December 28, 2011

Dedicated Post :)


Bak kata pepatah, 'Hanya Jauhari yang mengenal Manikam'.

Bak kata aku, 'Hanya Katijah yang mengenal Mohd Ikram'.

This post intentionally dedicated to my beloved Manikam. Ops. MOHD IKRAM.

Orang kata (bukan aku kata), biasanya orang badan besar ni, hati baik. Disenangi ramai.

So far, sepanjang pemerhatian aku, pendapat tu 60% ada betulnya.Tapi 40% aku jumpa hamba Allah badan besar, tapi hati hanya Allah saja yang tahu.

Alhamdulillah, Mohd Ikram yang bersaiz 'double- zinger-burger' mempunyai pekerti yang baik (SETAKAT perkenalan ini, semoga berkekalan).

Antara sifat & sikap tokoh maal hijrah kita pada tahun ini adalah beliau seorang yang -

Sabar (Sangat!),

Tidak Lokek,

Tidak Berkira,

Sangat mengutamakan keluarga(dan ehem2),

Sanggup berkorban APA SAJA,

Lembut hati dan tutur kata - sama spt mak beliau,

Penyayang,

Baik hati sangat!,

Sentiasa berkeyakinan tinggi walaupun tak periksa hujung pangkal,

Sangat rajin membantu mak memasak,

Dan sebagainya.


Saya sungguh terharu dengan segala pengorbanan yang telah beliau lakukan selama ini.

Termasuklah pengorbanan 'double-zinger-burger-sized' to 'French-fries-sized'.

Oleh kerana itu, saya begitu tegar menyayangi beliau dengan cogankata - 'belum tentu dapat yang handsome n kurus tu setia dan bepekerti mulia'

Semoga Mohd Ikram akan terus berusaha dan berjaya.

Jika berjaya, jangan lupa daratan ye sayang :)





Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

December 27, 2011

Kawan baik gua, Pn.Stressa :)


Kepalahotak gua memang tak boleh fokus kat kerja when it comes to first day hari bekerja selepas cuti panjang.

Kalau kat sekolah dulu, gua agak semangat sikit lah, pasal komfem seharian tak belajar punya.

Cikgu masuk, introduce nama, topik apa, buku kerja hapa yg nak dibeli, buku tulis brapa nak pakai.

Eh. Sebelum tu cikgu kelas masuk dulu bagi jadual kelas. Lantik ketua, AJK segala.

Kadang2, dalam 5 hari tu, ada la 2,3 subjek yang dah mula start topik.

Tu konfem cecekgu yg cemerlang nak ngejor KPI tinggi.

Harini, gua takda mood betul la.

Tadi boss gua jerit, kejap lagi pegi jumpa dia lepas dia habis meeting.

Tapi macam terlupa je gayanya bos aku ni.

Tadi aku duk melantak tosai, buah, dan segala macam makanan dengan dia , dia senyap tak tanya apa plak.

Gua ada beberapa kerja pending yang berzaman.

User gua dah menjerit2 suruh gua betulkan data yg beriban-riban berkecamuk dalam database tu.

Gua stress betul la.

Orang lain yang buat salah.

Gua yang kene setel.

Gua mmg tak suka betul.

Gua bila dah stress, body memang senang merembeskan jerawat.

Nanti gua punya majlis, muka gua ada banyak jerawat, lu orang jangan banyak tanya.

Tu nama nya gua dirundung streaa bekerja yang tiada berkesudahan.

Cepatlah habis waktu bekerja.

Gua nak pegi bangi, buang toksid!

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

December 21, 2011

Winky Wednesday

Bahan Mentah


Nota kaki : 10 hari lagi menjelang 2012.

December 15, 2011

Satu Dan Enam :)

Harini, lucky number saya ialah 1[Satu]  dan 6[Enam].
Ianya kebetulan, dan saya baru perasan!
Kenapa? Jeng! Jeng! Jeng! 

Ticker Yang Pertama : We have been together for 1 year & 6 months :)


Ticker Yang Kedua : bla...bla..bla..1 bla..bla...6 bla...blaa.. until our bla...blaa...blaa...
Ticker Yang Ketiga : bla...bla..bla...1+1 bla..bla 6 bla...blaa.. until our...blaa.. blaa...

The magic was : Derived[Ticker Yang Pertama] - [Ticker Yang Kedua] = 1+1

Sapa dulu masa sekolah teror addmath atau matematik moden,boleh la cuba selesaikan 'magic' kat atas ni. 
Its not really a magic la sebenarnya, tapi it just only 'kebetulan' je :)
Tapi, saya suka hari ini.. hehehe

P/S : Sayang, jom kuar malam nih? walaupun u tak boleh makan malam, tp i still boleh :) hehe 

December 13, 2011

Toungeless Talk #4 : Hampir Ke Situ

pedoman yang kabur

Jika halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerna ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangat mu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

~Lyric/Song by Mendua~

December 12, 2011

What makes u cry?

1- break-up with your loved one?
2- miss your late parents or miss your parent at hometown?
3- homesick while u is far away from home?
4- lonely on your birthday?
5- feel abondoned by everyone?
6- got backstabbed/betrayed by your bff?
7- lost someone/something special & precious in your life?

me, there's can be many reasons to make me cry. 


here, i list a few of them.
what makes my tears come out LATELY.

1 - me in PMS cycle.I can be very emotional for very-very-very tiny prob n issue.
2 - when I got family problem.
3 - when I feel far away from God.
4 - when I fell down to the floor and twisted my ankle pretty badly and It was very hurt!
5 - when my very bff send this to me :-



and tears was streaming down my face.(till now). T__T~


p/s : thank you friend and happy birthday. have fun. 


40 HARI

1-Biasa nya kalau orang jumpa bomoh atau dukun untuk dapat kan sesuatu, mesti dia disuruh berpantang 40 hari.Kenapa? Khuatir apa yang diminta tidak menjadi atau terkena diri sendiri. Percaya?

2-Orang bersalin pun kena betul-betul pantang 40 hari kan?Kenapa? Khuatir nanti bentan. Bentan tu apa? Pegi tanya Mak Bidan!

3-Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. Kenapa? Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Macam-macam lagi lah!

Dan aku juga telah diberi 40 hari dari hari ini untuk?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
. . . . . . . . . . . . . . . . .
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MENCARI CINTA. errrkkkk!!! 

Kalau tak dapat????? T__T 

December 11, 2011

What's on your mind?


I miss him!

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

December 6, 2011

Si Capek @ Galak Nite!

Jumaat neh ada dinner utk jabatan gua.
Buat kat Palm Garden Putrajaya.
Tema nye pepel.

Harini dah hari selasa.
Gua masih tiada pakaian baru untuk ke majlis tari-menari di istana raja makan malam tu!
Gua bajet, boleh lah gua lari kejap pegi jalan TAR time lunch hour.
Tapi sekarang gua dah jadi si Capek!
Terhencut-hencut gua jalan pegi office harini.


Alkesah, gua telah jatuh tersembam akibat kekebasan/kekreman kaki sejurus gua bangun tido pukul 7pm hari Ahad 2 hari lepas.
Bengkak kaki gua!
Dapat lagi sebijik buku lali.
Gila sakit tak hengat!


Maka hasrat utk menyopping baju di Jalan TAR, terpaksa ditangguhkan.
Gua pun tak tau gua dapat pegi ke tak dinner tu nanti.


Aduhai Si Capek @ Gala Nite.

November 30, 2011

Jangan pandang orang sebelah mata ye!

Gua tengok muke selebet je brader technicion ni, mata pun kuyu je kan, rambut pun jurai-jurai..
sekali gua tgk mcm matpit baru lepas SPM pun ada....

Sekali pagi ni dia duk edar kad kahwin daaa.... gile ah bro!!!! 
Impress gile gua! Gua yang keje eksekutip ni pun simpanan pun terumbang-ambing!
Itu laa....uwan-uwan zaman dulu cakap : dont judge a book by its cover! 

Huih? byk jugak duit technicion letrik nih yer? haih~ 
kalau tau, dari dulu dah duk usha technicion. hahaha!!
Tak yah nak engineer-engineer sangat... hahaha!!

Mutiara kata : Rezeki Allah yang bagi tak kira pangkat,darjat,bangsa,agama,warna kulit....So, sekarang...KO NAMPAK ITU PINTU BESSAAARRR???? DENGAN PERINTAH AKU.....GETTTTT OUTTTT KATHYYY!!! PEGI BUAT KERJA!!




November 24, 2011

Oh No!! Malu kot?

Terlalu suntuk masa yang diperuntukkan untuk aku merancang, memikirkan, mengatur, meng'execute'kannya.
Dan ianya BERSEORANGAN!  *mode down & loser activated*

Terkapai-kapai ku kelemasan, di lambung ombak kebingungan. (tibe2 pasang lagu Sudirman kan?)

Aku rasa semua yang aku lakukan dah tak betul,sampai jalan pun aku rasa tak jejak tanah nih!
Aku asik garu kepala, sampai rambut pun tak lekat.
Satubendakejadahapa aku tak mulakan lagi. HAAAIIIHHHH~ *mari mengeluh*

Jika aku punya banyak uwang, memang selesai segalanya sekelip mata.
Arah kan itu, arah kan ini, tunjuk sana, tunjuk sini..nah ini duit. Deal!
Haih! *keluh pendek*

Jauh lagi masanya, tapi debaran nya sudah kuat dirasa.
Sehingga seperti tidak berlari darah dalam salurnya!

Aku rasakan aku tidak mahu melalui semua ini.
Argh!!!
Aku seorang yang pemalu. Oh tidak!!!
Aku rasakan aku masih lagi tidak layak duduk dikerusi itu tersiput-siput menunggu perwakilan!
Macam hampeh!
Malu lagi memalukan. uih! muka aku rasa tebal macam dinding.
Cahaya flash berkelililing konon seperti anugerah skrin.

Tolonglah hentikan debaran ini. TOLONG!

CANT WE DO IT AS SIMPLEST AS POSSIBLE?

November 20, 2011

Kalau Kau dan Aku....


Apa kau rasa kalau kau bercakap dengan orang tapi takda respons?

Apa kau rasa bila kau pokpekpokpek semangat bercerita dengan orang, tapi dia tekun menghadap laptop?

Apa kau rasa bila kau meluah perasaan sampai terluah sekali anak tekak kau dengan orang, tapi dia buat tak tau?

Apa kau rasa bila kau mintak tolong, mintak pendapat dengan orang, tapi dia semudahnya kata tak tau?

Apa kau rasa bila kau macam bercakap dengan dinding?bercakap dengan ayam? Tiada response?

Kalau AKU?

Kalau aku, aku malu.

Kalau aku, aku sakit hati.Sebab aku tak pernah sekali buat kat orang lain macam tu.

Kalau aku, aku sedih.

Kalau aku, aku tertekan.

Kalau aku, aku rasa kecewa.

Kalau aku, aku rasa macam nak NANGIS!!!

Oh. Maka beruntung lah mereka yang mempunyai ramai kawan yang sudi mendampingi nya dan keluarga yang menyayanginya. Lekaslah bersyukur!

Tapi kata orang, walau teruk yang kita alami, ada orang lain lebih teruk dari kita.

Tenanglah.

Fikirkan positif!

:'( isk..isk..isk..  Makkkk...

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

November 15, 2011

November 13, 2011

Chop!!!


"tuthreepurlwantu"

VERY HAPPY!

EXCITED!

BIG GRIN (^_________^)!

MUCH EFFORT!

HARD WORK!

CAN'T WAIT!

MADE IT TRUE!

hehehe!!!!!!!



Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

November 2, 2011

Alhamdulillah


Allah menjadikan manusia berbagai-bagai dan berbeza-beza.

Alhamdulillah, Allah juga telah kenalkan saya dengan orang yang nyata berbeza dengan orang lain. (InshaAllah)

Saya harap sikap nya terhadap saya selama ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Itupun kalau saya kahwin dengan dia lah.

Kalau tidak, saya akan doakan dia sentiasa tenang dan menjadi lebih baik  dari sekarang.

( Dan satu lagi, saya juga mengharapkan supaya berat kandungan yang beliau kandung selama 27 tahun ini akan cepat di hilangkan.

Kesian beliau. Hehe )

Love u ;-)


Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

October 31, 2011

Monday : Another side of work

Monday Morning.

Ada yang sibuk mengejar meeting.
Ada yang sibuk menyiapkan tugasan untuk dateline.
Ada yang sibuk print dokumen segala jadah.
Ada yang sibuk prepare for outstation.

Dan macam-macam segala sibuk lagi lah.

Tapi, ada juga yang sibuk cari tiket Air Asia untuk ke Korea tahun hadapan.
HAHA! Ini memang tak boleh dimaafkan.


Aku pulak, sibuk dengan benda lain.
Sibuk searching kat internet public holidays tahun 2012
Kepala dah mula serabut dan berselirat.
Kerja tak mula lagi.
Aih!



October 23, 2011

And the engine has started!


I've made that decision!

A very-very-very BIG decision EVER!

Yes i did it!

And now, i feel relieve.

Im speechless.

Thank you Allah.



Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

October 20, 2011

Hanya Kepada Allah

Keyakinan itu kadang-kadang datang, kadang-kadang pula pergi.
Mengapa keyakinan tidak kekal dihati.
Ya Allah, berikanlah aku keyakinan dalam hati ini.

Antara teruskan atau tinggalkan? 
THE ONLY CHOICES i have.Take it or leave it? 

Decide wisely.
Allah is always with u,Kathy.
Keep ask from Him.

InshaAllah, u'll find your way - Maher Zain.

October 18, 2011

Tongueless Talk #1

Walauapapuncaranya,pokokpangkalnyaSEDIAatautidak?

Iniberat!berattanggungannyaberatkeputusannyaberatperkaranya.

WahaiTuhanyangmemberikanpetunjukkurniakanakupetunjukitu.Amin.


“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”

October 17, 2011

Chaos + sweet weekend :)


I Love my weekend...

And hopefully i WILL love the next and next and next coming weekend... (except if i have to spend my weekend in office...Huhu)

Thanks to 'u-know-who' for made my weekend with full of colours.. Hehe

Note for him (dia bukan baca pon) : Tolong la pindah PJ/nearest place cepat.. Senang! :-P



Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

October 13, 2011

PMS mode activated~

@_@!

Mood tak berapa nak elok sangat.
Mungkin nak PMS kot sehari dua lagi?

Time ni lah nak rasa sedih, keliru, bosan, sunyi, loser, LAPAR, down, nak nangis, dan banyak lagi kejadah lain yang bercampur aduk silih berganti dan situasi ini hanya akan dilalui oleh perempuan tulen setiap bulan! 

Perempuan celup tak de PMS ok! Kalau ada tu, nama nya memang propa je lebey tewww!

Biasa kalau PMS cam ni, mangsa penyebab keadaan memang takde lah lain. 
Mestilah Encik Po!
Time-time ni lah dia nak sibuk, banyak kerja, tak sms aku langsung, balik lambat, tengah malam baru dapat call. Kaaaannnnnn?
Time-time ni lah dia nak buat hati aku kecik, sakit, geram, tak puas hati.

Pastu, aku pun mula lah fikir nak clash lah, tak serasi lah, tak sedondon lah,tak sehaluan lah, tak amik berat lah, menyampah lah, bukan jodoh lah. Macam2!!

Pastu, jap lagi call,diam je sejam. Cakap sepatah, balas sepatah.
Silent war has been declared!
Pastu sambung balas-balas sms 4,5 pages, luah perasaan. 
Terus sakit-sakit kepala langsung tertido.


Esok nye confirm kibar bendera Jepun!

Ini lah dia perempuan!! Men please take note! 

Encik PO, SILA LAH AMIK TAHU!!  (see? still blaming him)

CONFUSED!



October 10, 2011

Welcome back Po!

Poyo kan? bukan pegi 3 bulan atau 3 tahun pon.
3 minggu je pon kan.

Haha!!

Tapi 3 minggu pun windew jugak taw! he!he!

Muka teruja Po dah balik! *bughok*

Muka teruja tengok ikan bakar..dah lama kot tak dapat?
























































Lokasi : Sekinchan Ikan Bakar , Klang
Menu : Ikan bakar cencaru dan pari, udang bakar (2 ketul), paru goreng berlada, ulam-ulaman
Harga : 40000 Won RM43.70
Banker : Orang kaya baru balik Korea - Encik Po
Komen : Iklan bukan main gah, tapi rasa biasa je. boleh bagi 2.90 bintang~ hehe

Welkemhome dear :)

October 7, 2011

The Last Cross! :)



Finally!!!!!

Its come to the end!

Cant wait to see you! :-D

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

October 6, 2011

Its a very yeeeaaay!



Tak sangka kan?

BUMI sangat pantas berputar atas paksi nya yang mengakibatkan siang dan malam.

Dan bergerak mengelilingi matahari dari hari ke hari.

Subhanallah.

Allah Maha Besar dan Maha Kaya yang menciptakan keajaiban ini.

And now, Po is coming back after 18 days away from Malaysia.

18 days was not so long actually! @_@

Even, 1 year flies at the blink of an eye!


"And in the end,it's not the years in your life that count. It's the life in your years." - Sir Abraham Lincoln

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

October 4, 2011

This is SEWIOUS!!!!



Po is coming back very soon!!!


P/s : kathy, Ko mabuk ker? Tanya rakan seperjuangan.

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

October 2, 2011

I miss HIM soooooo much!!!



Yeah!!

Thanks to God . Time flies super fast.

It got just another five exciting days to go!!

Weeeee <3<3<3<3<3

Cepat!Cepat! Tak sabar! Tak sabar!


Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

September 30, 2011

Time is speeding!



A week more to go!! ^^

Akan ku tunggu.. Detik tiba saat itu! -candy

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

September 28, 2011

Ten more days to go!



Hoyyeahhhhh! Cant wait! Cant wait! :)

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

September 26, 2011

Kerja Kosong!! Kerja Kosong!!

Dalam bulan ni je dekat 10 orang kot tanya.."Kathy, kat tempat ko ade kerja kosong tak"
Letih plak cikjah ni nak menjawab nya. Pasal cikjah bukan kerja kat bahagian yang amik2 orang tu.
Cikjah ni keje sebagai kuli-kuli biasa jer.


Maka sebagai kuli, harus rasanya cikjah mewar-warkan pengambilan untuk pekerja baru.
Untuk lepasan ijazah dan lepasan diploma!
Yang lepasan ijazah, boleh masuk program PEP. (Nak jadi EseyKutip kena masuk program ni dulu)
Yang lepasan diploma, boleh apply technicion! (kaya woooo technicion!)


Apa2 pun, cikjah tak menerima sebarang resume.
Semua permohonan dan resume korang hantar kat SINI (sistem emadis).
Tarikh tutup permohonan 9 dan 10 Oct tau!




Jangan lupa tau!
Pasni jangan tanya-tanya cikjah lagik ye.

September 22, 2011

Akibat dengar Sinar FM setiap pagi??

PENTING! : ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR MEMBOLEHKAN PEMBACA KEMBANG TEKAK DAN MUAL-MUAL DAN BOLEH JUGA SAKIT PERUT SELEPAS MEMBACA. JADI SESIAPA YANG MEMPUNYAI DAYA TAHAN PENYAKIT ATAU ANTIBODI MAHUPUN METABOLISME YANG RENDAH, ADALAH DINASIHATKAN TIDAK MEMBACA ENTRY. IBU-IBU MENGANDUNG JUGA TIDAK DIGALAKKAN.SEBARANG KEMUALAN ATAU RISIKO ADALAH TIDAK DITANGGUNG.DENGAN ERTI KATA LAIN,AKU PUNYA BLOG,TAK SUKA TUTUP MATA,JANGAN BACA.=]


TAHUKAH ANDA apa salah satu akibat layan sinar FM setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat? 

Anda akan membuat satu post yang membuatkan orang lain rasa "yeewww...jiwang giler minah ni"...dan juga orang lain akan muntah nanah dengan kejiwangan anda tu!
Maka dengan itu, anda boleh jawab semula : "Suke hati lah! tak nak jiwang pegi makan bawang lah!" 

Apabila perbuatan mendengar station radio Retro - Sinar FM dalam perjalanan ke pejabat menjadi hobi harian anda, secara otometiknya semua lagu-lagu yang anda tau adalah berunsur RETRO sahaja.
Dan disini gua ingin kongsikan beberapa contoh lagu yang telah menjadi TOP 10 pelaylist Winamp di tablet gua. [Erk!]

Mari dengarkan bersama!


Di tangga ketiga |
Tajuk Lagu : Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu (Juara Lagu 1988 siotttt!!!)
Artis : Siti Fairuz 
Sinopsis lirik :

Apa khabarmu di sana kekasihku
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biarku merindu
Jangan biarku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu..


Di tangga kedua |
Tajuk Lagu : Cinta ku sampai ke Ethiopia (Indonesia punya lagu) 
Artis : Ria Resty Fauzy
Sinopsis Lirik :


Jangankan gunung Fujiyama, puncak Himalaya kuikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Etiopia kuikut kamu
Kalau kamu memang cinta aku, ke kutub utara aku ikut kamu




Di tangga PERTAMA | 
Tajuk Lagu : Abang Sayang Adik Sayang (70's punya lagu maaa) 
Artis : Julie Remie 
Sinopsis Lirik :


Abang  Sayang  Abang  dimana
Hati  risau  mengenang  dikau
Abang  Sayang  hatiku  risau
Lama  di  tinggal  merantau
Jauh  jauh  jauh  dimata



 


DAH DENGARR???? 
[mesti sume pakat ngutuk gua jiwang karat! gua layan retro je...bukan layan rock kapak beb! haha]



p/s : Kalau En Po baca entry gua nih, konfem dia gelakkan gua layan retro!! haha Org tgh kene tinggal, macam2 lagu dia layan!!! hahaha....

September 21, 2011

Tick tock!



16 days left...

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

September 20, 2011

Countdown :)



17 days more... Hehe


September 19, 2011

Mambang Rindu?


Aplikasi pengira-ke-bawah yang baru aku pasang di dalam telefon pintar ku ini menunjukan angka 18.

Ia membawa maksud 18 hari lagi untuk En Po pulang ke tanah air.

Entah mambang mana yang telah mengacau jiwa aku ni.

Sehingga kan aku hilang fokus seharian kerana merindui En Po.

Mungkin Mambang Rindu barangkali.

Malam ini rindu sedikit terubat kerana dapat

ber-bual dengan En Po melalui aplikasi bual di muka buku.

Walaupun tidak dapat mendengar suara, dapat menaip bersama pun sudah cukup bagus.

Haih.haih.haih.

Pastinya orang yang berpengalaman dalam percintaan jarak jauh akan meng-ketawakan kan aku.

Aku peduli apa~ Ketawalah.

Tak sabar nak menanti hari besok, kerana aplikasi pengira-ke-bawah akan bertukat menjadi 17!

Dan tidak lama lagi akan menjadi 1 !!!!!!! Yeay :D

Miss you Po! Cepat balik!



Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

September 18, 2011

Take Care En Po :(


And the time has come!

Malam ni, En Po akan tinggal kan Malaysia selama 3 minggu.

Bukan hanya Malaysia, malah kekasihnya juga akan ditinggalkan.

En Po akan terbang ke Korea.

Seriusly, saya amat risau!

Haih. Apa lah perasaan orang yang ditinggalkan?

Konfirm TAK rindu kan? Ahhh tipu!

Encik Po tak bawa apa2  teknologi pon pegi sana kecuali telefon bimbit.

Macam mana nak berkontek2 nanti. Hurmm. :(

Paling ralat, tak dapat hantar En Po ke KLIA.

Sedih bangat.

Takde sapa nak teman kan, sebab flight En Po malam.

Maka, terpaksa berpisah dengan En Po awal tadi. :(

Haih.haih.haih. Dah mula rindu, pasal saya sedang keseorangan di rumah.

Cepatlah malam,cepat lah siang.

Cepatlah malam balik,cepat lah siang balik.

Cepatlah balik En Po!

Herm. First time kena tinggal buat sementara oleh kekasih hati, macam  ni lah :(

Ermm.. I love you, sayang.



Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

September 13, 2011

Ku ingin bahagia


Ku Ingin Bahagia

Berikanku bahagia

Hidup bebas

Mencari jalan sendiri

Jauhi akan derita

Ku jangan diganggu lagi

Kasihanilah

Ku ingin nikmat bahagia

Menempuh hidup baru

Kata manis sumpahan

Janji akan setia

Curahan ketika kita

Dalam bermesra

Oh itu

Hanyalah godaan

Memujuk hati ini

Oh itu telah pun ku tahu

Diriku telah terpedaya

 http://www.youtube.com/watch?v=uMTtgelxBg8 

Posted via Blogaway (Samsung Galaxy Tab)

September 6, 2011

Law ka na bainana Ya Abi~

KALAU saya diberi satu peluang utk buat satu permintaan, perkara PERTAMA dalam fikiran saya ialah, saya nak minta seorang AYAH.

Saya nak minta seorang ayah macam orang lain ada.
Saya nak minta seorang ayah yang terhebat.
Saya nak minta seorang ayah yang saya boleh bergantung harap.
Saya nak minta seorang ayah yang saya boleh mengadu apa saja.

Ada ketika-ketika nya, saya sangat ingin kan kasih sayang seorang ayah.
Saya merindui jagaan seorang ayah kepada anaknya.
Saya sangat inginkan apa yang orang lain dapat dari seorang ayah.

Ya. Memang saya masih punya ibu.Tapi, ayah lain. Ibu lain.
Sayang sekali, saya tak dapat mengingati atau mengimbas kembali kenangan semasa hayat ayah saya.
Saya cuma dapat mendengar cerita dari mulut ke mulut tentang ayah saya.
Walaupun saya dapat bersama ayah sehingga umur 16 tahun saja.
Saya sangat sedih dan kecewa, kenapa saya tak dapat ingat kembali kenangan semasa saya kecil, semasa ayah masih hidup.

Tapi, jika ayah saya masih hidup dan sihat hingga kini, saya tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan saya.
Ayah saya mesti sudah berumur 74 tahun.
Mungkin lebih bahagia dan tidak 'loser' seperti sekarang.
Bangga nya ada seorang ayah!

Dan jika diberi satu permintaan ajaib, saya ingin bertemu ayah saya di dunia nyata.
Saya nak peluk-peluk ayah saya puas-puas.
Saya rindukan ayah amat-amat.

Saya nak seorang ayah..............



Al fatihah untuk Arwah Abah ~
Semoga ALLAH ampunkan dosa Abah dan tempatkan abah di kalangan orang beriman.. Amin.

Law ka na bainana Ya Abi~

August 24, 2011

Happy Besar Day Encik Po!!

Akibat kekenyangan kemalasan, gua terlepas untuk hupdate lagi satu entry khas untuk encik Po!


Lastweek, pada 18 Ogos bersamaan 18 Ramadhan, Encik Po telah mengulangi tahun kelahiran nya yang ke 2* tahun! Makin tua, makin besar gua tengok Encik Po nih. Tapi, tak jugak kawen-kawen lagi.


Malam tu, gua ajak Encik Po layan KFC depan rumah gua je, pasal gua tau, mana ada orang nak layan KFC buka puasa di taman-taman perumahan. So, amat sesuai lah kalau gua nak buat apa-apa dengan Encik Po.
Eh?? Macam salah je ayat tu? Oppss..


Gua memang dah lama tak layan KFC sebenarnya, tapi bila sesekali dapat layan time buka, orang pun kurang, budak-budak pun takde nak berlari-lari turun naik gelongsor, gua dapat menghayati dua ketul ayam goreng krispi sama cizi wejes dengan penuh kenikmatan di aidilfitri!


Encik Po muka biasa je pasal gua tak nak pegi tempat makan yang dia ajak di hari jadi nya.
Gua bukan apa, tak sesuai kot. Jauh plak tu. Konfem pukul 8 baru dapat makan.


Maka nya, untuk menggembirakan hati Encik Po yang makin membesar ni, gua celebrate la jugak birthday beliau.
Gua pon malas nak story panjang-panjang, layan je lah aksi-aksi teruja di bawah ni.  Muka Encik Po yang super eksaited semasa menyambut hari jadi beliau.




 
Muka teruja #1



Muka teruja #2 - Nyanyi lagu utk sendiri

Siap ada lilin sebatang



Eksaited seumor hidup baru dapat tiup kot? haha


Tak menyaborrr~


Muka happy lagi berseri-seri!


Ni lagi tak menyabor sungguh!


Astaga! Kecik ati ayam kfc sebelah tuh! Langsung tak offer gua!


Makan sorang, tak pandang orang lain!


Muka bajet nak comel kan


Gara-gara tak reti buat tangan gaya love yang budak-budak-suka-korea slalu buat tu..
Jari tak berapa nak runcing!



Camni la buat nye....haihhh! Comel dak???


Ni gua belum ready lagik!


Ganaz giler! orang makan kepala orang!



Memang terserlah kehappy-an di muka Encik Po. Sampai dia bawak balik semua kek-kek tu. Tiada pun untuk aku :-(
Dia cakap : "birthday awak 18.8 ker??"

Ade lagi aksi-aksi keterujaan Encik Po.Sebelum balik tu, aku kasik sikit surprise kat dia.



Senyum memanjanggggg~


Sekema je pose nye. Tp, muka riang dapat sesuatu!


Macam-macam la Encik Po gua nih.
Takpe la janji beliau happy :) Gua pun happy~

Happy Birthday En Po!
Semoga semua impian kamu tercapai =)






Last but not least .... I LOVE YOU...*euuwwww*




 Nota kakikupkek : Kapkek coklat lembap ni, gua tempah kat kakak gua jer. Yang gambar edible plak, gua tempah kat ada sorang mamat ni. :)