Last post was on : 10/5/2012
Today : 5/9/2012
Dah hampir 4 bulan tak tulis blog! Tibe-tibe rasa nak tulis balik.
Dia punya blog editor pun dah sangat updated.
Aku macam baru balik dari belantara plak!
Puasa sudah, raya pun sudah.
Lengan bakal suami (eceh! saje la letak bakal suami, biar aku sedar diri sket! haha) pun dah semakin bercantum rasanya.
Cuma tak berapa nak boleh angkat benda berat.
Takpe, by this end of December dah cukup kuat kot nak angkat bini seberat 50 kilo! haha
Tak dinafikan, masa mmg 'ferrari' sangat berjalan.
Rasa nya esok lusa aku bangun tidur, anak dah dua!
Risau betul nak jadi dewasa ni.
Nak jadi seorang isteri,seorang menantu, seorang ibu.
Ouhhh~~
Jangan ditanya sedia ke tidak.
Kalau tak sedia, sampai bila-bila pun tak sedia. *dush2!*
Ada lagi 7 hari untuk aku menghitung detik 100 hari mencari barang kawen! haha
Sekarang ni, kalau fikir pasal kawen, memang pressure.
Asik survey-murvey je dari awal tahun, sampai la ni tak sudah2!
Pressure gila tengok orang lain rileks je, dah ready dengan preparasi masing-masing.
Please.please.please. Jangan stress.
Ramai sangat yang tanya, macamana preparasi aku setakat ini. Ok ini dia!
Kursus kahwin - Orang pergi sekali. Ko pegi 2 kali. Padan muka.
Borang kawin, borang kesihatan segala bagai - Tunggu lagi betul2 genap 3 bulan.
Pelamin - Dah book.
Baju nikah - laki dah tempah. pompuan belum. tak sudah2 pikir nk buat design mcm mana!
Baju sanding - laki badannya besar. Nak buat sendiri katanya pun! Baju dah pilih, tapi warna mcm tak kena! 18 kali nak kena pg butik tu! malu nye haihhhh~
Baju Tandang - Pakai je yg ada kat butik tu.
Hantaran laki & pompuan - 0.00%
Goodies - dah beli sikit.
Bunga telur - 0.00%
Kad - Dah tempah. belum siap!
Photographer - Dah book.
Videographer - Dah book. Tapi tak berapa nak confirm lagi.
Khemah - Segala macam khemaH termasuk khemah pengakap pun dah book. Tapi tak bayar deposit lagi. Pasal kengkawan katanya! Risau plak aku.
Kerbau - Tengok? Kerbau pun aku kena pikir tau. Betapa susah nya nak kahwin.
Hiburan,kompang-komping,DJ segala - 0.00%. Tak tau nak carik kat mana.
Bilik tidur - Langsuir je aku dah tempah. Cadar-cadur segala belum sempat carik lagi.
Hanimun - Antara perlu dgn tak perlu je kot kan?
Personal & Internal Treatment - hoh. tak sempat langsung oit nak pegi SPA!! Lemak, jerawat, parut, daki dan segala macam lagi tebal gila nak kena sental kot kan? Untung la sapa badan gebu-gebas putih melepak tiap-tiap hari mandi susu! Masalah perut boncit baju kahwin tak muat dah malas nak fikir! Malas kot nak diet. Kata terima seadanya kan? huh! '-.-
Baju-baju kurung khas dan baru utk ziarah (pon hade hokeyyy!) - tak bertempah lagi! haih~
TEMA - UNDEFINED!
Persiapan belah laki? tak yah tanya. sakit jiwa je dengar jawapan bakal suami.
Masa dengan bakal suami untuk menyiapkan segala persiapan ni pun terhad.
Hujung minggu je yang ada!
Time hujung minggu ni la banyak open house lah, kenduri kendara la.
Kata bakal suami, dah dah! tak payah pegi dah orang kawen ke hape ke semua tu!
Kita selesaikan dulu hal kita ni. (Time ni dia cakap ketika sedang bergaduh pening kepala haha!)
T_T okayyyy! yang awak tu hari2 kerja sampai malam, pastu cuti umum merdeka pun kena kerja, pastu sabtu pun kena kerja..bla..bla..bla.. tak pe plak?
Serangan balas oleh pihak lawan!
Sebenarnya, nak kahwin ni ada yang perlu hadapi macam2 kesusahan dan kemurungan.
Ada jugak yang tak perlu kata apa-apa, semua dah tersedia. Bertuah lah hidup nya.
Terpulang, ada keluarga sanak saudara yang sudi menghulur bantuan ikhlas.
Kalau macam aku, senak perut aku semua kene pikir sendiri (Ok, berfikir guna perut ye!)
Inshallah,semuanya sempat kot kan?kan?kan?kan?