November 9, 2012

42 Days!

SALAM.

42 hari lagi utk menukar status facebook!  haha!

Macam tak percaya okeh!
Betoi ke tak betoi ni?
Masuk malam tadi dah 3 kali TAK berturut aku mimpi bakal suami pengarang jantung (p.j) aku sebenarnya dah berkahwin! Malam tadi punya mimpi siap ada 3 binik. Dan aku no 4! Binik yang ke-3 kalau tak silap aku tak diberi nafkah. Punya lah menangis tak dapat menerima kenyataan sebab mimpi tu kononnya sehari sebelum aku kahwin dengan bakal suami p.j aku tu.
Pastu aku terjaga! Pukul 4 pagi. Terus msg bakal suami p.j aku kata mimpi tak baik  :(


Sakit kepala betul aku nak kawen ni.
Tak bersediakan aku?
Lagi sakit kepala nak buat kerja.
Seriously malas nak buat kerja! huwargggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Persiapan kahwin ala kadar je.
Dan menjelang empat puluh dua malam ni, banyak lagi benda tak sediakan!
Ni la susahnya kalau semua buat sendiri..... :(

Kau nak kawen ke tidak niiiiiii kathy oit?

September 5, 2012

100 Hari

Last post was on : 10/5/2012
Today : 5/9/2012

Dah hampir 4 bulan tak tulis blog! Tibe-tibe rasa nak tulis balik.
Dia punya blog editor pun dah sangat updated.
Aku macam baru balik dari belantara plak!

Puasa sudah, raya pun sudah.
Lengan bakal suami (eceh! saje la letak bakal suami, biar aku sedar diri sket! haha) pun dah semakin bercantum rasanya.
Cuma tak berapa nak boleh angkat benda berat.
Takpe, by this end of December dah cukup kuat kot nak angkat bini seberat 50 kilo! haha

Tak dinafikan, masa mmg 'ferrari' sangat berjalan.
Rasa nya esok lusa aku bangun tidur, anak dah dua!
Risau betul nak jadi dewasa ni.
Nak jadi seorang isteri,seorang menantu, seorang ibu.
Ouhhh~~
Jangan ditanya sedia ke tidak.
Kalau tak sedia, sampai bila-bila pun tak sedia. *dush2!*

Ada lagi 7 hari untuk aku menghitung detik 100 hari mencari barang kawen! haha
Sekarang ni, kalau fikir pasal kawen, memang pressure.
Asik survey-murvey je dari awal tahun, sampai la ni tak sudah2!
Pressure gila tengok orang lain rileks je, dah ready dengan preparasi masing-masing.
Please.please.please. Jangan stress.

Ramai sangat yang tanya, macamana preparasi aku setakat ini. Ok ini dia!

Kursus kahwin - Orang pergi sekali. Ko pegi 2 kali. Padan muka.
Borang kawin, borang kesihatan segala bagai - Tunggu lagi betul2 genap 3 bulan.

Pelamin - Dah book.
Baju nikah - laki dah tempah. pompuan belum. tak sudah2 pikir nk buat design mcm mana!
Baju sanding - laki badannya besar. Nak buat sendiri katanya pun! Baju dah pilih, tapi warna mcm tak kena! 18 kali nak kena pg butik tu! malu nye haihhhh~
Baju Tandang - Pakai je yg ada kat butik tu.

Hantaran laki & pompuan - 0.00%

Goodies - dah beli sikit.
Bunga telur - 0.00%

Kad - Dah tempah. belum siap!

Photographer - Dah book.
Videographer - Dah book. Tapi tak berapa nak confirm lagi.

Khemah - Segala macam khemaH termasuk khemah pengakap pun dah book. Tapi tak bayar deposit lagi. Pasal kengkawan katanya! Risau plak aku.

Kerbau - Tengok? Kerbau pun aku kena pikir tau. Betapa susah nya nak kahwin.

Hiburan,kompang-komping,DJ segala - 0.00%. Tak tau nak carik kat mana.

Bilik tidur - Langsuir je aku dah tempah. Cadar-cadur segala belum sempat carik lagi.

Hanimun - Antara perlu dgn tak perlu je kot kan?

Personal & Internal Treatment - hoh. tak sempat langsung oit nak pegi SPA!! Lemak, jerawat, parut, daki dan segala macam lagi tebal gila nak kena sental kot kan? Untung la sapa badan gebu-gebas putih melepak tiap-tiap hari mandi susu! Masalah perut boncit baju kahwin tak muat dah malas nak fikir! Malas kot nak diet. Kata terima seadanya kan? huh! '-.-

Baju-baju kurung khas dan baru utk ziarah (pon hade hokeyyy!) - tak bertempah lagi! haih~

TEMA -  UNDEFINED!


Persiapan belah laki? tak yah tanya. sakit jiwa je dengar jawapan bakal suami.

Masa dengan bakal suami untuk menyiapkan segala persiapan ni pun terhad.
Hujung minggu je yang ada!
Time hujung minggu  ni la banyak open house lah, kenduri kendara la.
Kata bakal suami, dah dah! tak payah pegi dah orang kawen ke hape ke semua tu!
Kita selesaikan dulu hal kita ni. (Time ni dia cakap ketika sedang bergaduh pening kepala haha!)
T_T okayyyy! yang awak tu hari2 kerja sampai malam, pastu cuti umum merdeka pun kena kerja, pastu sabtu pun kena kerja..bla..bla..bla.. tak pe plak?

Serangan balas oleh pihak lawan!


Sebenarnya, nak kahwin ni ada yang perlu hadapi macam2 kesusahan dan kemurungan.
Ada jugak yang tak perlu kata apa-apa, semua dah tersedia. Bertuah lah hidup nya.
Terpulang, ada keluarga sanak saudara yang sudi menghulur bantuan ikhlas.
Kalau macam aku, senak perut aku semua kene pikir sendiri (Ok, berfikir guna perut ye!)

Inshallah,semuanya sempat kot kan?kan?kan?kan?

May 10, 2012

Pulanglah

Nampaknya blog ini turut dipandang sepi sama seperti tuannya.
Blog ini turut merasakan keperitan dan kesayuan aidilfitri yang dialami tuannya.
Demikianlah hal nya blog ini langsung tidak mendapat dihati malah dimata tuannya.


Tuannya amat merindui untuk menulis kembali.
Sama seperti tuannya merindui bakal teman hidupnya yang sedang bercuti sakit.

***************************************** Hidup kini sangat berbeda dengan dahulu.
Tiada lagi gelak tawa ria kesana kemari bersama mengikut rentak langkah kami.
Kini saya sendiri membawa 50kg diri berseorangan.
Tanpa dia.
Sesungguhnya, saya amat merindui nya untuk berada disisi.
Inilah dugaan yang perlu saya tempuh.
Inilah bahagian saya.

Adakala saya kuat menghadapinya.
Adakala saya kalah dalam dugaan ini.

Semoga jodoh ini berkekalan.
Semoga Allah jadikan kami antara hamba-hambaNya yg bersabar.
I miss him by my side..sobs...

April 12, 2012

Tiada Kata-Kata

Tiada kata-kata seumpanyanya utk dugaan ini.
Dugaan demi dugaan.
Semoga aku terus tabah dan kuat menghadapinya.
:'( So sad. P/s : prediction PMS calender menunjukkan lagi 3 hari, mungkin sebab tu, aku jadi terlalu emosi dna.bersedih.

April 8, 2012

Rindu!!

Saya rindu tunang saya sangat ok!! Semoga cepat sembuh sayang. :'( :(

March 23, 2012

Ciktun Oh Ciktun

Sekarang ni bila hari isnin, memang tak sabar nak tunggu hari sabtu.
Kerana hari sabtu adalah hari bersama keluarga ciktun.
Eh?
Belum part of. Belum fully sign in jadi
membership lagi.

Sejak akhir2 sebelum tunang dulu, which means
end of last year, kami memang dah kurang keluar waktu malam.
Bukan! Bukan!
Maksudnya, dinner kat keda sekitar taman saya.
Kalau sebelum ni, dia akan datang 2 malam dalam
5 hari bekerja (ikut mana dia sempat).
Lepas tu kami kurangkan jadi 1 malam dalam 5
hari, biasanya khamis or jumaat.
Dan
Sekarang, bila dah ada ikatan separa kekeluargaan,
saya decide, not to meet each other at night.
Tapi, bila tibe saat rindu sesgt memerlukan (?), memerlukan dlm erti kata,
tgh stress bekerja nak pinjam bahu telinga, nak luahkan kesedihan ke ape
baru lah dia datang.
(as instructed by me!)
Kadang2,dia pun mengada2 nak datang!
Boleh.Tapi jangan selalu.
Makanya, Kalau dikira-kira dengan kalkulator,
dalam sebulan tu, adalah 5-6 kali jumpa,
termasuk lah waktu balik kampung bersama2.
Esok lah masanya!
Kalau masa bercinto,seminggu kalau tak jumpa
kekasih korang, agak2 rindu tak?
Tapi kalau dah kawin, seminggu kalau tak jumpa
suami, agak2???
Hehe
So, esok mahu berjumpa ciktun kemudian pulang
ke kampung.
Ada orang selalu tanya.
"ko ni selalu balik kg! Tau lah dekat"
Ni jawapan aku :
Kalau kg aku kat penang pun, kalau rasa nak balik,
aku balik je. Mak adalah segalanya bg aku.
Duduk KL kalai takde apa2 program on
weekend, adalah perkara yg membosankan!
Baik aku balik kg, rumah aku sendiri, lepak2
dengan mak, gosip2, dengar mak aku berleter,
tengok bunga2 mak aku, main dgn bubu si kucing,
dan macam2 lagi aku boleh buat. Lagi seronok, dari pegi membeli belah di shopping complex haha

Aku ada simpan satu impian nak pindah ke
cawangan seremban before aku kahwin.
Tapi aku tau, peluangnya adalah 1 dalam 1000 :(

March 21, 2012

21st Again.

Haha. Gila menghitung hari, tapi apa preparation pun
tak start lagi. Tak mcm Norhaliza Sulaiman, blogger hot tu.
Semua dah prepare, walaupun jauh lagi masanya.
hehe jangan marah haa!
Haih. P/s : selamat 2 bulan yer menjadi tunangan org. Tapi masak belum power lagik. Balik ni nak wat gulai buku resepi aku tuh. Haha pastu hiruo je kuah dia. Kahkahkah

February 21, 2012

21 Hari.

21st Februari.
Genap dah sebulan jadik tunangan orang.
Feeling?Takde feel apa pun.
Life still single.
Cuba tanya bila dah sebulan menjadi isteri orang.
Mesti aku jawab - macam2 adaaaa!!!! Hahahaha

P/S : tak sabar ~.~

February 20, 2012

Aku, Dia dan Bukan Cornetto [PART 2]

 
Hem. Macam pernah baca tajuk ni kan?
Haruslah pernah. Sila refer sini - Aku, Dia Dan Bukan Cornetto 
Kisah Si Kathy mendapat 'buah hati baru' nya , Encik T.
Dah genap setahun pun Si Kathy bersama buah hati nya itu.
To be exact, Februari 2011. Tak ingat bila 1st jumpa, mungkin dlm beberapa hari sebelum post itu ditulis (23 Februari 2011).
Sayang betul dengan Encik T!

Hem.Aku tak tau sama ada ia kebetulan ataupun suratan.........
Februari kembali lagi.
Atau mungkin Februari menjadi bulan mendapat 'buah hati' untuk Si Kathy.
(tiada kene mengena dgn Val-Day ok!)
Tahun ni, on 19th Februari, Si Kathy dapat lagi satu buah hati pengarang jantung nya.
Setelah beberapa bulan membuat pemerhatian,pengumpulan dan pertimbangan akhirnya.....
pengeluaran!
Alhamdulillah.
------------------
On the way balik PJ semalam, En.Po dalam usahanya memujuk Si Kathy :-
En.Po :"jom kite pg mid nak? sunway ke? balakong ke? Carik ****** awak.."
Si Kathy : "Tak nak!" dlm hati -(kalau cakap "jom saya belikan awak punya ****** nak? sejuk  sikit hati)"
En.Po : "Semalam tak sempat carik kan? sorry la lambat"
En.Kathy : "Emm.. Jom pegi Low Yat!"
En.Po : (muka terkejut, biar betul? pukul 6pm lebih pun still kat PLUS lagi..siap drop by Bangi amik barang)

Pukul 6.30pm sampai rumah PJ. Pukul 7pm gerak! Pukul 7.30+ pm target sampai Lowyat.
First time aku buat kerja gila macam ni, demi mencari sesuap ******.
Dengan tak tau jalan nak ke Lowyat, tapi aku drive macam pelesit.
Lalu ikut Jln Tar (yg dah biasa pergi), then cari signboard Jln Imbi atau Jalan Bukit Bintang.

Saja aku tak nak bg En.Po drive, pasal dia belum lulus Ilmu Pencilokan di kotaraya. 
Muka dia pun nampak cuak bila aku drift macam hapa.
Tangan sebelah tak lepas handle kat atas tingkap tu, dan kaki sebelah sibuk menekan VIRTUAL brake kat sebelah. haha!
"Sejak bila ada brake kat sebelah tuh awak?"


Yess!! Dah nampak Times Square!! Tapi jalan menghala ke arah yg ditujui adalah jem yang amat teruk!!
Dengan sedikit keyakinan dan Ilmu Pencilokan, aku pun masuk simpang yang tak tau pun hala kemana. 
Janji aku tak tersekat dalam kesesakan! Memang akan tido kat Low Yat la kan!
Setelah melalui lembah-lembah hina sambil En.Po 'mencuci mata', akhirnya kami tiba di hadapan Plaza Bukit Bintang (Plaza BB).
Tapi, destinasi kami ada dibelakang Plaza BB! dan kami perlu harungi semula kesesakan tadi..!!
OHH TIDAAKKKK!!!! 
Muka En.Po pun berubah menjadi putus asa. haih~

TAPI..!!!!  berbekal Ilmu Pencilokan sekali lagi,Cik Kathy ligat mencari jalan.

En.Po :"Low Yat belah belakang sana, camna ni? terpaksa ikut jalan jam tadi"
Si Kathy : "Aduuuh......Eh! Ada simpang la kat traffic light depan tu"
En.Po : "Itu jalan sehala, jalan keluar je, mana boleh masuk awak...sempit tu"
En.Kathy : "Emm...boleh je..takde kereta...jom!"
En.Po : "Errkkkkk!!!!!!"

Dengan berani nya aku mencilok lorong SEHALA,yg betul2 muat sebuah kereta.
Lorong antara bangunan. Dalam teknik ini, kita perlu :-

1-Pastikan jalan betul2 clear, tiada kereta dari arah bertentang.
2-Tekan minyak dengan laju, supaya kereta dari mana-mana simpang takkan sempat masuk jalan tu.
3-Kecekapan mata perlu selari dengan kepantasa kaki menekan brek, takut ada kereta laju dihadapan.
4-Baca Bismillah dan hati2!

Alhamdulillah.Rintangan berjaya dilalui.Seram dan extreme!

Dan destinasi kami berada dihujung lorong itu. Weeeee!!!! :D

Dimana dia anak kambing saya buah hati saya? Buah hati saya ada di dalam sana!


Misi memburu buah hati Si Kathy dimulakan selepas menunaikan Fardhu Maghrib,meminta keberkatan, keampunan dan membuka pintu rezeki.
Kami masuk ke Plaza Low Yat, melalu pintu belakang sebuah kedai elektrik kerana tak jumpa pintu utama. (dengan angkuh, sikit pun tak tanya harga kat kedai tu)

Si Kathy : "Jom2 cepat2! Tu banyak kedai. Kita tanya harga dulu"
En Po : "Kedai ni pun ada jual lah."
Si Kathy : "Alahh...jom pegi tingkat atas dgn bawah dulu."
En Po : "ok jom la.."

Pencarian harga terhebat pun dimulakan.
Pening! Penat!
Turun naik, turun naik escalator. 
Ada yang murah, ada yang mahal.
Ada yang berbaloi, ada yang tak.
Ada yang sombong, ada yang kerek.
Ada yang kedekut, ada yang rileks.

Dah pukul 9 ni! Lagi sejam perniagaan nak tutup. Haih.

Si Kathy : "Camana ni,dah pukul 9..kedai mana yg papling murah tadi?"
En Po : "Kedai akak kerek tadi la, tapi store dia dah tutup.."
Si Kathy : "Tula...tp tak pe lah, akak tu kerek sangat, tak beli kat dia pun takpe.."
En Po : "Semua kedai level ni, rasanya dah masuk.Kita beli kat centre dia je la.."
Si Kathy : "Tu ada satu kedai kita belum masuk.Jom2!"

Kedai Elektrik Tak Tau Nama.

Si Kathy : "Miss, mau tanya la,itu model ***-c3 ada ke?"
Amoi : "Ada, u mau apa jenis? Sini ada jual jenis Double saja. Single takda"
Si Kathy : "Double punya harga berapa miss? Apa package ada dalam?"
Amoi : "Double punya ## ringgit. Ada itu dia punya kabel,charger, bateri ada dalam loo?"
Si Kathy : "Awak, kita beli sini je lah, harga pun boleh tahan dari kedai lain"
En.Po : "Ok je..belilah."
Si Kathy : (bagi la ayat sedap sikit..."Ok,syg belilah, abg bayar" ke kan..sedap sikit dgr"


Si Kathy : "Ok Miss, u kasi bungkus itu double eh..Ikat tepi tau Miss..saya mau pergi cocok duit"
Amoi : "Ok! Ok! No problem"

Ini lah imej amoi yang berusaha membungkus dan ikat tepi buah hati saya.

Comel amoi ni kan? Comel lagi buah hati saya!





Amoi : "Ok, thank yu aahh!"
Si Kathy : "^________^ ok!"


Si Kathy : "Jom balik! Dah lewat ni, pukul 10 dah! mana pintu masuk tadi?" (terus melulu keluar kedai)
En.Po : "Syg.. sana pintu keluar..kita masuk ikut pintu belakang kedai ni la tadi.."
Si Kathy : "Hah??Yeke??Biar betul...?"
En.Po : "Iyer...teeheheheheeeeeeeee"


...........Maka, sejak dari malam tadi tidur ku tidak lagi termimpi-mimpi akan buah hati. Kerana buah hati dah ada depan mata :)

Ni lah dia buah hati Si Kathy yang baru...

Source : Internet

Source : Internet

P/S : Nama manja takde lagi... just panggil Cik Cam je... Cik Camera :) hehe

February 19, 2012

Episod J.K Kembali.

Hendakku tangis, tiada berair mata~ (Kassim Selamat) Aku ditinggalkan terkonteng-konteng di dalam gelap dengan hati yang luka berdarah. Air mata seolah mahu keluar, tapi masih belum.bersedia. Perlukan aku menyesali perhubungan ini? Adakah ini satu kesilapan? Ini adalah sekadar mainan perasaan dugaan di alam pertunangan. Lupakan. Sedih~~~~~~~~~~~~ J.K = Jiwa Kacau

February 7, 2012

It was my lovely January :)

Hari ini hari ke-7 bulan Februari. 
Marilah berazam dan merancang perjalanan hidup untuk bulan ini.
Semoga Allah melancarkan segala apa yang kita rancangkan.

Sedikit coretan kesyukuran sepanjang Januari sebagai pembuka tahun 2012.

1- Dari sudut kerjaya, sebagai penguat semangat untuk lebih gigih dan 'harga' atas segala stress (konon), Alhamdulillah saya telah mendapat ini. :) 

Atas segala usaha saya berfacebook, berblog, berchatting di pejabat. Segala usaha datang lambat ke pejabat.'Harga' atas segala kerja yang pending dan masih belum dibuat. Akhirnya... :-P

Dan sedikit 'durian runtuh' untuk tabung KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Perkahwinan) saya. Tunggakkan untuk lebihan gaji sepanjang 2011 telah dibayar oleh majikan. Syukur :)


2- Dari sudut kehidupan peribadi pula, Alhamdulillah saya kini telah mengemaskan kini status facebook menjadi seperti ini :)
 Dan sekeping gambar untuk dikongsi. Eksklusif hanya di blog ini. hehehe


Inshallah, semoga Allah memberkati hubungan ini, dan memudahkan segala urusan kami selepas ini.

Alhamdulillah, bersyukur atas segala rezeki ini.
Semoga ALLAH sentiasa menjadikan diri saya hamba yang bersyukur dan mengingati-Nya dikala susah dan senang.

January 6, 2012

15 Days.

Yeah. Cuti dah apply, tapi belum approve.
2 hari je pun. Tapi bonus 4 hari! Seminggu engkau!

Kalah cina nak raya gaya nye!
Harap evrythings is undercontrol n berjalan dengan kemas dan lancar. Gua tak dapat imagine!

January 5, 2012

Semalam~

Semalam telah meninggalkan kita.
Tapi kesan nya melekat dalam diri.

Awak betul-betul buat saya rasa 'urrrgghhhh...lembab nye pemuda umno ni..' Awak betul-betul beri saya se-lori tanda tanya 'kenapa?kenapa?kenapa?~infiniti' Awak betul-betul menghidupkan suis tekanan melampau dalam diri saya dan menjadikan saya terlalu banyak berfikir. Oh Tuhanku, jadikanlah hambaMu ini, hambaMu yang bersabar dan bersyukur dengan nikmatMu. dan permudahkanlah urusan kami, Ya Allah.

January 3, 2012

First Try Via Blog-It

Saya sedang 'menerai' apps baru utk blogging named Blog-It.
Sekian.

January 1, 2012

Happy TwentyTwelve!


Tahun yang penuh dengan tanda tanya, apakah ketentuan-Nya utk kita semua.

Semoga hidup kita dikurniakan rahmat, dilimpahkan rezeki yang berkat, dipermudahkan dalam segala urusan, diberi ketenangan dan kelapangan dalam amalan.

Dan semoga kita diberi juga ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi apa saja dugaan dan ujian yang datang.

INSHALLAH.

Selamat 2012.



Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)