February 21, 2012

21 Hari.

21st Februari.
Genap dah sebulan jadik tunangan orang.
Feeling?Takde feel apa pun.
Life still single.
Cuba tanya bila dah sebulan menjadi isteri orang.
Mesti aku jawab - macam2 adaaaa!!!! Hahahaha

P/S : tak sabar ~.~

February 20, 2012

Aku, Dia dan Bukan Cornetto [PART 2]

 
Hem. Macam pernah baca tajuk ni kan?
Haruslah pernah. Sila refer sini - Aku, Dia Dan Bukan Cornetto 
Kisah Si Kathy mendapat 'buah hati baru' nya , Encik T.
Dah genap setahun pun Si Kathy bersama buah hati nya itu.
To be exact, Februari 2011. Tak ingat bila 1st jumpa, mungkin dlm beberapa hari sebelum post itu ditulis (23 Februari 2011).
Sayang betul dengan Encik T!

Hem.Aku tak tau sama ada ia kebetulan ataupun suratan.........
Februari kembali lagi.
Atau mungkin Februari menjadi bulan mendapat 'buah hati' untuk Si Kathy.
(tiada kene mengena dgn Val-Day ok!)
Tahun ni, on 19th Februari, Si Kathy dapat lagi satu buah hati pengarang jantung nya.
Setelah beberapa bulan membuat pemerhatian,pengumpulan dan pertimbangan akhirnya.....
pengeluaran!
Alhamdulillah.
------------------
On the way balik PJ semalam, En.Po dalam usahanya memujuk Si Kathy :-
En.Po :"jom kite pg mid nak? sunway ke? balakong ke? Carik ****** awak.."
Si Kathy : "Tak nak!" dlm hati -(kalau cakap "jom saya belikan awak punya ****** nak? sejuk  sikit hati)"
En.Po : "Semalam tak sempat carik kan? sorry la lambat"
En.Kathy : "Emm.. Jom pegi Low Yat!"
En.Po : (muka terkejut, biar betul? pukul 6pm lebih pun still kat PLUS lagi..siap drop by Bangi amik barang)

Pukul 6.30pm sampai rumah PJ. Pukul 7pm gerak! Pukul 7.30+ pm target sampai Lowyat.
First time aku buat kerja gila macam ni, demi mencari sesuap ******.
Dengan tak tau jalan nak ke Lowyat, tapi aku drive macam pelesit.
Lalu ikut Jln Tar (yg dah biasa pergi), then cari signboard Jln Imbi atau Jalan Bukit Bintang.

Saja aku tak nak bg En.Po drive, pasal dia belum lulus Ilmu Pencilokan di kotaraya. 
Muka dia pun nampak cuak bila aku drift macam hapa.
Tangan sebelah tak lepas handle kat atas tingkap tu, dan kaki sebelah sibuk menekan VIRTUAL brake kat sebelah. haha!
"Sejak bila ada brake kat sebelah tuh awak?"


Yess!! Dah nampak Times Square!! Tapi jalan menghala ke arah yg ditujui adalah jem yang amat teruk!!
Dengan sedikit keyakinan dan Ilmu Pencilokan, aku pun masuk simpang yang tak tau pun hala kemana. 
Janji aku tak tersekat dalam kesesakan! Memang akan tido kat Low Yat la kan!
Setelah melalui lembah-lembah hina sambil En.Po 'mencuci mata', akhirnya kami tiba di hadapan Plaza Bukit Bintang (Plaza BB).
Tapi, destinasi kami ada dibelakang Plaza BB! dan kami perlu harungi semula kesesakan tadi..!!
OHH TIDAAKKKK!!!! 
Muka En.Po pun berubah menjadi putus asa. haih~

TAPI..!!!!  berbekal Ilmu Pencilokan sekali lagi,Cik Kathy ligat mencari jalan.

En.Po :"Low Yat belah belakang sana, camna ni? terpaksa ikut jalan jam tadi"
Si Kathy : "Aduuuh......Eh! Ada simpang la kat traffic light depan tu"
En.Po : "Itu jalan sehala, jalan keluar je, mana boleh masuk awak...sempit tu"
En.Kathy : "Emm...boleh je..takde kereta...jom!"
En.Po : "Errkkkkk!!!!!!"

Dengan berani nya aku mencilok lorong SEHALA,yg betul2 muat sebuah kereta.
Lorong antara bangunan. Dalam teknik ini, kita perlu :-

1-Pastikan jalan betul2 clear, tiada kereta dari arah bertentang.
2-Tekan minyak dengan laju, supaya kereta dari mana-mana simpang takkan sempat masuk jalan tu.
3-Kecekapan mata perlu selari dengan kepantasa kaki menekan brek, takut ada kereta laju dihadapan.
4-Baca Bismillah dan hati2!

Alhamdulillah.Rintangan berjaya dilalui.Seram dan extreme!

Dan destinasi kami berada dihujung lorong itu. Weeeee!!!! :D

Dimana dia anak kambing saya buah hati saya? Buah hati saya ada di dalam sana!


Misi memburu buah hati Si Kathy dimulakan selepas menunaikan Fardhu Maghrib,meminta keberkatan, keampunan dan membuka pintu rezeki.
Kami masuk ke Plaza Low Yat, melalu pintu belakang sebuah kedai elektrik kerana tak jumpa pintu utama. (dengan angkuh, sikit pun tak tanya harga kat kedai tu)

Si Kathy : "Jom2 cepat2! Tu banyak kedai. Kita tanya harga dulu"
En Po : "Kedai ni pun ada jual lah."
Si Kathy : "Alahh...jom pegi tingkat atas dgn bawah dulu."
En Po : "ok jom la.."

Pencarian harga terhebat pun dimulakan.
Pening! Penat!
Turun naik, turun naik escalator. 
Ada yang murah, ada yang mahal.
Ada yang berbaloi, ada yang tak.
Ada yang sombong, ada yang kerek.
Ada yang kedekut, ada yang rileks.

Dah pukul 9 ni! Lagi sejam perniagaan nak tutup. Haih.

Si Kathy : "Camana ni,dah pukul 9..kedai mana yg papling murah tadi?"
En Po : "Kedai akak kerek tadi la, tapi store dia dah tutup.."
Si Kathy : "Tula...tp tak pe lah, akak tu kerek sangat, tak beli kat dia pun takpe.."
En Po : "Semua kedai level ni, rasanya dah masuk.Kita beli kat centre dia je la.."
Si Kathy : "Tu ada satu kedai kita belum masuk.Jom2!"

Kedai Elektrik Tak Tau Nama.

Si Kathy : "Miss, mau tanya la,itu model ***-c3 ada ke?"
Amoi : "Ada, u mau apa jenis? Sini ada jual jenis Double saja. Single takda"
Si Kathy : "Double punya harga berapa miss? Apa package ada dalam?"
Amoi : "Double punya ## ringgit. Ada itu dia punya kabel,charger, bateri ada dalam loo?"
Si Kathy : "Awak, kita beli sini je lah, harga pun boleh tahan dari kedai lain"
En.Po : "Ok je..belilah."
Si Kathy : (bagi la ayat sedap sikit..."Ok,syg belilah, abg bayar" ke kan..sedap sikit dgr"


Si Kathy : "Ok Miss, u kasi bungkus itu double eh..Ikat tepi tau Miss..saya mau pergi cocok duit"
Amoi : "Ok! Ok! No problem"

Ini lah imej amoi yang berusaha membungkus dan ikat tepi buah hati saya.

Comel amoi ni kan? Comel lagi buah hati saya!





Amoi : "Ok, thank yu aahh!"
Si Kathy : "^________^ ok!"


Si Kathy : "Jom balik! Dah lewat ni, pukul 10 dah! mana pintu masuk tadi?" (terus melulu keluar kedai)
En.Po : "Syg.. sana pintu keluar..kita masuk ikut pintu belakang kedai ni la tadi.."
Si Kathy : "Hah??Yeke??Biar betul...?"
En.Po : "Iyer...teeheheheheeeeeeeee"


...........Maka, sejak dari malam tadi tidur ku tidak lagi termimpi-mimpi akan buah hati. Kerana buah hati dah ada depan mata :)

Ni lah dia buah hati Si Kathy yang baru...

Source : Internet

Source : Internet

P/S : Nama manja takde lagi... just panggil Cik Cam je... Cik Camera :) hehe

February 19, 2012

Episod J.K Kembali.

Hendakku tangis, tiada berair mata~ (Kassim Selamat) Aku ditinggalkan terkonteng-konteng di dalam gelap dengan hati yang luka berdarah. Air mata seolah mahu keluar, tapi masih belum.bersedia. Perlukan aku menyesali perhubungan ini? Adakah ini satu kesilapan? Ini adalah sekadar mainan perasaan dugaan di alam pertunangan. Lupakan. Sedih~~~~~~~~~~~~ J.K = Jiwa Kacau

February 7, 2012

It was my lovely January :)

Hari ini hari ke-7 bulan Februari. 
Marilah berazam dan merancang perjalanan hidup untuk bulan ini.
Semoga Allah melancarkan segala apa yang kita rancangkan.

Sedikit coretan kesyukuran sepanjang Januari sebagai pembuka tahun 2012.

1- Dari sudut kerjaya, sebagai penguat semangat untuk lebih gigih dan 'harga' atas segala stress (konon), Alhamdulillah saya telah mendapat ini. :) 

Atas segala usaha saya berfacebook, berblog, berchatting di pejabat. Segala usaha datang lambat ke pejabat.'Harga' atas segala kerja yang pending dan masih belum dibuat. Akhirnya... :-P

Dan sedikit 'durian runtuh' untuk tabung KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Perkahwinan) saya. Tunggakkan untuk lebihan gaji sepanjang 2011 telah dibayar oleh majikan. Syukur :)


2- Dari sudut kehidupan peribadi pula, Alhamdulillah saya kini telah mengemaskan kini status facebook menjadi seperti ini :)
 Dan sekeping gambar untuk dikongsi. Eksklusif hanya di blog ini. hehehe


Inshallah, semoga Allah memberkati hubungan ini, dan memudahkan segala urusan kami selepas ini.

Alhamdulillah, bersyukur atas segala rezeki ini.
Semoga ALLAH sentiasa menjadikan diri saya hamba yang bersyukur dan mengingati-Nya dikala susah dan senang.