September 29, 2009

DRK : Edisi tertunda lepas raya..



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
buat semua yang membaca..

"Suka duka silih berganti,apapun dugaan tabahlah menghadapi...
"
-- lagu raya tajuk apa tah?


Kesibukan bekerja berhari-raya menghalang aku utk mengupdate blog ni selalu..
Hari tu sebelum raya, tak sempat nak ucap selamat kat semua..

Akhirnya,Ramadhan pergi jua dgn meninggalkan mcm2 kenangan.
Tak perlu kot aku nak buat imbasan akademi fantasia kat sini.
Apa yang berlalu, biarlah berlalu...[aiceh! mcm lirik lagu lak dah]

Sekarang,raya pun dah sampai hari ke-11 pun..
Raya tahun ter-sangat-sungguh-paling best sekali!!
Aku pun x tau kenapa, tapi mungkin baju raya aku terover byk kot...hehe!
Ade lagi selai tak berpakai... ;P

[buntu seketika.idea hilang]

Banyak sebenarnya nak dicorat-coretkan kat sini.
Tapi, tak dapat dizahirkan oleh jari-jari ni.
Nantilah, pelan2 kayuh.[ape mende nak dikayuhkan??]

Terpaksa suspend kat sini dulu lah.
Idea terputus kerana terpaksa mengulai kurma ayam.
Dan, jap lagi nak mengkari mee plak.
Ada 'tatamu' pulak nak datang.
Adeh....

Chow dulu!


p/s : lalalalalalalala~~



September 16, 2009

DRK : Checklist & Budget Raya

26Ramadhan.Rabu

Ramadhan masih berbaki 4 hari lagi,sebelum terbitnya fajar syawal.

Td,lepas sahur tibe2 teringat nak buat 'kunci kira-kira' utk raya ni.
Tapi dalam hati tu dah tau dah, cukup ke duit aku ni?
Gaji bulan 9 dapat half je,itu pun belum masuk lagi.
Bonus raya...huh! Mampu cemburu ajelah dgn org lain.

Ok,sekarang mahu buat Checklist Aidilfitri :
  1. Ketupat
  2. Buluh
  3. Daging
  4. Ayam
eh..eh...ini checklist utk mak aku..silap2...

ini checklist aku :
  • Baju raya - siap! [tp,belum basuh]
  • Tudung raya - siap! [siap gantung kek kedai,blum beli lagi]
  • Kasut raya - siap! [manade org tempah kasut..mestilah beli siap kat kedai..tp,blum beli lagi]
  • Kueh raya - siap! [itu pun kalau bg kat Mirul,2 hari je boleh abis kot...]
  • Duit raya - tak siap! [itu budget sudah lari,mcm mana mau tukar duit raya?]
  • Bonus raya - memang tak siap! [jgn harap ok.]
  • Zakat Fitrah - Alhamdulilah.
  • Apelagik????
Dengan masa yg kesuntukan..adeh, mau nye aku beraya dgn apa yang ada je satgi.
Erm..takpe lah,cuba lah mana yang sempat dan terlarat.
Kalau ada rezki,boleh lah raya best2 sikit.

Adeh2,pening2...nak raya budget lari..
Camne aku nak kejar ni? ;-/


Oklah,pagi lagi ni..malas mahu serabut kan kepala.
Nak sambung ketiduran sebentar.ok!
Jumpa lagi!!


p/s : Harini berbuka free di Cheras :)


September 15, 2009

Pulang Merantau


Nampak eh sumo orang dah tak sabar2 nak balik kampung semasing.
Sebolum tuh, jom layan lagu ni.
Ditujukan khas utk sapo2 yang nak balik kampung kek nogori sombilan tu, mahupun nogori2 lain!
Kalau orang2 nogori / minang / jawo , mesti paham lirik lagu ni.
Orang2 nogori lain tu, merangkak la sikit kot? Esey pun dgr byk2 kali baru buleh paham..

Apalagi? jom layan..Pulang Merantau , dari filem Tunang Pak Dukun maso tahun 1960 dulu!
[uihh..brtahun lamo eh, omak den mudo2 marin...hehehhe!]




PULANG MERANTAU

Jauh kita merantau pergi merantau
Kampung halaman selalu terkenang jua
Pulanglah kita pulang marilah pulang
Bersua kawan-kawan nan sama (gadang) sebaya

Berlari anak rusa dua sejoli
Dapat ditangkap dek anak Raja Jawa
Kalau tidak terleka di musim (masa) ini
Dihari tua tentu kan pulang jua

Hei orang muda ai marilah kita pulang

Kalau remuk (rosak) rasanya padi dek (burung) balam
Cuba bawa ke Pulau Si Bilang Bilang
Kalau remuk rasanya hati di dalam
Cuba bawa bergurau (kok) ada kemungkinan hilang

Hei orang muda ai marilah kita pulang

Pandanglah padi kuning-kuning mengurai
Gunung dan bukit rasa melambai lambai
Berkicau-kicau bunyi si burung murai
Hiba hati melihat kampung nan (sangsai) sengsara

Hei orang muda ai marilah kita pulang

****************

September 14, 2009

DRK : Debaran dan Imbasan

24Ramadhan.Isnin.

Harini adalah Isnin yang terakhir.
Sudah semestinya aku dah takde hati utk melakukan sebarang kerja kat opis ni.
Walaupun ade lagi kerja2 yg still pending.
Takut jugak aku nak tinggalkan macam tu saja.
Ah.Kalau sempat siapkan, aku cuba. Kalau tak, biarkan aja.

Pagi tadi server down.
Tengahari baru boleh up balik.
Makanya, kerja aku tergendala.
Apalagi, layan lah laman rangkaian sosial, Bukumuka.
Ternyata, semua orang semangat nak berhari raya.
Semua dah tak sabar kot!

Raya tahun ni, aku terpaksa lah kurangkan pemberian duit raya.
Peruntukan hanya utk Bonda dan anak2 buah saja.
Sepupu,sepapat,sepipit,bau2 bacang, bau2 manggis dan segala jenis budak2, aku mintak maaf.
Aku diambang pengangguran.
Makanya, ekonomi aku sangatlah tidak stabil.

Masih ingat lagi raya sewaktu aku berstatus mahasiswa.
Maka, haruslah aku diberi duit raya kan? Aku masih belum bergaji.
Tetapi, terdapat lah sorang sepupu sepipit aku ni duk habaq kat ceq lagu ni :
"Tijah tak payah la eh duit raya, Tijah ada PTPTN kan?"
Patut ke tidak seorang yang berstatus Dr.Secret berkata bergitu?
oh!oh!oh! Ada aku mintak???
Aku pun tak harap pun orang nak bagi duit raya.Org bagi aku terima kasih.
Wahai kakak doktor yg bijak bestari, PTPTN tu apakah?
Bukan kah sebuah tabung pendidikan berunsurkan pinjaman dan perlu dibayar semula beserta bunga2 nya sekali.
Kalau mahu bagi, seringgit pun aku terima.
Kalau tak mahu bagi, diam2 sudah.
Mahu bergurau, tidak bertempat.
Ayat keramat mu itu, akan ku kenang setiap kali tiba nya Aidilfitri.
Dan
.
.
.
Jangan harap anak2 mu mendapat duit raya daripada ku..
Nanti ceq nak habaq lagu ni kat anak2 dia
"Korang tak payah la duit raya,Mak hang tu doktor kan?"
.
.
.
kihkihkihkihkihkih.....!!


Nampaknya, suasana raya dah menghantui diri aku.
Tetapi tidak di dalam pejabat ini. hoh!

Oklah,sudah masuk waktunya zohor.
Perlu turun beribadah dulu.
Jumpa lagi!


p/s : Tak sabar nak tgk rumah dgn tile baru! hehiks!

September 13, 2009

DRK : Kenangan yg dilupakan

23Ramadhan.Ahad.13September

Arini genap umor aku 23 tahun.
sudah semakin tua kah aku ?
eh? apsal sumenye angka 3? huh?

em..takde mood mahu cerita panjang tentang hari jadi or whatsoever.
ape yang bermain di minda ini ialah untuk meninggalkan segala kenangan2 pahit di kota ini.

Masih berbaki 4.5 hari lagi untuk melakukan aktiviti rutin aku, sebelum aku meninggalkan kota ini dan pulang ke desa utk Aidilfitri.
Aku sendiri pun tidak pasti berapa lama kah aku akan menetap di desa.
Dan berapa lamakah kota ini akan aku tinggalkan.
Sebulankah,2 bulan kah atau selamanyakah?

Bergantung lah pada rezeki Allah nanti.
Moga masih ada rezeki Allah untukku.

Macam2 perkara yang akan aku rindui..opss...pembetulan.TIDAK akan aku rindui.
Semuanya rutin2 harian yang membosankan.
Tidak perlu diingat semua itu.huh!

Aku tak berniat untuk menulis panjang memandangkan sudah masuk waktu asar.
Dan aku perlu keluar untuk "mencari rezeki" untuk berbuka sebentar lagi.
Haruslah aku berundur seketika,dan akan disambung lagi kisah ini on the next post.


p/s : Episod sedih kian berakhir.Syawal dinanti bakal tiba.Moga disitu bermula episod gembira.


September 10, 2009

DRK : Burfday In Advance

20Ramadhan.Khamis

Wah! Hari ke-20 sudah puasanya kita!
Tp,aku of course la x cukup 20 harinya. heh!

Hem,harini jugak hari last dlm minggu ni aku bekerja.
Next week ada lagi 4.5 hari..yeah! [suka sgt ke hati aku?]

Esok,aku ada interview.
Tolonglah kawan2 doakan kejayaan aku dlm interview esok.
Aku sangat berdebar.

Lagi 2 hari,umur aku meningkat lagi 1 angka.
Tapi,aku still camtu gak. Takde apa pun yg meningkat.
Eh! Harini ada orang bg burfday kad n little gift in advance kat aku.
Nanti tak sempat katanya.Dah belated.
Ah.whatever la.Terima kasih ye!
Sungguh terharu!
[sambil mendengar lagu Mawi n Jamal Abdillah -- Terharu]

Gambar nye takde.. lain kali lah upload.heh.

Oklah, mahu merepek itu aje.
Doakan aku dipermudahkan urusan esok ya!
Amin.


p/s : Will have long journey this weekend.Also will cost a LOT of "ringgit malaysia". POKAI!!


September 9, 2009

Hey Ladies : Rossa

Kamu bisa dgr nggak ini lagu? Aku suka akan bait lirik nya.
Menangan aku malas banget mahu ngecari mp3 nya.
Aku ngeposin liriknya aja disini.
Jika kamu mahu dgr ini lagu, kamu google sendiri aja deh...


Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis




DRK : Luka

8Ramadhan.Selasa
Harini sampai 2 kali blog ini diupdate oleh tuannya.huh.

Harini hati aku sekali lagi dilukai.
Oleh siapa? Sesiapa saja lah yang anda fikirkan sesuai.
Rasa terlalu bodoh.dan tertipu.[Tijah Tertipu kot?]
Rasa begitu sedih tapi langsung tak menitikan air mata.[Jimat sikit bila air]
Kesilapan lalu langsung tak diambil pengajaran.
Oh.Apakah?

Aku kecewa!Kecewa!Kecewa! [Sambil berlari2 menekup muka didinding...huhu...tipu!!]

Tp,aku yakin ini semua takkan lama menghantui hidup.
Dugaan ini sementara saja.Pasti akan ada pelangi yang muncul kemudiannya.

Kepada yang dimaksudkan..terima kasihlah.sgt terima kasih.
BODOH NYE BELIAU!!



P/S : Gembira nya tadi dapat beli baju raya! sangat la mahal nye! :)


September 8, 2009

DRK : Express Update

18 Ramadhan.Selasa.

Setelah blog ini membuat macam2 hal yang sgt menyakitkan hati.
Aku merajuk untuk update blog ini utk bbrapa ketika.
Tp,harini aku rindu.Jadi kita buat express update sajalah.

Kini aku sibuk membilang hari.
Hari2 penting dalam September ini.
Tp,kata mereka..lagi dibilang, lagi lambat lah tibanya.

Yang terhampir ialah.hari temuduga.[cuak dan takut]
Kemudian, ialah hari berbuka bersama rakan2 lama.[pentingkah ini?]
Seterusnya, ialah hari dimana mengingatkan aku akan kematian.[oh.umurku akan bertambah]
Laginya,hari terakhir saya di "sini".[Merdekakah aku?atau Menderitakah aku selepas ini?]
Dan yang paling2 ditunggu ialah hari bermaaf-maafan lah.[Habiskan puasa dahulu lah!]
Serta...banyak lagilah tarikh2 penting September ini.[Penuh kalendar aku mark.]


Ermm..
Ada 1 perkara yg aku perasan, yg acapkali berlaku dlm bulan September ini.
Ianya ialah air mata kudus aku ini paling lah mudah mengalir.
Terlalu sensitif dgn keadaan sekeliling mungkin?
Dan terlalu memikirkan apa yang terjadi.

Org negri9 kata "cengeng".
Cengeng pun cengeng lah.
Aku guna air mata aku.Bukan minta air mata org lain.
Hati aku,aku yang rasa.Orang bukan tau.
Mungkinnya aku dah tak setabah dulu kot?
Hemm..semalam pun menitik jugak air mata akibat karenah KTM dan teksi.
Waduh.Rapuh hati
nya mcm biskut.


Hemm...
Cakap pasal hati.
Aku teringat beliau dan dia.
Mereka itu memang memberikan aku sakit hati lah.
Menyesal pulak terlibat dgn konspirasi mereka.
Dan menyesal juga kenal mereka2 ini.
Sudahlah.mahu ON mode silent dgn mereka.


Oklah.cukup dulu mengimbas perkara2 sedih.
Nanti aku cuba carik2 "happy story" utk dikongsi.[Itupun kalau ada laa.]
Jumpa lagi.


p/s : Currently addicted dgn lagu2 Rabbani pulak.

"Biarpun Mata Terpejam
Kasih Tetap Di Hati
Terukir Peribadi
Segirang Matahari
Memancar Hari Sanubariku..
Berseri Menerangi

Tak Terputus Khalimah
Sekilasnya Cahaya
Segalanya Kudratku
DariMu.. Ya Allah
Memberi Jalan Yang Diredhai..OlehMu...
Penyuluh Di Malam Hari"