungkin supaya AKU tidak tertunggu-tunggu dengan penuh tekanan perasaan. Dan sesungguhnya AKU sangat membenci perbuatan menunggu!"

September 22, 2010

Telinga Bernanah!!

Tolong! Tolong! Tolong laaahh!!
Gegendang telinga aku dah nak pecah!
Telinga aku dah makin membengkak~

Adeh, kenapa lah aku duduk kat tempat ni?
Bagi la aku tempat yang aman damai sikit.

Ape yang aku nak stori ni adelah berkisarkan environment pejabat aku aku ni.
Dekat Company W,Menara X, Tingkat Y, Wing Z.
Terdiri nya dua unit berbeza dalam 1 jabatan.

Satu unit ialah unit skema fokus dan pendiam.
Biasalah, keje pun programmer, mestilah tekun dan juling menghadap coding.
Ade ramai perempuan2 yang dah unavailable dan 4 kerat lelaki yang AVAILABLE!

Kalau nak memekak pun ada masa tertentu, dan pastinya semua orang akan memekak dalam 1 masa yg sama.

Satu unit lagi,ialah unit kejuruteraan komunikasi.
Terdirinya daripada engineer2 perempuan dan lelaki dan ramai gile technicion lelaki.
Dan semestinya engineer2 ni kebanyakan nya, graduated dari universiti terkemuka DUNIA.

Apa yang aku perhatikan kat pejabat ni, dua unit ni tak pernah nak bertegur sapa atau memberi senyuman, antara satu sama lain.
Aku tak pasti kenapa,mungkin tak rapat kot~~
Tapi,tiap kali aku senyum dan tegur, pastinya tiada jawapan pun dari mereka.
Even dari kawan aku sendri, yang baru je masuk ke unit tu.

Mungkin jurutera2 kat sini semuanya sombong kot?
Yela...gaji masing2 banyak kot?
Boleh lah berlagak kan.

Ade sorang engineer perempuan ni, duduk sebelah cubical aku, tak pernah nye menguntum senyum kat aku pun!
Yang selalu dia buat ialah, memekak kat telinga aku.
Call sana, call sini, cakap kuat2, cakap nada berlagak, dgn slang london dia tuh~
Owwhhh...tolong lah~
Yer, aku tau kau call vendor2 ko, client2 kau atau sape2 je la kan..
TAPI!!
Perlu ke sebuah pejabat yg besar ni, nak dengar perbualan kau?
Nak tau kau pasang wayar itu, kau install kabel ini, kau cabut tiang itu, kau order itu ini.. Perlu ke???

Mungkin orang2 yang duduk kat ceruk2 opis tuh kurang jelas la pendengarannya.
TAPI!!
Aku yang betul2 sebelah kau ni, jadi STRESS , kau tak tau ke?
Rasa nak sound je kau ni!!
Tapi, oleh kerana aku ni budak baru dan unit lain.
Tak perlu la kot aku nak sound.
Aku ni jenis reti nak hormat org, dan x de la nak sound2 orang sesuka hati.
Yela, UITM graduates mmg mcm ni la~

Agaknya orang yang graduated dari london ni mmg tak reti nak pikir telinga orang lain.
Penuh dgn lagak dan eksyen nye!
Huh!!
Tapi, sebenarnye pun, bukan dia sorang je yang cakap menjerit2, malah 60% dari unit mereka cakap kuat dan menjerit2!
Tapi, yang paling aku menyampah dgn beliau ni la sebab dia hari2 tambah nanah kat telinga aku yang suci nih.

Senior aku yang sebelum ni mendiami cubical aku ni, dikatakan memasang KLASIK FM..
Kerana tak tahan mendengar suara engineer ni berkicau-kicau setiap pagi dan petang!

Sapa2 ada idea yg bernas utk aku mengatasi masalah ini?
Sumbat mulut dia dgn buah salak belum dibuang kulit atau sumbat telinga aku dgn headphone???

September 21, 2010

Raya?

Eh! Dah nak habis raya pun!

DRK pun tak habis update.
Makin lama makin malas nak update Facebongek nih.
Blog2 orang lain, semua dok heboh pasai raya masing2.
Dok tempek gambar raya sana-sini.

Raya aku tahun ni..biasa-biasa je.
Cuma ada lah sikit2 "kelainan".
Antaranya :
  • Aku balik kampung sehari sebelum raya bersama Sang Jingga dan Encik S. Siap hantar Encik S pulang umah MAK dia!!
  • Baju raye aku 2 pasang cuma...huhu.. Tahun lepas 4,5 pasang..(Nasib baik Encik S sponsor sepasang hehe)
  • Tak sempat pasang langsir seluruh rumah,yang sempat 2,3 panel tingkap jek.(Kakak aku pemaleh!!)
  • Raya tahun ni tak cukop korum family. Ramai yang raya kat umah mentua dan ada yang b'kerja.
  • Pagi raya tak dapat amik gambar dgn family sebab ELEKTRIK takde! malam raya pun takde letrik jugak.
  • Pagi raya tak sempat nak pegi masjid (aku sorang je la),sebab sibuk nak kemas rumah yang berselerak lantaran ketiadaan letrik.
  • Pagi raya takde lontong, akak aku sebuk nak masak soto pulak!
  • Aku boleh tertido petang raya tu, lantas tak sedar tetamu & sedaramara yg dtg. Tak sempat nak jumpa pun.
  • Raya ke-4, hari dimana jatuhnya hari jadi aku. Encik S boleh lupa. Dia kata tak lupa,cuma tak de kredit. (menyampah!)
  • Raya ke-4 jugak, Encik S dtg ke rumah dgn adik & sepupu2nye membawa kek.. (Napa tak bawak 1 kampung??)    Janji lepas zohor, Encik S sampai lepas asar! (menyampah!)
  • Raya tahun ni, first time kengkawan dtg rumah. Ramai gile! termasuklah kawan sekolah rendah dulu2 kali. Part yang ni, aku paling suke!
  • Raya ke-5 Sang Jingga dah terguris dgn hebat. *STRESSFULL nye aku*
  • Raya tahun ni, duit raya aku tak habis, dan aku pun tak dapat sesen pun duit raya~
  • Raya tahun ni,aku tak snap byk gambar pun. Ade la kurang lebih 10 keping je kot? Sbbnya? Entahlah~
  • Raya tahun ni aku rasa tak banyak persediaan pun , baik aku atau keluarga aku.
  • Puasa tahun ni pun aku rasa biasa nye, macam tak rasa nikmat berpuasa dan berhari raya~
bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...



P/S : Aku menulis dalam keadaan tgh jeles..(bukan jeles dgn pakwe) dan kecewa dgn Encik S..

September 3, 2010

Mari Melambuk-kan Diri~

Seronok betul harini..!
Dah la kerja melambak2, tak tersiap2!

Pukul 12 tepat, zassss!! cabut pegi pejabat pos nak renew lesen and nak bank in duit.
Nak disedapkan cerita, pejabat pos nya dalam MID VALLEY~ haha!
Urusan penting nye hanya 10 minit, yang selebihnya, urusan nafsu jer~

Masuk JJ, dengan muka happy, rembat 2 buah handbag cleef sekali.
Tak mahal. Murah jer.
Itu pun aku dengan selamber korek kotak stok yang terbuka tuh! haha!
Kalau yang displayed punya, tak lawa!
Suka hati aku dapat handbag!

Balik2 opis, dimana sudah terlewat.
Maka dilewat2kan lagi, dengan mengambil bubur lambuk di lobby sumbangan Unilever.
Aku bukan makan sgt bubur ni, tapi, benda2 FREE memang aku shuke!! hehe

Perut dah la lapar, kaki dah la sakit.
Memang jadi habuan bubur lambuk ni kejap lagi.
Toleh kiri, toleh kanan, toleh blakang byk2 kali, depan tak payah~
.
.
.
.
.
.
.
.

Bismillah....Allahummalakasumtu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
















Errkkk....DENGAN KNORR, PASTI SEDAP!!!


Tak sangka plak bubur ni sedap gile rasa dia...hehehe~


Selamat Berbuka Puasa..... hehe!!

September 2, 2010

Jeritan Perutku

ERRRRGGHHHHH!!!! [eh..ini bukan jeritan perut]

Lapar!! Lapar!! Lapar!! [Ini baru perut yang menjerit]

Yang tadi tu, pinggang aku yang menjerit. Sebab lenguh sebelah.
Dah letak bantal soberi kat blakang pun , still sakit lagi.
Sedihnya, bantal soberi ni dah tak leh vibrate dah :(

Tekak aku pun sakit jugak sebab tak dapat air.
Tadi hisap vitamin C, sekarang dah jadi haus!

Adehh..tolong! tolong! Abg bomba!!! saya nak air!!

Lambatnya nak tengahari, nak pegi beli kudap-kudapan kat bawah.
Harap2 cashier kat Newsplus tu perempuan laaa..
Aku nak cekau air barang sebotol dua..
[Eh! Sebotol dah le kan? rakus betul aku ni!]

Sabar ye perut, pinggang dan tekak~
Kan dah dapat oat, bantal soberi dan vitamin C tadi..
Sila bertahan~
Banyak lagi issue nak kene settle ni tau..
Bukan issue bapak ekin sorang jek! hahaha~

September 1, 2010

Update ! Jgn tak update!

Aduhai.
Masa macam tak bagi je aku nak update FACEBONGEK ni secara tenang dan sempurna.
Time keje, kene keje. Dato' CIO pesan tadi, jgn curik tulang~
Time kat rumah kene layan laki dan anak2, dah penat, nak rehat~

Jadi? Dimanakah masa yg harus diperuntukkan utk update FACEBONGEK ini?
Adeh..

Mintak ampun lah kiranya aku tak sempat nak update DRK kali ni ~

Insyaallah, kalau ade masa yg lapang sikit banyak..aku update yer...