March 19, 2010

TGIF..!!

Salam Sejahtera ke atas kamu..

Genap 10 hari Facebongek ni tak berupdate oleh tuannya.
Bukan sebab sibuk dengan anak-anak kerja,
tapi, malas.
Too much things happened lately.
Tak tertaip dek aku kat blog ni.

Malam tadi, aku duk merayau2 kat laman KLCC sosial Mukabuku,
aku terbaca sesuatu kat bahagian info kawan aku.
Setepek kena kat batang hidung sendiri. OMG!

Dia kata, dia amik kat blog orang.
Pastu aku amik dari dia, letak kat blog aku.
Supaya nanti ada orang lain amik, letak kat info dia dengan blog dia.
Pastu ada lagi orang-orang amik, letak kat blog orang lain.
Errrkk!! Aku dah mula merepek!

Okay,aku kasi korang layan "teks ucapan" ni..
Kalau tak best dendiam.
Kalau best, sila belanja aku okeh. hehe :)

---888888888888888888888888888888888---

P/S: Yang merah2 tu, saja aku kasi nasik tambah..

Jika kamu memancing ikan.... (kalau minat je) setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....(goreng pon sodap!)  janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....(mengabihkan cacing je lah!) kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. (dah nasib si ikan kaloi~)

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,(nanti bil air melambung) jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....(lenkali beli la yang berkualiti tinggi!)

Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. (beli faiza herbapony tajmahal la!) Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. (Aku nak nasi goreng 'USA'..hehe..tak nak nasi goreng 'kampung')


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yg akn menyesal..

---888888888888888888888888888888888---


Begitulah hikayat Si Luncai dan Labu-Labu nya... hehe...
 
Ape da yang aku merepek, pagi-pagi jumaat ni kan?
Mesti korang mengantuk dan lantas meng'klik' link ke blog lain pula.
Atau lebih teruk,menekan butang pangkah berwarna merah di pepenjuru kanan tetingkap ini.
   
Okay.Cukup.Sampai sini.
Aku ada banyak kerja.
Tapi, otak aku kata, jangan buat!
Otak aku fikir nak balik je,sebab cuti setengah hari dah lulus.
Otak aku fikir lagi, minggu depan tak masuk ofis seminggu.
(Minggu depan masuk Amcorp Mall je! Training)
Minggu lagi sekali, pun tak masuk ofis. Training kat Bangi plak.
Sudahnya? Keje aku terbengkalai dalam komputer yang berkelajuan 503MB ini.
 
Hahaha!!
Bye!

March 9, 2010

Penangan Durian Cheese Cake


Kalau mulut ketat nak kata YA, tapi hati menjerit-jerit kata YA!-YA!-YA!,
itu namanya malu-malu unta.

Kalau mulut dengan laju berkata YA!-YA!-YA!, tapi hati ketat tak berapa nak rela kata YA,
itu namanya tipah terpaksa.

Kalau mulut dan hati seiya sekata berkata-kata YA!-YA!-YA!,
itu namanya gata namo eh tuu!!...
hah...korang jawab sendiri...apa2 jawapan pun boleh.

***************

Apa yang aku cuba sampaikan ni ntah?
Haha! Aku sendiri pun tak pasti.

Ini mesti gara-gara memakan kek cheese berperisa durian dari Resepi Rahsia tadi.

Tah apo lah raso eh..Dah la cheese,campur plak dengan durian?
Elok2 cheese tu dah sodap, apo ditambah plak dengan macam2?
Tak dapek diterimo dek tokak den ni.
Loyo raso eh. Busuk pun ado.
Abih beraroma durian bilik mesyuarat tu tadi.
Mintak mahap la pado penggomar kek-kek berperisa sebegini.
Sok-sok, jangan la order lagi.
Moral of the story eh kek sini, order la kek kek sinia. Gerenti Sodap!

p/s : tak sabar nak pergi training lagi hujung bulan nih. Makan sodap tuh! ;D

March 8, 2010

Hari ini & Semalam [Ceh! Macam tajuk lagu plak]

Minda aku stucked tak dapek nak memikiorkan mende aloh system nih.

Ape la encik senior aku bagi gedebuk system tak bagi passowrd.
Suh aku setup sampai jalan sesempurna yang mungkin.
Haraaaammmm.....
Mampuih tak jalan system nih..(dia bukan ada kaki pun kan?)

Cakap pasal jalan kaki..
Semalam aku pergi menyakitkan kaki dengan berjalan kaki dari pukul 11 pagi sampai pukul 6.
Ditambah lagi dengan berdiri-diri menunggu kawan sorang ni.

3 kali kot menunggu!
  •  Datang lewat -- Alasan : Komuter takmo jalan. (Org suh bawak transport takmo..)
  •  Sembahyang lama -- Alasan : Surau tu kecik. (Lenkali bawak sejadah, boleh solat kat kaki 5   haha!!) 
  • Cari & fitting baju lama -- Alasan : Takde saiz.(Bak kata Ziha, beli losyen mustajab sedozen!!) 
Adeh..Bab-bab menunggu ni yang aku lemah kerana ia melibatkan aspek kesabaran. 
(Hati didalam terbakar, tapi muka buat2 manis je kan ..hahaha) 
Baiklah. Sakit hati turun ke kaki rupanya. 
Patut pun kaki aku sakit.
Sabar je lah kan? Takpe,lainkali gua balas.
[Erkk...baca dek kawan aku ni, mampuuiiihhh aku.. ekekeke]

Emm..apa2 pun semalam sangat best pegi merayap2 kan. 
Kan best kalau dapat menjerit2 naik roller coster tu? 
Tapi, aku yang takut. huh!


Baik.Sila sambung mengadap coding.

Jangan mengadap benda lain!

   
p/s : Aku dalam dilema uwang.

March 2, 2010

Thanks to FB notification! i owe u..!!

  
                          
Anda nampak rajah di atas?? nampak ke tidaakkk?
Kalau tak nampak alamat nya pendek umur..kata pak belalang.

Rajah di atas baru dibaca oleh saya sebentar tadi, semasa memeriksa peti masuk Yahoo! Mail saya.
Ini benar2 memberikan saya serangan jantung bertubi2.
Ku sangka kan beliau (sila baca entry sebelum ini) sekadar menyatakan hasrat hati.
Dan selepas memohon maaf, beliau tidak membuat apa2 lagi.

Tapi, aku silap kot?
Menatang kat atas tu sangat menyakitkan jiwa.

Saya amat berterima kasih pada laman rangkaian sosial Mukabuku kerana menghantar notification ini terlebih dahulu kepada saya.
Jika tidak, betapa malu nya saya ditimpa fitnah begini.
Dan bagaimanakah saya mahu menjawab petanyaan2 dari wartawan TERJAH! orang sekeliling?
Lebih2 lagi dari ahli keluarga saya yang tidak boleh berenggang dengan Mukabuku.
Belum lagi dari rakan2 seperti Haliza dan seangkatan dengan nya?
Dan bagaimankah saya mahu menaikan semula saham yang telah merudum? [opss!terlebih sudah!]

Apa yang lebih penting, tercalarlah kemaluan identiti status saya yang dirahsiakan selama ini.
Rahsia kah? Saya masih single tergolek-golek okeh! Ini pengakuan.

Oh! Rasanya mahu memadam akaun Mukabuku saya itu.
Tapi, saya rindukan kawan2 saya nanti.

Baik! Saya akan membuang atau menyekat saja lebah puaka jahanam ini sebagai rakan...!!
Bukan sahaja di Mukabuku, malah di Penghantar Yahoo! (YM), di Peti Email,di Friendster, di mana2 sahaja lah!
Yang penting beliau perlu disekat dari menghantar pesanan ringkas atau membuat panggilan di telefon bimbit saya.
Pendek kata, segala jalan yang memungkinkan beliau menjejaki saya, akan di sekat.
Tidak kira jalan air, udara atau jalan darat!
Istihar PERANG!!!!!


p/s : Hati-hati dan waspada dengan jenayah siber yang semakin berleluasa. Pesanan di bawakan oleh MCMC.





Serangan Jantung!

Aduh! Jantungku diserang!
Diserang raja!
Raja mana??
Raja LEBAH!!

GILA!
Angin tak ada , ribut tak ada , tau-tau hujan turuunn...[baca dengan gaya Pendekar Mustar dalam filem Pendekar Bujang Lapuk]

Alkisah.
Setelah di pendek kan cerita yang panjang berbulan-bulan..
Secara dengan 'tiba-tiba' nya, ada sekor lebah puaka ni, nak buat declaration status beliau di laman rangkaian sosial Bukumuka.

KT : "Berita baik! Buatlah.Dengan sapa u nak declare ni? Bagila i tau dulu,before u publish kat public."
Lebah Puaka : "I tak nampak orang lain pun, selain dari u..."

WTH ini manusia!
Aku yang salah baca atau dia yang salah paham atau dia jugak yang syok sendiri.
Terdesak mungkin dia?

Aku tak tau expressi apa aku nak buat.
Nak marah pun ada, nak gelak pun ada.
Konfius2!

Macam2 dunia sekarang ni.
Tolonglah manusia bernama "Adam" ini.
"Hawa" bukan seorang di dunia nih.


p/s : Nasib baik tak ajak aku jumpa Tok Mudim.. eh?? hehe