Showing posts with label Diganggu dan Terganggu. Show all posts
Showing posts with label Diganggu dan Terganggu. Show all posts

July 8, 2010

Bahaya ok!!!

Pagi ini aku memecahkan rekod tidur diri sendiri dengan pertama kali berjalan semasa tidur tetapi bukan mengigau.

ALKISAH..
Dengan gagahnya aku bangun pagi tadi,macam biasa tekan suis lampu bilik air, pegi ruang tamu cari towel (selalunye sidai towel kat ruang tamu) ,tapi tak jumpa.
Masuk bilik semula, tiba2 tersedar "eh,napa macam sunyi sangat, tak de bunyi lori angkut sampah seperti biasa?"
Tengok jam..baru pukul 3 pagi daa!!!
Tadi baru nak stress kena bangun,mandi..Tiba2 rasa CERIA boleh sambung tido dengan baki jam yg masih panjang lagi.

Tapi, pukul 5 aku terjaga lagi, rasa macam dah pukul 7. Damn! Jin mana yang dengki sangat dgn tidur aku ni??

Pukul 6 pagi, kakak aku bangun nak mandi pegi kerja, tiba-tiba dengan muka cuak dia tanya aku yg tgh nyenyak tido :-

"Ni sapo yang bukak pintu nih???" (Pintu bilik)

Aku blur. Siap berfikir sapa yang buka. Tiba2 teringat yang aku ala-ala mengigau malam tadi.
Nak tersengih,tapi aku cover. Aku jawab "Den yang bukak tadi~~..."

Sesungguhnya, tido aku sangatlah tak berkualiti malam tadi. Banyak benar halangan dan dugaannya.


Adehh....Sudahnya mengantuk betul aku pagi nih...!!!!!

March 2, 2010

Thanks to FB notification! i owe u..!!

  
                          
Anda nampak rajah di atas?? nampak ke tidaakkk?
Kalau tak nampak alamat nya pendek umur..kata pak belalang.

Rajah di atas baru dibaca oleh saya sebentar tadi, semasa memeriksa peti masuk Yahoo! Mail saya.
Ini benar2 memberikan saya serangan jantung bertubi2.
Ku sangka kan beliau (sila baca entry sebelum ini) sekadar menyatakan hasrat hati.
Dan selepas memohon maaf, beliau tidak membuat apa2 lagi.

Tapi, aku silap kot?
Menatang kat atas tu sangat menyakitkan jiwa.

Saya amat berterima kasih pada laman rangkaian sosial Mukabuku kerana menghantar notification ini terlebih dahulu kepada saya.
Jika tidak, betapa malu nya saya ditimpa fitnah begini.
Dan bagaimanakah saya mahu menjawab petanyaan2 dari wartawan TERJAH! orang sekeliling?
Lebih2 lagi dari ahli keluarga saya yang tidak boleh berenggang dengan Mukabuku.
Belum lagi dari rakan2 seperti Haliza dan seangkatan dengan nya?
Dan bagaimankah saya mahu menaikan semula saham yang telah merudum? [opss!terlebih sudah!]

Apa yang lebih penting, tercalarlah kemaluan identiti status saya yang dirahsiakan selama ini.
Rahsia kah? Saya masih single tergolek-golek okeh! Ini pengakuan.

Oh! Rasanya mahu memadam akaun Mukabuku saya itu.
Tapi, saya rindukan kawan2 saya nanti.

Baik! Saya akan membuang atau menyekat saja lebah puaka jahanam ini sebagai rakan...!!
Bukan sahaja di Mukabuku, malah di Penghantar Yahoo! (YM), di Peti Email,di Friendster, di mana2 sahaja lah!
Yang penting beliau perlu disekat dari menghantar pesanan ringkas atau membuat panggilan di telefon bimbit saya.
Pendek kata, segala jalan yang memungkinkan beliau menjejaki saya, akan di sekat.
Tidak kira jalan air, udara atau jalan darat!
Istihar PERANG!!!!!


p/s : Hati-hati dan waspada dengan jenayah siber yang semakin berleluasa. Pesanan di bawakan oleh MCMC.





Serangan Jantung!

Aduh! Jantungku diserang!
Diserang raja!
Raja mana??
Raja LEBAH!!

GILA!
Angin tak ada , ribut tak ada , tau-tau hujan turuunn...[baca dengan gaya Pendekar Mustar dalam filem Pendekar Bujang Lapuk]

Alkisah.
Setelah di pendek kan cerita yang panjang berbulan-bulan..
Secara dengan 'tiba-tiba' nya, ada sekor lebah puaka ni, nak buat declaration status beliau di laman rangkaian sosial Bukumuka.

KT : "Berita baik! Buatlah.Dengan sapa u nak declare ni? Bagila i tau dulu,before u publish kat public."
Lebah Puaka : "I tak nampak orang lain pun, selain dari u..."

WTH ini manusia!
Aku yang salah baca atau dia yang salah paham atau dia jugak yang syok sendiri.
Terdesak mungkin dia?

Aku tak tau expressi apa aku nak buat.
Nak marah pun ada, nak gelak pun ada.
Konfius2!

Macam2 dunia sekarang ni.
Tolonglah manusia bernama "Adam" ini.
"Hawa" bukan seorang di dunia nih.


p/s : Nasib baik tak ajak aku jumpa Tok Mudim.. eh?? hehe

February 5, 2010

what a day!

Harini keje aku blogging je.
Arini aku takde keje lain.
Selain membaca buku gedabak SQL Server ni.
Bosan!

Rentetan dari kisah hentakan tragis pagi tadi, hidup aku sebelum pukul 12 sangat messy!
Dikacau kelekatu busuk dan lebah puaka yang sangat yerrrrrkkkkksss!
Tapi selepas zohor, aku sedikit tenang kerana dibelanjamakan oleh seorang kenalan.
Kenyang perut , sukalah hati aku.

Alkisah.
Boleh tak lebah puaka sekor ni harini macam-macam plak dengan aku.
Sangat menggangu privasi dan ketenteraman.
Rimas.Gila ba alip ba ya punya rimas!
Kalau aku buat report, dha tentu2 dia kena tukar tempat lain.
Cumanya aku bodohkan aje.

Takpe,biar aku yang moving to another side.
Aman sikit dunia dari gangguan kelekatu busuk yang menempel sebelah aku ni.
Ini lagi mengganggu privasi aku.
Silap hari, memang hilang hidung jugak kelekatu busuk ni.

Cukup 4 orang buat aku hangin pagi ni.
Si Jahat Perempuan Gemuk, 
Jejaka Gemuk Tiada Perasaan,
Si Lebah Berperangai Pelik,
Kelekatu Berbau Busuk,
Dan sorang buat aku lega. [Thanks Umi,tak sangka arini aku boleh makan free.]

p/s : Hujan lagi petang ni. Sejuk!!

Kepala : Jangan Buat Main!

Panas! Hangin! Satu badan arini aku berapi.
Nak2 lagi bahagian kanan kepala! 
Walaupun pagi ni, pagi jumaat.
Dan walaupun aku kesejukan ditimpa hujan lebat dalam gelap tadi.
Badan aku tetap jugak hangennn!!


Alkisah.
Macam biasa RapidKL menjadi "tunggangan" aku setiap pagi.
Aku yang dalam kebasahan,kesejukan dan kemengantukan, duduk sambil menaip mesej.
Tiba2 sampai satu ketika aku rasa cerebrum aku bergegar!
Lain maciam gegarannya!
Dungu sekejap aku rasa.


BA**!! Sakit lah buduh!! Tibe2 aku menjerit macam tu.
Mujur cuma didengari oleh orang sebelah.
(Perlahan je la maknanya....)


Bodoh punya perempuan berbadan besar!
Atau secara kasarnya..GOMOK!
Boleh tak tangan dia yang berat tu jatuh atas kepala aku?
Bahagian siku plak tuh.
Buruk siku betul lah!


Dah lah tak minta maaf, terus je turun buat bodoh.
(Agaknya, lemak kat tangan dah banyak sangat, tu yang tak terasa sentuhan tuh!)
Memang emosi aku terus berubah.
Rasa nak menangis pun ada. (Sebab sangat sakit)
Rasa nak mencarut pun ada. (Sebab sangat geram)
Rasa nak menjerit pun ada. (Sebab tak puas hati)
Dan aku rasa nak turun bas puan ada.(Sebab nak kejar perempuan tuh)
Tapi, nasib baik medula oblongata aku masih lagi berfungsi dengan baik.
Juga hipotalamus otak aku berjaya mengawal emosi aku dengan baik.
Cuma berjaya menangis, mencarut dan menjerit dalam hati aje.


Tapi aku rasa serebelum aku agak berpinar sikit lah.
Sebab aku jadi tak seimbang dan pergerakan aku jadi lambat  lepas turun dari bas.
Mungkin akibat dari hentakan yang kuat tadi..huh?


Seriously, hentakan tadi memang kuat dan sakit.
Hingga saat aku menaip ini, masih terasa2 denyutannya.
Tapi, mujur hampir berkurangan.


Jauh dari sudut hati aku, kalau aku jumpa perempuan tu.
Memang aku tangkap  kepala hotak dia dulu!
Huh!!


*Entry ini tidak berniat menyinggung perasaan mana2 pihak yang masih hidup atau tidak hidup. Ini adalah luahan hati penulis blog tanpa mendiskriminasi mana kaum atau golongan.Harap Maklum*