Hehhhhmmmm....
(Post ini dimulakan dengan keluhan nafas yang panjang,post ini juga akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak kerana ditulis oleh seorang yang sangat sensitif dan post ini dikategorikan sebagai luahan hati yang lara dan sangat emosional)
Hehhmmmmm....(Mengeluh lagi)
Pertama-tamanya, aku nak mintak maaf pada bakal pengantin baru Kak Ma KALAU aku tak dapat hadir di hari bahagia mu, atas sebab2 yg tak dapat dielakkan atas sebab paling munasabah aku rasa : "Mak aku tak bagi..atau lebih senang dikatakan "bagi-tak-bagi jek"..
Juga pada bakal pengantin baru Kak Dira,sebab tak de sapa nak bawak. Saya pun takde KERETA SENDIRI.
Kalau saya ada KERETA SENDIRI ,tentu saya datang, kerana saya tak dapat hadir ke kenduri Kak Ma.
Dan KALAU ada ORANG yang BOLEH bawakkan...pasti saya datang.
Kak Ma, jangan persoalkan kenapa aku boleh datang hari bahagia Peda. Aku pergi pun atas tiket
"bagi-tak-bagi" Mak aku. Untuk ulang kali ke-2,berat benar rasanya hati.
Aku teringin sangat2 nak hadir hari bahagia kau.
Kak Dira, sorry KALAU saya tak datang, walaupun Melaka dgn N.Sembilan adalah negara jiran.
Tp, apakan daya yang ada.
Nak bawak kereta pun tak terdaya.
Hehhmmmmm....(Mengeluh lagi sekali)
2,3 minggu kebelakangan ni,aku selalu sangat ditanya soalan paling-paling-paling aku BENCI sekali..
"kathy,bila nak beli KERETA?" , "kathy,bila swift nak kluar", "kathy,duit dah byk,belilah Myvi 1"
Hoi...!!! korang ingat nak beli keta macam nak beli buah ke?? nak beli kasut?? nak beli ikan??
Kalau pakai duit BAPAK korang, bolehlah...
Pergi je mana2 showroom, hah order la nak kaler ape, model apa..bapak bayarkan dulu~
Jap!Jap!
Wajib ke beli kereta kalau kita dah bekerja?
Perlu ke beli kereta, kalau pengangkutan awam yang lebih murah dan mudah ada disekeliling? (mungkin, kena tahan sikit berasak di waktu pagi)
Harus ke beli kereta kalau keadaan tak mendesak?
Atau nak beli kereta, sekadar nak menunjuk yang kita mampu memiliki sebuah KERETA sendiri..!!?
(tp, pada hakikatnya, BAPAK yang advancekan dulu. dan pada hakikatnya, tiap2 bulan suffer nak bayar loan dan maintainance?)
Korang nak tau sangat ke kenapa aku tak beli kereta??? Sebabnya :
- Tak berapa nak penting pun bagi aku. Kos pengangkutan aku pergi-balik kerja sebulan secara kasar pun RM90 sahaja. Kalau balik kampung pun RM10 utk sehala.
- Hidup aku tak berapa nak mendesak pun. Walaupun kadang2 diri terasa LOSER jugak bila terpaksa jalan kaki,menumpang2 orang & menyusah2kan orang. Tapi telan je la yang susah2 tu. Susah pun sekejap je. Bingit sebenarnya dengar orang cakap, "Gaji banyak, dah boleh dah beli keta".. Itu gaji aku bai, suka ati aku la nak buat apa!!??
- Kongkongan / Halangan dari pihak keluarga. Bab ni memang susah! Dah berapa kali dah proposal aku Mak aku tak luluskan? Ditapis lagi dek LKK (Lembaga Kakak-Kakak)aku yang tak memahami tuh. Atas alasan, nanti aku tak mampu nak bayar. Dan alasan Mak aku plak, tunggu la setahun confirm berkerja dulu. (Aku siap dah bertukar kerja dah pun kot? ). BERBANDING dengan korang yang ada MAK & BAPAK yang prihatin & memahami (atau sporting), siap boleh encourage suruh beli kereta, siap advise dari segala segi,dari A-z...sampai DUIT pun kadang2 "advise" jugakkan..? Maka beruntunglah pada siapa yang MASIH mempunyai bapa, tempat korang bergantung dan mengadu nasib..(dan meminta "pertolongan kecemasan") Jadi, dalam situasi aku, aku yang berumur menjangkau 24 ni, tak dapat segala tu semua. Segalanya aku kena pikir dan lakukan sendiri, tapi masih dibawah kongkongan pihak keluarga. Aku TAKDA ayah yang nak tolong surveykan kereta, nak tolong serviskan kereta, nak tolong ajarkan cara bawak kereta, nak tolong bayar roadtax kereta, nak tolong make-up kan kereta,tolong itu, tolong ini, tolong itu.. Aku cuma ada Mak yang berumur 60+ yang sayang sangat2 , 3 orang abg yang pastinya takkan bagi "kasih sayang" macamana yang korang dapat dari ayah korang, dan 5 orang kakak yang pastinya tak 'secaring' manapun.(Jangan harap la nak diorang tanya pasal kereta). Maka,dalam kes ini, plaintif (iaitu aku sendiri),memang tidak mampu nak pergi Perodua showroom,apetah lagi Suzuki showroom, nak beli keta SORANG DIRI tercangok-cangok..WTH?! walaupun plaintif sebenarnya dah biasa membeli-belah sorang-sorang di bandar. (mesti korg rasa euww..loser gile camtu!). Aku pun tak paham kenapa keluarga aku tak bagi aku beli keta, sebab dari A-Z, yang keluar duit aku. Bukan duit depa. Mungkin sebab aku KECIK lagi.. yerrr... TIJAH kocik laieee~
Ntah hapa2 tah yang aku membebel-bebel kat atas tu tah.
Dah orang ramai asik tanya je, bingitlah telinga aku. Menanah!
Sekarang ni aku cerita semua, kenapa dan mengapa.
Kalau ada yang terasa kat mana2 tu, aku tak nak mintak maaf.
Sebab ni BLOG aku! Suka hati aku. Aku pedulik hapa!
Malam ni aku terlalu emosional sebab baru lepas call Mak aku meminta kebenaran untuk berkahwin ke Kelantan bersama KAWAN2 & IBU BAPA KAWAN2.
Malangnya, Mak aku jawab : "Ontahlah,tak dapek nak kato do, suko ati lah"
Lemah hati aku nak pegi.
Dah macam nak ikut rombongan sekolah.
(Dulu masa sekolah, bukan main susah nak dapat pergi rombongan :C )
Dan jugak lagi sekali aku mengadu kerja sekarang kadang2 kena bergerak kesana kemari.
Aku "pancing" Mak aku, nak beli kereta, ternyata GAGAL buat kesekian-kalinya!!
Dan pastinya, JIKA aku usulkan permohonan baru iaitu Borang Permohonan Kahwin, tentunya akan direject bulat2, mentah2, siang2, dan sebagainya.
Arggghhh!!! Tension!!!
Siapa yang dah baca post ni, sila jangan tanya soalan2 yang terlalu komplikated aku nak jawab.
Termasuklah sapa boyfriend aku sekarang. Jawapannya, aku takda boyfriend sekarang.
Suami, Insyaallah. Doa-doakan... :)