November 19, 2010

Ibarat lembu tunggu dikorban...

Salam Aidiladha.

Baru raya kedua, aku dah bekejar-kejar balik KL.
Kerja yang bertimbun-timbun perlu disetelkan sebelum minggu hadapan.

Mula Isnin depan sehingga 3 Desember minggu seterusnya, aku takkan berada di opis.
Aku terpaksa menghadiri kursus wajib yang terakhir untuk pengesahan jawatan aku di syarikat utiliti ini.

Hari ini, hari sangat stress bila bekerja tanpa rakan2 sekerja dan boss2 sebagai rujukan.
Masing2 masih cuti beraya.
Sesungguhnya, aku merindui boss aku yang sedang berpantang dirumah!

Namun, hari ini telah dilalui dengan penuh tabah.

Malam aku yang hening diselangi sejuk2 hujan gitu, diganggu oleh pesanan2 ringkas dari rakan sekerja  dan juga boss.
Pantang betol aku!
Stress hokey!

Tak mengapa.
Ubat stress sudah sampai sejurus kemudian.
Emosi kembali reda apabila bersama pengubat jiwa yang stress.

Tapi, kembali bergelora apabila mata kanan tunggangan aku, cemey sebelah.
Cemey bermaksud, tidak berfungsi.
Dalam erti kata lain tidak mengeluarkan cahaya.
ERGHHHHHH!!! stress!!!!

Malam ini aku tak dapat lelap kan mata.
Banyak perkara bermain di fikiran minta difikirkan satu persatu.
Tapi.
Yang pastinya.

aku rindu pengubat jiwa aku~

November 10, 2010

Tiada Tajuk! Layan je la~

Alasan sibuk dan kurang masa sering dikaitkan dengan blog yang tidak berupdate!
Begitu juga dengan alasan malas dan tidak berapa rajin.

Jadi dikesempatan yang ada selama 10 minit sebelum habis waktu lunch ini, akan digunakan secepat mungkin untuk mengepos satu entry yang bertajuk SILA BACA SENDIRI KAT ATAS TU.

Disini , aku nak mengselatanutarakan beberapa fakta ringkas sepanjang beberapa minggu ni.


  • Duit gaji dirasakan semakin tidak mencukupi, semenjak adanya encik Naceka.(Bukan neraka ye) Tapi, at the end of the day, tiba-tiba menjadi berlebih pulak! - ini kerana aku kurangkan belanja orang a.k.a kedekut perbelanjaan dan lupa byr PTPTN.
  • Kerja di pejabat sangat banyak dan menjadi penat bila pulang ke rumah lantas, tiada masa diperuntukan untuk Encik S. Kesian. (dan rindu)
  • Terlalu banyak undangan perkahwinan dari rakan2 sebaya dan melihat majlis2 pertungan di laman mukabuku. Lantas terpikir, banyak nye duit mak bapak mereka di usia ini..!!! (Aku stress)
  • Telah merancang sesuatu yang 'hopefully-exciting-moment' pada tahun hadapan. Ada lagi tujuh bulan untuk berangan dan menambah butir-butir perancangan sebelum tiba waktunya.
  • Baru lepas makan dan perlu menyambung kerja sekarang!!
  • Belum mengerjakan solat zuhur lagi!!
  • Dah habis waktu lunch!!!!!!!!!


Sekian laporan.




P.S : Dan kalau January itu boleh ditukar menjadi Julai, alangkah indahnya!

November 4, 2010

Abang Maher

Dua tiga kucing berlari menjak ni, redio panas fm asik putar lagu Abang Maher je.
Bila dah selalu dengar, rasa macam sedap plak lirik dan melodi dia.
Terus i jatuh chinta dengan lagu Abang Maher tu.
Tapi, bukan dengan Abang Maher.

Dengan kuasa internet yang ada, lantas i memuat turun lagu berkenaan dan terus diedit lalu dipindah masuk kedalam telefon tangan dan ditetapkan sebagai nada dering panggilan dan mesej!
Memang sedap lagu tuh! Jom layan sekejap ~


For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you, loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I… I`ll be there for you

 
Alamak. Terbesar plak playlistnya! Teruja gamaknya.
Ini i kasi chorus nye aje.
Yang full song u ols pegi request Abang Maher nyanyi sendiri. haha!
Memang best~

Sudut jiwang dan bawang : I nak dedicatekan lagu ni terutama part chorus ni utk my encik S la..
Dengan penuh hati dan maksud bait-bait lagu tersebut.

Note utk Abg Maher : Thanks buat lagu utk "isteri" yang sedap2 macam ni~ so touching!

November 1, 2010

Meaaaaoooowww!!!!

Semalam,darah aku berderau lagi.
Seriau aku dengar dia menjerit dan mengerang!
Tak dapat aku bayangkan darah memercik-mercik membasahi tayar Sajingga.
Eeeeyuu!!
Mau nye aku pengsan kat situ jugak!

Mana taknya, aku tergilis dia hidup2!!
Kalau dia mati, tak ke aku akan dihantui roh yang tidak tenteram?


Masa kejadian tu, aku baru nak reverse encik Sajingga dari parking.
Baru aku beberapa saat aku tekan minyak,tiba-tiba aku dengar benda menjerit.
Aku panik sampai dah tak tau nak tukar gear cemana.
Sepatutnya, aku kembali ke depan semula.
Tapi, aku lagi  tambah reverse!
Lagi la kuat jeritan nya.
Serius aku cuak!


Bengong punye kuceng!
Banyak lagi tempat lain ko nak port, nak jugak port kat bawah tayar reta aku kenapa?
Kalau nak tido pun, letak la papan tanda ke hape!
Ini main landing suka hati kau!!
Lepas tu kang, malam japgi..ko lepak-lepak amik angin atas spoiler reta aku!

Nasib kau tak arwah!
Kalau tak, mampus aku kena jawab dgn tuan kau!

*********
Ada lagi satu kisah kucing yang buat aku seriau dan gelabah tak pasal-pasal.
Beberapa minggu lepas, aku dan encik S bersiar-siar di pusat membeli belah!
Tiba-tiba kami terlihat akan sebuah kedai, yang dari luar nya macam zoo.
Menarik!
Kami masuk dan rupa-rupanya sebuah pet shop yang menjual haiwan peliharaan dan serbaserbi yang berkaitan.
Ok! No point masuk sini.
Kucing-kucing kat sini dah macam garfield.
Bulu lebat, badan gemuk.
Keje tidooooo je memanjang.
Langsung tak tau nak hormat tetamu.
Huh!
Jom la balik!

Dalam perjalanan pulang,tiba-tiba aku terserempak dengan dua lembaga!
Aku cuba bersembunyi dibalik cermin lutsinar.
Harap-harap lembaga tu tak nampak aku.
Namun aku tewas!

Aku tewas ditangan lembaga itu. 
Ah! Puas la hati lembaga wanita tuh!
Aku telah terkantoi berdating dengan encik S didepan matanya! urgh!!
Tidakkkkk!!!

*******
Sekian
&
Last but not least...

Untuk Encik S.....