Ayat cliche bila tiba minggu yang baru..Monday blues katanya~
Haih. Kerja..kerja..kerja..
Dimana kerajinan ku dahulu?
Semangat pon dah faded out.
Puasa pun yang-yang yok ajer.
Setengah hari standard kanak-kanak derjah 5.
Haih.Lapar kononnya.
Dah namanya puasa tu menahan lapar dan dahaga?
Iman turut serta faded out.
Kaki-lembut pun dah kelenguhan akibat 'aktiviti' hujung minggu semalam.
'Aktiviti' apa??
Nanti lah up story nya.
Chiow!
May 30, 2011
May 25, 2011
Antara aku dan gadis itu! !
'Lembutnya kaki akak ni kan?
'A'ah,lembut la. Biasa kaki orang kasar!'
Bual remaja yang semakin menginjak dewasa sambil menyapu minyak serai keseluruh kaki pelanggan itu.
'Ha? Lembut? Err.. Lembut ke? Sebab belum kahwin kot dik? ' (*eh?suka hati je aku menghipotesis jenis kaki wanita bersuami dan gadis sunti)
Ujar pelanggan yang sebenarnya dah kembang kempis menahan bangga.
'Eh. Kitorang pon belum kahwin kak. Tapi, kaki kitorang kasar' keluh salah seorang gadis urut itu.
'Entah lah dik, agak nya selalu rendam dalam softlan kot?' jawab pelanggan itu bersahaja.
'Kak, akak dah tunang?'
'Ha? Tunang? Ade kesan bekas pertunangan ke kat kaki aku?' getus pelanggan itu dalam hati.
'Ker, on the way kak?' terjah seorang demi seorang.
'Eh. Belum lah. Tak tau lagi . Kenapa?' balas pelanggan itu malasly. (erk. Malasly? Haha)
'Tak lama lagi la kak kan?'
'A'ah la kak, umor akak pon dah 25.Sesuai sangat la tuh'
cadang gadis urut berusia 22 tahun itu menyambung persoalan rakan nya yang baru meningkat 18 tahun itu.
*haih.. Korang ni nak urut ke nak jadi wartawan melody? Aku sepak sorang-sorang kang tau lah. Aku datang nak release stress. Korang plak duk tanya soklan yg merangsang hormon stressofolia dan enzim tensionamia untuk dirembeskan*
getus hati bengkak pelanggan itu.
'Entah lah dik. Belum tau lagi. Nanti kot. Korang dah lama ke kerja kat sini?'
cubaan menukar topik oleh pelanggan itu mengelak dari ditanya lebih lanjut mengenai topik percintaan, rumah tangga dan reproductivity. (*erk!)
Akhirnya perbualan yang mula menyentuh sensitiviti ulu hati itu berjaya dihentikan.
Dan gadis gadis urut itu pun sudah kurang bertanyakan soalan. Mungkin hormon curiosity mereka telah berkurang akibat terlalu banyak proses perpeluhan berlaku kerana melakukan aktiviti pengurutan.
Kesian!
Mujur, pelanggan yang dilayani itu berbadan kecil dan sederhana. (eh?dah macam industri kecil dan sederhana plak dah! IKS)
Maka tidak lah terlalu membebankan. (haha)
Tambahan lagi, pelanggan itu mempunyai kulit yang lembut dan tidak kasar . (erkkk! Haha)
₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩
Notakakilembut :
Sekarang ni, kemana sahaja kita pergi , selain dari perlu menyediakan air dan tepung penaik bagi mengurangkan kesan asid jika terkena simbahan, kita juga perlu menyiapkan diri dengan terjahan soalan-soalan yang sebegini berserta JAWAPAN yang MANTAP & BERISI.
Contohnya :
1-
Q : 'Ko bila pulak nak kahwen ni?'
A : 'Yang ko tu bila? Sibuk tanya orang. Diri sendiri pun tak laku lagi'
Oh. Itu kalau si penanya tu gadis yang single.
2-
Q : 'Kamu bila lagi? Orang lain semua dah kahwen'
A : 'Saya tengah tunggu makcik masuk meminang saya untuk anak makcik yang grad dari Mesir tu la nih.'
Oh. Itu kalau makcik2 yang tanya. Make sure ko tau yang dia ada anak lelaki yang berprofile tinggi.
Itu sebahagian dari contoh skema soalan dan jawapan yang boleh dipraktikan dimana-mana.
Apa-apa pun, selamat menamatkan zaman bujang buat rakan-rakan sepanjang bulan ini dan bulan depan.
Wanie,Ila,Udeng,Alip - N.Sembilan
Yus,Emi,Kak Yana - Perak
Umi - Selangor
Jaja - Melaka
Jue - Johor
Dan ramai lagi. Selamat Pengantin Baru, semog kekal ke akhir hayat.
*sila play lagu Maher Zain - Barakallah*
posted via Blogaway from Samsung Tablet
posted via Blogaway from Samsung Tablet
May 24, 2011
Angan si anak dara
Mak Dara : Next year akak mesti suruh dia kahwin jugak!
Anak Dara : Eh kenapa plak kak? Kan ker dia baru habis degree? Dah kerja ke?
Mak Dara : Eh! Dah lewat sgt dah umor dia. Lagipon dia dah kerja . Degree part time. Next year habis lah.
Anak Dara : Berapa umor anak akak?
Mak Dara : 24. Tahun depan 25. Apa2 pun mesti kena kahwin. Dia nak sambung master. Akak cakap buat lepas kahwin.
Anak Dara : Woah! Saya nak jadi anak akak boleh? Best nye kalau disuruh kahwin! Baru 24 umor dia kak. Saya pun 25.
Mak Dara : Eh. Akak dulu kahwin 22 tau!
Anak Dara : *Gulp!* Best giler dapat mak macam akak. Mak saya cakap saya ni berat sikit nak kahwin, pasal banyak bendul nak dilangkah. Haih. *sigh*
P/s : Fasa kestressan infiniti akan bermula apabila ramai rakan sebaya menamatkan zaman bujang seperti menekan butang shutdown. Dan pada masa yang sama buku akaun simpanan belum mencecah angka yang *diwajibkan* berkahwin.
Dan pada masa yang sama juga calon pasangan juga belum cukup *haul* untuk masuk meminang. Haish! Pokok pangkal nya SABAR. HAHAHA!
posted via Blogaway from Samsung Tablet
May 23, 2011
Bestnye kan kalau. . . . . .
Bestnye la kan kalau opis kau sejengkal je dengan kekasih kau. Lagi best kalau 1 kampeni. Pagi2 brekpes sensama, lunch sensama, suma kekasih kau bayar.
Bestnye kan kalau balik kerja kau tunggu je kat lobby pastu kekasih kau datang ambik jap lagi. Kau pulak tak payah pikir2 nak isik minyak, nak pikir jem, nak bayar parking. Kau duduk je sebelah tu,tido.Tu pun kalau opis nya dalam kawasan lah. Kalau sorang keje PJ, sorang lagi keje kat Tanjung Malim, tak dapek der dik!
Bestnye kan kalau balik kerja tension2 pastu leh minum2 abc, makan2 nasik goreng kampung ngan kekasih kau. Kau order je la ape pun, tak yah pikir cukup ke tak duit nak bayar, kekasih kau kaye.
Bestnye kan kalau seminggu sekali bila lepas kerja pergi mid valley tgk wayang dgn kekasih kau. Tiket dah book seminggu awal. Sampai2 je, kekasih kau pegi collect dan bayar.
Bestnye kan kalau 2,3 kali seminggu lepas kerja pegi jogging kat taman sensama dengan kekasih kau. Ade sikit penguatsemangat kau nak kurus.
Bestnye la kan kalau ada masalah je, terus call kekasih kau, enitaim! Pasal kekasih kau tak de lah bizi mana kan. Kalau yang gomen tu, lagi releks lah.
Bestnye la kan kalau kekasih kau boleh jadi motivator dan penasihat kau. Ala-ala fadzilah kamsah gitu kan. Huhu
Tapi lagi best la kan kalau dah kawen, segala benda kau buat ada orang temankan sepanjang hidup. Woah!
posted via Blogaway from Samsung Tablet
Subscribe to:
Posts (Atom)