October 31, 2009

Kontrak Tamat Tempoh.

Esok kontrak aku sebagai bibik penganggur profesional akan tamat.
Mujurlah kontrak yang ditandatangani tempohari hanya untuk sebulan sahaja.
Kalau lebih dari sebulan..alamatnya, mati kering la aku!
Tadi pun,kepala jadi berat dan mata agak berpinar2 sekali bila melihatkan baki semasa wang gaji terakhir aku.
Memang mengucap panjang, disambung lagi dgn ayat-ayat cinta kursi. [hoh?]

Terus termati keinginan dan nafsu aku nak membeli dan membelah itu dan ini,juga selera untuk menikmati sepinggan Snack Plate hari ni.
Apatah lagi untuk meneruskan niat murni aku nak membelikan satu bucket hot and spicy untuk dijamah bersama keluarga di rumah.
Wuu..hatiku gundah gulana mahu menantikan hujungnya bulan november ini.
Ketika itu baru lah bibir mampu tersenyum indah bila skrin ATM tu memaparkan baki wang simpanan aku.
Buat sementara ini,terpaksalah aku ikat perut, ikat tekak, ikat rambut..eh!!?
ikat NAFSU tu yang paling penting!!

Ermm..
Lusa, bermulalah satu lagi episod baru perjalanan hidup aku.
Berdebar memang berdebar.
Lain benar debaran nya.
Nak kahwin pun tak berdebar macam ni kot. (Eh!!? Bila masa aku kahwin tah!)
Bak kata Encik F, esok adalah misteri.
Dan misteri itu lah yang begitu mendebarkan nih.
Bak kata Encik I pula,kalau tak berdebar, tak best la kan?
Ape punya kata2 lah ini? huhu~

Ermm..
Esok, dah kena check out dari rumah pusaka ini.
Tapi,barang masih berselerakan.
Buntu apa yang mahu dibawa,dan apa yang mahu diangkut.[Eh sama la tuh!]
Bukan apa, aku masih tak nampak lagi destinasi bajet aku selepas seminggu berinduksi nnt.
Mungkin akan terus dipostkan kemana2 stesen/jabatan.[Bangsar,perhaps.]
Mungkin akan perlu menjalani latihan lasak di Lumut, tak pasti berapa hari.

Sudahnya, untuk menghilangkan kebuntuan itu..
Lantas, aku menjenguk2 Facebongek
ini yang seringkali kekurangan perhatian dari tuannya.
Lalu, aku mencoret dan mencarut menaip apa yang aku nak taip.
Kerana, selepas ini mungkin Facebongek ini akan lebih bersawang dan berhabuk2..

Kawan2...Kalau agak2 tempat ni dah bersawang, sudi2 lah kiranya membersihkannya ya.
Okeh,harus berhenti menaip di sini dulu.
Urusan melipat kain dan menyumbatkan nya ke dalam luggage masih belum selesai.
Jadi,moga jumpa lagi nanti.
Kenanglah aku dalam doa-doa mu selalu.
[Jangan lah duk kenang aja, doakan lah sekali, OK!]


p/s : Malam ni ade dinner Tok Mat Hassan dgn penduduk kampung Bongek ok!! sila lah jgn jeles :)


October 25, 2009

Bengkek!

BENGKEK!

Heh. Korang pernah dgr perkataan 'bengkek' tak?
Bukan bengkang-bengkok atau bengkak-bengkil.
Ini bengkek!
Pronounciation : [ Beng - kek ] bukan Bank - Cake , atau Beng - Cake!
Ah.ikut suke ati la lidah korang lah nk nyebut cemana.
Tak reti nyebut, potong sikit lidah tuh.

Ala, for sure korang pernah dgr kwn2 nyebut perkataan ni time diorg marah atau sakit hati.
Sebab perkataan ni keluar kalau diorang tu sakit hati.
Konon macam hati diorang tu dah bengkak la tu.
Sampai perkataan pun jadi terbelit jadi bengkek!
hahaha!

Ha?Tak betul ke translation aku tu?
Kalau tak betul, korang betul kan lah sendri ikut suke hati korang.
Kalau ikut suka hati aku, gitu la maknanya.

Huih.
Intro pun dah menjela.
Sebenarnye, aku nak story pasal hati yang bengkek malam nih.
Aku pun tak tau apesal malam ni hangin semacam je mood aku.

Mula2, dengar ade 'orang tu' cakap pasal sesuatu.
Naik geli2 tekak aku dgr.Telinga pun naik menanah.
Cepat2 aku putuskan talian dgn cara paling halus.

Pastu, ade pulak 'orang ni' duk emo2 kat wall facebook aku!
Panas hati tol aku dgn dia.
Melampau punye berlagak siot!
Dan2 tu jugak aku remove dia.
[Tu la, sape suh cabar aku? Keturunan Tun Teja ni pantang dicabar!]
Bengal! [Bengong + Sengal]

Pastu, ade plak 'orang 2 org ni'. Kawan aku gak.
Ekeleehh....poyo. [Poyo tu ape weh? tranlate kat aku pliz]
Duk rasia2 plak.
Kalau rasia, tak payah announce kat ramai2 org.
Aku syak diorang ni ade affair lah. [Hoh, aku dah jadi Kathy Sepat Ronggeng plak ke??]
Lantak korang lah.

Pastu, [berapa kali 'pastu' daaa...]
Kesinambungan dari cita kat atas ni, salah sorang dari mereka ni, mmg aku BENGKEK gile dgn dia.
Tak de sape tahu.Aku dgn Tuhan je yang tahu.
Aku mmg tak boleh tgk muka dia.
Mmg menyirap , mengoren, mensarsi lah darah aku.
Puas jugak hati aku cuba memaafkan.Tapi, hoih..dendam tu masih ade!
Namun,aku takkan la balas dendam.
Sendiri2 mau ingat da.
Biar Allah je lah yang balas.
Heeyyy!!Ikut kan hati mmg aku 'pauk' die dgn parang mak aku!
*pauk itu bahasa negeri 9 kot..yang bermakna 'tetak'

Sakit betol jiwa aku hesh malam nih.
Kesian beliau yang menjadi mangsa.
Sorry lah,mood terumbang-ambing akibat dari ketidakseimbangan hormon di penghujung bulan.

Entah lah, pendek kata..
Jaga Diri, Hiasi Peribadi !!
[Eh, macam tak kene je quote nih??]

ok2..tukor lain..tukor lain..

Sabar separuh dari Iman.
[Lebih sesuai bukan?]


Baiklah, sekarang mari ikut saya baca doa tidur : 'Bismi khallah humma ahya wa amut..amin'

October 21, 2009

Bukan Mereka..

Bukan mereka.
Bukan mereka yang menjadi pilihan.
Bukan.

Mereka baik,tapi tidak ikhlas.
Mereka baik,tapi tidak jujur.
Mereka baik,tapi tidak memahami.
Mereka baik,tapi tidak menyenangkan.
Mereka baik,tapi tidak menggembirakan.
Mereka baik,tapi tidak menjadi pilihan.

Arghh.Kusut!

Semoga Allah temukan yang lebih baik untuk hati ini.Ameen.

p/s : Jika benar cinta itu buta...buta kah matakuuu~~
[Biarlah mata buta jangan buta hati..! ]

October 19, 2009

Tag oleh cik Chiep


***
Sebenarnya,saya bukan malas cik Chiep.
Tapi,kekurangan mood untuk menjawabnya.
Ditambah lagi dgn masalah teknikal di blog anda tu, saya hampir putus asa. (huh?)
Tapi, harini saya rajin.Coba dan terus mencoba.
Akhirnya,dapat di salin dan tampal dgn jaya nya.

***

1-NAMA TIMANGAN ANDA

-Kathy/KT : Common use.
-Tijah : Family members only.
[tp,sahabat FB ade juge yg gemar m'gunakannya]
-Katijah : Officail use only.
-Eija :Eric saja yg sudi
m'gunakannya.
-Fenzly : Chaaiittt..!! Hanya Eric saja yang Gedix2
m'gunakannya.


2-ANDA SEORANG YANG
.paling cantik.
.
paling jelita.
.
paling comel.
.
palingbaik hati.
.
paling kurus.
.paling rajin.
.paling pandai.
.paling kaya.
.paling bertuah.
.paling disayangi oleh mertua.
dan.
.paling suka tipu korang sume...ekekekkeke!!!.


3- INSAN TERISTIMEWA

.Ayah dan Ibu.
.Kakaks dan Abangs.
.Sahabats.

4- LAGU KESUKAAN ANDA

.Bayati.
.Nahwan.
.Hijjaz.
.Rast.
.Sikah.
[Eh,silap.Tu lagu2 taranum Al-Quran..hehe.
Aku teringin nak belajar, tapi belum ada peluang lagi.
Napas aku pun lum tentu sampai lagi.. heheh!!]


5- MAKANAN KESUKAAN ANDA

.Sambal sardin baru masak + Nasi panas + Air Oren Ais.
Burrp..kenyang!


6- SIKAP YG BUAT ANDA STRES

.Budget pandai,tak mau terima pendapat orang.
.Budget besar,tak bleh langsung nak disuroh.
.Dan lain2.
[Kalau kamu buat baik, takde la saya stress ok?]

7- WARNA KESUKAAN

.Warna-warni kehidupan.


TAG 6 RAKAN ANDA

.Lyza Dr.Heart.
.Eddie Roll Out.
.Saida Dr.Diet.
.Nana Cik PTM.
.Ziha Si Darah Manis.
.Teha Junior Ku.

.Sekian.

Rujukan untuk hati?

ouh.ouh.ouh.
saya belum tidur.
Biasalah,hidup bujang memang harus tidor lewat kot?
tp,hidup selepas bujang,memang WAJIB diawalkan tidor...huh???
He,ikot suka ati korang lah nak tido bila pun.


heemmmmmm.[sambil tangan diatas dahi..lagak spt org byk masaElah..]
Mmg pun!

Ini masaElah hati.

Maka,
perlukah merujuk Dr.Diet ini, apakah diet yang sesuai utk orang yg mmpunyai masalah hati?
Atau
perlukah merujuk Dr.Heart ini,apakah punca dan jalan penyelesaiannya?
Atau
perlukah merujuk Presiden Kelab single ini, yang sangat arif dan sungguh berpengalaman dalam masalah hati ini..
Atau
perlukah merujuk seorang 'Pesakit Hati' yang juga mungkin turut mengalami masaElah yang hampir sama. Mungkin bisa berkongsi pandangan dan pengalaman.
[tp,kata beliau,'suka-duka tanggung sendiri bleh?' aiyoo~~]
Atau
perlukah merujuk Tok Nujum Kaki Pembohong ini? Orang tua kutuk yang menilik nasib orang suka2 hati mak dia! huh. [Kawan2 sila jangan main lagi dengan beliau ini.Hukumnya -- Haram]

WOH.
Banyaknye sumber rujukan hati?Boleh buat bibliografi nih.

Hati saya itu sangat berat untuk menolak dan berat juga untuk menerima.
Hati saya itu lebih gemar berhati-hati dijalan raya,daripada berhati-hati memilih 'pemilik hati'.oopps!
Bukan seketul hati untuk dinilai,tapi dua ketul ok.
Ouhh!
Saat ini,hati saya itu memang tak memerlukan sebarang peneman, apatah lagi 'bendasing'.
Saya itu hanya dambakan hati yang tenang dan khusyuk.Itu lebih baik.
Bukannya berdua lebih baik,seperti mereka semua laung2kan.

Hermm.
Tapi,apakan daya.
Hati ini umpama tisu,lembut.[Tp,tisu jamban,kasar kan? heh!!]
Atau
mungkin hati ini macam biskut crackers? Rapuh.[Nak2 lagi bila dicecah dgn teh O panas.Perghh!]

Oh.susahnya menjaga hati ini.
Seperti kata Yovie dan Nuno '
oo...biarkan aku menjaga perasaan ini..oooo'

Oh.Keliru hati ini siapa pemiliknya.
Seperti kata Allahyarham Sudirman
'ooo...milik siapakah hati ini...'
[Tentulah milik Yang Maha Pencipta..]

Eh! Eh! Eh!
Sudah larut malam.
Tidak mahulah lagi melayan hati.
Lebih baik melayan mata pula.
Kesian Sang Mata, sanggup bersengkang demi HATI. [Betul ke tidak kamu2 semua???]


"Illa bizikrillah,tadmainnal qulub"
~Kecuali dengan mengingati Allah,hati-hati akan menjadi tenang~


p/s : Ada 2 minggu lagi untuk berhibernasi. :)

October 17, 2009

Edisi Mengaummmmmm!!

Saya selesema cikgu!! usshhkkk...usshhkkk...usshhkkk...
Selesema datang lagi.
Sila bersabar ok!

Amaran dari KKM:
[Anda TIDAK akan dijangkiti virus selesema saya, hanya dengan membaca entry ini.
Jadi, tak perlulah berlari-lari kucing mengambil 'H1N1-MASK' anda tu. Meh baca dulu!!]



Salam Selesema Ceria utk anda!!

Huh?? Saya Ceria kah?
Kurang ceria kot.
Nervous mungkin.
Saya ingat bakal2 guru aje yang berdegup-degup jantung hatinya kerana menantikan keputusan 'posting' mereka.
Rupanya,saya juga seperti mereka, malah lebih laju lagi kadar degupannya.
[tak caya?? Kalat tak caya....'Operatelah dada,x-ray lah hati'..!!!]

Saya risau.Risau banyak!
Future employer saya masih belum menjemput utk mengambil offer letter.
Mungkin sibuk dgn urusan penempatan pelatih.
Woh..woh..!! Inilah yg mmbuatkan jiwa jadi kacau sekejap.
Dari sumber2 yang boleh dipercayai, saya itu tak semestinya akan bermastautin di Bangi..!
[aduwwhh...]
Saya itu akan diposting ke mana2 yang sesuai... heh??
[agak2 brapa RM ek, kalau aku ni di'post' guna Pos Laju?? hehe]
Harap2 mereka tak post aku jauh2.
Aku ni kalau timbang kilo, berat jugak..Kang banyak pulak belanja nya.. hahaha!

Namun...jauh dalam sudut hati..mana2 pun aku terimalah.
Redha.

TAPI..!!!!!!


Ada satu lagi berita yang aku tak berapa nak redha! malah mengusutkan keadaan!!
Ini...!!! bacalah sendirik!!!
[eh.sorry,termarah plak.. huhu]

Berita selanjutnya KLIK SINI (KOSMO! ONLINE)


Ngaaauummmmm!!!
[Maaf, saya termengaum sebentar..]

Mau nye menyirap darah manis aku ni naik ke kepala!

Saya itu tergolong dalam angka 26,800 itu.
Tapi, saya berdoa semoga Allah jgn tempatkan saya di kalangan 'mereka' nanti.
[Silalah tadah tangan dan aminkan doa saya ini]
Oh! Ini bukan cobaan..ini betul-betul..tahu?
Tolonglah.Saya tak mahu sertai nya!

Kalau difikirkan,kenapa kerajaan nak jugak panggil 'Kami' yang tua 'bukan lagi muda' ni?
Kan buluh itu perlu dilentur dari rebung nya.
'Kami' ini bukan lagi rebung, malah sudah jadi buluh lemang! atau lebih teruk lagi, beluh betung!
Jika difikirkan logika nya, sudah 7 tahun pun tempoh penangguhan tu.
Lama kan?

Maka,sudah tentu2nya, 'Kami' ini sudah ada kehidupan dan haluan sendiri.
Mungkin ada yang dah berjaya, malah berkahwin dan beranak-pinak pun!
Adoi..buat ape lah nak dilatih2 berkhidmat-negara bagai lagik?
Lainlah jika dijamin akan mendapat pekerjaan di sektor kerajaan!
Barulah berbaloi-baloi!!

Adoi...sudah bertimpa2 serabut kepala aku ni.
Harap kerajaan boleh pertimbangkan semula keputusan ini.
Ramai lagi generasi2 muda-mudi yang boleg dilatih.
Janganlah membazir duit negara nak melatih 'Kami' yang dah 'keras2' ni..
huhuhu..


Hidup,Mati,Jodoh
dan Rezeki itu di tangan Yang Maha Mengetahui.kan?
[Tapi, motif apekah diboldkan 'perkataan' tersebut?sudah mahu sampai kot?Eheh?]


p/s :
Td,pergi kenduri.Terserempak dgn kawan lama.Kemudian..dalam sms, beliau berkata,
'kenapa 'jururawat' ko banyak? tensen kerja ye?'...adui...lelaki iniiii....tambah tensen aku lah!!
Ngggaaaauummmm!!!


October 11, 2009

Baru!

Hati masih tidak keruan.
Masih lagi temangu2 dengan 'rezeki' Allah itu.
Seperti mimpi didalam jaga. heh!

Diwaktu aku sibuk2 tengah merencanakan lukisan untuk hidup yang baru nanti.
(japgi mesti ada orang kata aku nak kawen ni!)
Tiba2 ada pulak lah anasir2 luar yang kembali datang menganggu.
Kenapalah mesti ada anasir2 itu?
Hoh!!

Adatlah manusia, habis madu sepah dibuang kan.

Tapi, lain pulak bagi anasir ini.
Mungkin prinsip beliau :
'habis madu sepah dibuang,cari madu lain,buang lagi sepahnya..
sudahnya dikutip balik sepah yang lama'
tak paham? tak paham sudah lah. hahaha!!

Bagi aku,mujur masa lalu tak bisa diputar (hanya boleh dikenang shj).
Kerana aku khuatir, jika bisa diputar, kesilapan sama juga bisa diulangi.

Jadi, aku inginkan hidup yang baru.
Suasana yang baru.
Udara yang baru.
Hati yang baru. (Eh??)
Segalanya yang baru lah!

Dan yang lama itu,memang sukar untuk dilupakan.
Tapi, tidak perlu lah diingatkan kembali.
Biar aku semadikan jauh-jauh-jauh sgt dalam sudut hati usus besar aku.

Kepada anasir2 luar, yang cuba untuk mengutip semula sisa-sisa lama.
Diharap,hentikanlah.
Aku perlukan hidup baru yang segar lagi bugar!!! :)))


p/s : Esok nak g KL,mak nak ikot....(bwk mak poi midvalley oiiii...!!!) hahaha!


October 10, 2009

Great News!!!

Salam Ceriabadi untuk semua....

Diam tak bererti kalah...
Diam tak bererti mati...
Diam untuk mencari ketenangan hati...

Sekarang ni aku masih dalam fasa menghabiskan sisa-sisa pengangguran aku..
Masib berbaki lagi 3 minggu, sebelum aku memulakan langkah untuk hidup yang baru..

Alhamdulillah, akhirnya, Allah SWT perkenankan doa aku,doa mak, dan doa kawan2 semua..
Mungkin ini sinar baru kot utk hidup yang baru yang akan bermula tak lama lagi..
Setelah setahun bergelumang dgn dugaan dan kesedihan selama ini...
(Mungkin ini lah post ceria yang ditunggu2 oleh halyza kot!! hehehe)

Erm...maghrib tadi, seperti biasa aku check email...(padahal kurang 30 minit sekali aku check!!)
Dan.....email yang paling ditunggu2 akhirnya muncul.
Ni antara isi-isi penting surat elektronik tersebut.



Ayat biasa semua orang bila dpt berita gembira ... "Oh.Tak sangka sangat!!"
Hahaha! aku pun sama lah kot!
Alhamdulillah , Syukur pada Allah atas rezeki ini.
Bukan senang nak dapat masuk ni beb...kene lepas 2 peringkat saringan dulu.
Dah macam PTD kot lebih kurang pemilihannya.

So, lepas ni aku akan training dengan TNB selama setahun.
Makanya dengan rasmi nya aku akan bertukar angin jadi orang Bangi pulak.
Mungkin Bandaraya Petaling Jaya tak sesuai dgn jiwa nurani aku ni kot. haha!!
Last2, lepak kat Bangi jugak kan.
Alhamdulillah,rezeki Allah tu ada dimana-mana.

Erm, harini betul2 aku dapat menarik nafas lega.
Begitu jugak Bonda aku..paling lah lega hati nya.
Risau la, anak daro eh ni, tanam anggur lamo2 bonar.
Nak disuroh kawen, calon eh bolum ado lagi... hehe~
(Sabar mak,sabar...akan dtg!!! bagi den carik duit byk2 dulu, boli keto sebijik dulu ko... hehehe!!)

Aku harap jalan yang aku pilih kali ini adalah yang terbaik utk aku.
Semoga petunjuk dan hidayah Allah tu sentiasa bersama aku.
Semoga aku tak lupa diri, dan semoga sentiasa diberkati oleh Allah hendaknya.

Terima kasih pada semua yang selama ini mendoakan..Semoga Allah merahmati kalian semua.
(Apesal ayat aku kali ni macam menang award ehh?? hehe)

Sebelum menutup post ceria kali ini..kasik aku nyanyi 2 ,3 kerat lagu too phat ni dulu ok!!



Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari Kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan

ku mengerti siapa ku tanpaMu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur.




Ok..masa untuk melelap kan mata...good night world!!



p/s :
Eh, tiba2 aku teringat akan cik A!! Beliau juga mendoakan aku dlm bas dulu!
Aku perlu sms pada beliau berita baik ini...Mesti cik A sekrang dah selamat bertunang kan!!
Tahniah cik A...