Genap 10 hari Facebongek ni tak berupdate oleh tuannya.
Bukan sebab sibuk dengan
tapi, malas.
Too much things happened lately.
Tak tertaip dek aku kat blog ni.
Malam tadi, aku duk merayau2 kat laman
aku terbaca sesuatu kat bahagian info kawan aku.
Setepek kena kat batang hidung sendiri. OMG!
Dia kata, dia amik kat blog orang.
Pastu aku amik dari dia, letak kat blog aku.
Supaya nanti ada orang lain amik, letak kat info dia dengan blog dia.
Pastu ada lagi orang-orang amik, letak kat blog orang lain.
Errrkk!! Aku dah mula merepek!
Okay,aku kasi korang layan "teks ucapan" ni..
Kalau tak best dendiam.
Kalau best, sila belanja aku okeh. hehe :)
---888888888888888888888888888888888---
Jika kamu memancing ikan.... (kalau minat je) setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....(goreng pon sodap!) janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....(mengabihkan cacing je lah!) kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. (dah nasib si ikan kaloi~)
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,(nanti bil air melambung) jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....(lenkali beli la yang berkualiti tinggi!)
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. (beli faiza herbapony tajmahal la!) Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. (Aku nak nasi goreng 'USA'..hehe..tak nak nasi goreng 'kampung')
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yg akn menyesal..
---888888888888888888888888888888888---
Begitulah hikayat Si Luncai dan Labu-Labu nya... hehe...
Ape da yang aku merepek, pagi-pagi jumaat ni kan?
Mesti korang mengantuk dan lantas meng'klik' link ke blog lain pula.
Atau lebih teruk,menekan butang pangkah berwarna merah di pepenjuru kanan tetingkap ini.
Okay.Cukup.Sampai sini.
Aku ada banyak kerja.
Tapi, otak aku kata, jangan buat!
Otak aku fikir nak balik je,sebab cuti setengah hari dah lulus.
Otak aku fikir lagi, minggu depan tak masuk ofis seminggu.
(Minggu depan masuk Amcorp Mall je! Training)
Minggu lagi sekali, pun tak masuk ofis. Training kat Bangi plak.
Sudahnya? Keje aku terbengkalai dalam komputer yang berkelajuan 503MB ini.
Hahaha!!
Bye!
baca fahamkan sematkan kat hati katy...hahaha..=p
ReplyDelete