April 18, 2013

My Name Is Katijah, I'm not an online shopper...

Mood minggu ni mmg hujan lebat tak berhenti dan petir guruh puting beliung.

Lepas 2,3 hari hujan lebat, hari ni datang petir kilat sabung menyabung.

Memang silap hari bulan lah sapa2 tah kena marah dengan aku harini.


Kisahnya. 
Abang poslaju hantar surat or parcel or whatsoever kat pintu opis aku.
Ade lah sorang budak praktikal lelaki ni, panggil aku..

Kathy , ade parcel! katanya.

Ha? parcel? (bila plak aku mengorder barang?) ermm...sure ke itu KATIJAH IBRAHIM punya?

Konfirm ke bukan Khadijah Adibah punya??? 

[Khadijah Adibah ni junior baru masuk, lebih dikenali sebagai Adibah atau Diba...nama Khadijah sebagai hiasan dalam IC je)


Lebih 5 kali aku tanya konfirm kan betul ke aku punya parcel.
Sebab aku memang tak order barang jauh sekali ade orang nak hantar parcel kat aku.
Even kad kahwin pun. 

Then ada sorang opismate aku yang berhampiran, dia dengan yakin cakap.

"Betul ko punya Katijah Ibrahim. Ingat kitorang tak reti baca ker?"

Dah kalau dia dengan yakin cakap, aku pun macam berdebar.

Dalam hati aku....Eh? betul ke? Takkan laki aku kot yang bagi nak pujuk aku merajuk.
Tiba-tiba hati berbunga-bunga kejap.

Then bila sampai depan posmen. Aku tanya lagi sambil tengok nama penerima kat parcel tuh.

"Betul ke Katijah Ibrahim?"

Tapi posmen jawab.."Khadijah Adibah"

DAMN SHIT!

Korang tak reti baca n make a confirmation dulu ke sebelum panggil aku..

Please lah. 

Dalam opis ni ada 2 orang nama yang hampir sama bunyik dan makhraj nya.
Tolong lah tanya bin dan binti nya sekali.

Biasa nya kalau ada orang cari staff2 kat sini and tanya dengan aku.
Aku akan tanya nama bapak nya.


Nadirah mana? Binti apa? Dia jaga sistem apa?
Ain mana? Nuraini atau Nurul Ain? Urusan apa?
Shahira ke Shahirah? binti apa? Shahira bos ke bukan bos? 

Senang sikit...Susah sangat ker?

Lepas ni please tanya Katijah mana?
And if posmen cakap Katijah bapak nya Ibrahim, maka silah seru nama aku.
Jangan main terlolong-lolong...


Kathy...suratttt!!!!!!!!!!!!

Aku pun dengan annoyying nya tanya bende yang sama.

Memang harini, memang rezeki lah kawan2 aku yang kena marah.

-.-'


April 12, 2013

Blog Photo Updated

Setelah sekian lama guna gambar selim melim muda remaja single mingle (pernah ke aku selim??)....

Akhirnya aku berjaya menukar gambar baru yang sangat terkini tembam membam dan tidak lagi single mingle 

hehehe...


Tengok? muka muda remaja gadis melayu suci kurus putih gebu. hahaha
padahal muka tu edit je pun :P
tak pernah nya muka aku putih camtu.
bak kata org jawa "flawless"!

Dah sampai masanya untuk update gambar dengan pasangan.
ececeh!
Gambar ni pun mak hedit jugakkk~
segala jerawat jambu batu hilang dan tona kulit 5 kali lebih sekata dengan sekali penggunaan Photo Editor!
Hahaha!



p.s : Semangat kembali berblogging macam semakin meningkat je.. hehe :)


April 9, 2013

Krabi Fever

Krabi Fever Kohnonnya!

Argh! malas nya nak buat kerja tatkala baru balik dari honeymoon.

Still terbayang-bayang keKRABIan disaat 'terpaksa' menyiapkan kerja.

Sabar je la. Demi sesuap rezeki..


From Krabi With LOVES :)



P/S : suke tgk baby comel... n teringin nak baby camtu jugak!


April 3, 2013

Honeymoon Mode Activated yaw!!

Assalamualaikum!

Mood kerja ku telah terbubar dengan terbubarnya parlimen sebentar tadi.
Ok tak! Sebenarnya mood kerja kuat telah di ambil alih oleh mood honeymoon yang telah diactivatekan dari Isnin lepas!Ini Grand Finale Honeymoon kami (kononnya) setelah dua lokasi sebelum ini... haha!


This is right after the wedding...28th December 2012... 
Pergi nengeri jiran, negeri bersejarah untuk mengukir sejarah.. (eh?)
Yelah, pergi jauh-jauh, kecik plak hati negeri jiran ni.
Kalau dah berbeca yang meriah bagai ni kat mana lagi ye tak.. hehe
Tak sewa pun, cuma tumpang bergambar dengan beca yang cute!
Full story and photos, kalau rajin, akan ditaip :P


Malacca with love!

Next!
Tempat WAJIB (katanya) bagi pasangan baru kahwin.
Aku pun tak tau apa significantnya tempat ni.
Mungkin kesejukan dimalam hari atau..
keindahan dusun buah-buahan atau..
aroma bau ladang teh boleh nyanyi guling-guling hindustan atau..
sekadar tanah tinggi sebagai saksi cinta mereka.
Haha!

Destinasi pilihan suami yang tidak pernah menjejakan kaki dan anggota badannya kesini.
Bagi merealisasikan hajat beliau, maka pergilah kami berhoneymoon (kononnya)
ke sini..
27 Januari 2013.
A month after Malacca!
Kebetulan ok.  :)

Juga..Full story and photos, kalau rajin, akan ditaip :P

Cameron Highlands with loveSS!


And now!
Here comes the Grand Finale Honeymoon.
Inshaallah, esok kami akan terbang ke negara jiran.
Doakan keselamatan dan kebahagiaan kami disana. 
hehe!
Selamat pergi dan selamat pulang.
Bahagia pergi dan bahagia pulang.
Boleh gitu? 



Dan sebagai penutup entry,
Disudahi dengan wajah yang sentiasa dirindui...
I LOVE U!
Mohd Ikram bin Idris