August 24, 2011

Happy Besar Day Encik Po!!

Akibat kekenyangan kemalasan, gua terlepas untuk hupdate lagi satu entry khas untuk encik Po!


Lastweek, pada 18 Ogos bersamaan 18 Ramadhan, Encik Po telah mengulangi tahun kelahiran nya yang ke 2* tahun! Makin tua, makin besar gua tengok Encik Po nih. Tapi, tak jugak kawen-kawen lagi.


Malam tu, gua ajak Encik Po layan KFC depan rumah gua je, pasal gua tau, mana ada orang nak layan KFC buka puasa di taman-taman perumahan. So, amat sesuai lah kalau gua nak buat apa-apa dengan Encik Po.
Eh?? Macam salah je ayat tu? Oppss..


Gua memang dah lama tak layan KFC sebenarnya, tapi bila sesekali dapat layan time buka, orang pun kurang, budak-budak pun takde nak berlari-lari turun naik gelongsor, gua dapat menghayati dua ketul ayam goreng krispi sama cizi wejes dengan penuh kenikmatan di aidilfitri!


Encik Po muka biasa je pasal gua tak nak pegi tempat makan yang dia ajak di hari jadi nya.
Gua bukan apa, tak sesuai kot. Jauh plak tu. Konfem pukul 8 baru dapat makan.


Maka nya, untuk menggembirakan hati Encik Po yang makin membesar ni, gua celebrate la jugak birthday beliau.
Gua pon malas nak story panjang-panjang, layan je lah aksi-aksi teruja di bawah ni.  Muka Encik Po yang super eksaited semasa menyambut hari jadi beliau.




 
Muka teruja #1



Muka teruja #2 - Nyanyi lagu utk sendiri

Siap ada lilin sebatang



Eksaited seumor hidup baru dapat tiup kot? haha


Tak menyaborrr~


Muka happy lagi berseri-seri!


Ni lagi tak menyabor sungguh!


Astaga! Kecik ati ayam kfc sebelah tuh! Langsung tak offer gua!


Makan sorang, tak pandang orang lain!


Muka bajet nak comel kan


Gara-gara tak reti buat tangan gaya love yang budak-budak-suka-korea slalu buat tu..
Jari tak berapa nak runcing!



Camni la buat nye....haihhh! Comel dak???


Ni gua belum ready lagik!


Ganaz giler! orang makan kepala orang!



Memang terserlah kehappy-an di muka Encik Po. Sampai dia bawak balik semua kek-kek tu. Tiada pun untuk aku :-(
Dia cakap : "birthday awak 18.8 ker??"

Ade lagi aksi-aksi keterujaan Encik Po.Sebelum balik tu, aku kasik sikit surprise kat dia.



Senyum memanjanggggg~


Sekema je pose nye. Tp, muka riang dapat sesuatu!


Macam-macam la Encik Po gua nih.
Takpe la janji beliau happy :) Gua pun happy~

Happy Birthday En Po!
Semoga semua impian kamu tercapai =)






Last but not least .... I LOVE YOU...*euuwwww*




 Nota kakikupkek : Kapkek coklat lembap ni, gua tempah kat kakak gua jer. Yang gambar edible plak, gua tempah kat ada sorang mamat ni. :) 














August 15, 2011

Menantu ke Anak Hantu???

Apehal ntah, balik kampung minggu ni asik mak gua bukak topik kawen jer?
Haih. Mak gua plak tak sudah-sudah mengusik gua, tapi lepas tu tanya gua dengan soalan yang gua sendiri keliru nak jawab...

Antara satu soalan mak gua yang gua rasa dah 2 kali beliau utarakan sebelum :

"Kau dah betol-betol ko dongan budak tuh?"
"Napa?Betol-betol camna mak?"
"Yolaah, kok ado pilihan lain plak?"
"Errr...Betol la mak, takkan plak ada banyak pilihan"

Tapi gua rasa mak gua nak buat ayat macam ni la :

"Kau dah takde pilihan lain ke selain budak tu?"

Okay, apa uols rasa kalau mak bapak uols tanya macam tuh.
Konfim 'bakal dan bekal' uols tu tak menepati ciri dan piawaian mata mak bapak uols!


Tapi...tapi....tapi....
Dalam keadaan yang lain nya pula, mak gua tu macam bagi la plak gua kawan dengan budak tu.

Gua saja la pancing line, pasal gua memang dah lama nak tanya soalan nih.

Gua  tanya : "MAK!!! kalau raya ni nak poie rumah budak tu buleh tak mak?"
Mak gua boleh plak tergolak sikit dan senyum. (Dalam hati beliau : "Biar boto budak ni?)
Then, mak gua cakap, "poie lah.....kalau buleh tu bawak la kawan, jangan la poie sorang"
(Sapa nak ikut guaaa?????)

Dalam hati gua plak ...Yabedabeduuuuuuuu!!!!!!
Pasal tahun lepas mak gua tanya...
"Ko dah ponah jumpo mak dio ko?"
"Belum mak, apasal? "Tak do lah,tak yah la poi doh, malu yo.."

Ok. Mak gua tak bagi, pasal tak manis kot anak dara datang rumah mak bapak boipren sorang2...

Gua pon konfius dengan mak gua ni.
Bagi ke tak bagi nih?

Tapi, ada satu masa tuh, mak gua baru lepas solat kot? 
Tiba-tiba mak gua cakap sesuatu.

"Ingat tak pakcik yang kito jumpo kek pasar tadi?"
"Napo lak mak?"
"Dio ado anak laki , mudo lai, kojo kerajaan"

PERGGHHHHH!!! gua memang dah agak. Pasal cara pakcik tu usha gua tadi mesti ada sesuatu! Berpusing pala pakcik tuh.

"Pastu? dia tengah carikan menantu utk anak dia ke mak?"
"Ha'ah....tapi anak dia nak carik cikgu~"

Dan.....
Kalau lah gua ni cikgu....dah lama mak gua sain agreement sama itu pakcik!
Haiyolaaah!
Tapi, gua tak sure anak pakcik tu keje apa , hensem ke dak, gemok ke kurus ke...
Yang gua tau, umor dia dalam 24 kot? [Muda dari gua?? mmg tak laaa kan!]
Pastu dia keje hospital. Tapi gua tak tau apa pangkat dia.
Majistret hospital? Guard hospital? Attendan hospital? Pemandu ambulans? Nurse? Doktor Sakit Puan? Pakar Bius? mahupun pengarah hospital?

Tapi, bagi kebanyakan orang-orang tua, sapa yang keje hospital atau keraajan,
Maka, itu lah cOlan-cOlan yang terbaik utk dijadikan menantu!


P/S : Boleh tak nak kawen lambat lagi, tapi usia makin lama makin tua. :)

August 4, 2011

DRK : Edisi frust menonggeng!

Gua frust beb! Bila gua frust gua jadi lapar! Gua pun tak tau pasalpa gua PERLU frust?
haih..haih..haih...
Tapi memang gua tak puas hati tapi gua still redha la kan.
Apa boleh buat.

Ini response member baik gua bila gua cakap gua frust :





Gua cakap : "Entah lah, tiba-tiba gua nak frust.. pe maknenye tuh? haha"

Dah lah, gua pun tengah lapar ni, jap lagi gua nak borong CREAMPUFF sploh bijik sekotak RM4.50 kat lobi bawah. Harini gua last tak poase! Yahoo!

Huuuuu..sebbek gua pun ada member nak layan sama-sama frust dengan gua...gua pun tak sure apa masalah dia ni....cer tanye! cer tanye!



Adoi...bini den lari ikot jantan lain....
apo den dah tak cukup hensem ko??

August 3, 2011

DRK 2011 : Diari Ramadhan Katijah - Siri 1

Harini dah 3 Ramadhan dan aku belum sempat lagi menunaikan ibadah puasa dan lain-lain.

Tapi Ramadhan tahun ni agak berbeza sikit dari tahun-tahun lepas.

Kalau orang lain sibuk update status depa

"1st time puasa dengan hubby..happynyeeee"
"1st time puasa as a wife.. :) "
"1st time puasa as a mom..."
"1st time buka dan sahur sebagai isteri orang.."
"1st time masak sahur untuk husband"
"1st time....1st time...1st time...1st time...."

Bagi aku plak, "1st time tak dapat puasa dan tarawikh hari pertama.."  and   "Still single lagi bulan ramadhan ni" haha!

Azam aku tahun ni nak masak je, tak nak beli kat bazaar.
Kalau beli pun, setakat kueh-kueh singgit duehingget. je.

Hari pertama aku dengan kakak aku masak sambal ikan bilis sama puding milo je.
Pasal lauk kenduri yang kami tapau dari kampung tu, banyak lagi.

Hari kedua, aku meredah jammed ke Bangi lepas kerja. Ada hal sikit.
Maka singgah belikan kueh pelita, murtabak dan air kelapa laut untuk kakak aku kat Bangi sana.

Hari ketiga, aku plan nak goreng ikan bilis bawang aku yang dah lembab tu buat stok. Busuk kemain.
Dengan aku nak buat dadih, pun buat stok simpan dalam peti.
Tapi balik kerja ni aku ada plan lain. Ngeeee :)
Time tak puasa ni la panjang langkah aku.

Esok, Inshallah aku akan start puasa :) Alhamdulillah...
Harap dapat banyak buat ibadah.

INSHAALLAH.

P/S : Rasa nya gaya penulisan aku kali ni macam karangan budak tengkatan 3 Anggur je! HAHA!

August 1, 2011

OMG! Tak Puasa??

Buat pertama kali nya di umur baligh ini, aku tak dapat sama-sama berpuasa dengan umat Islam yang lain.
Juga tidak dapat merebut ganjaran solat sunat tarawikh malam pertama. (Juga malam kedua dan ketiga mungkin)
Keuzur-syar'ie-an yang menghalang aku berbuat demikian.
Tapi seingat aku adalah sekali dua sebalum ni aku missed malam pertama solat tarawikh atas sebab apa, tak pasti.
Rugi sangat rasanya tahun ini.
Dan mengikut kiraan ahli ilmu hisab, aku juga bakal tidak berpeluang menunaikan solat sunat hari raya tahun ini.
Mungkin juga tidak dapat merebut ganjaran pahala 7 malam-malam akhir Ramadhan.
[Eceh, macam la sebelum ni berusaha kan?]
Tapi, Ramadhan kan setahun sekali.
Dan mungkin ini yang terakhir untuk aku kan? Sapa tahu..

Perkara-perkara yang aku tak berkenan semasa bulan puasa :-

1- Aku uzur dan tidak boleh puasa, then tak boleh juga makan di office. Walaupun aku dah breakfast dirumah, tetapi akan lebih lapar di tengahari akibat pengaliran paip yang terlampau 'heavy'.

2- Baru sehari dua puasa, kedai-kedai dan shopping complex dah mula pasang lagu raya! Please! Please!

3- Peniaga di bazar/pasar Ramadhan jual kuih dengan harga tinggi, bersaiz kecik, berkuantiti sedikit, dan rasanya totally OUT! Sekadar mengaut untung dipinggit bibir saje. [Maka solusinya, saya berazam untuk masak tahun ini! :) ]

4- Status-status di facebook sibuk update pasal makan-makan,baju-baju,ucapan-ucapan etc..etc..
'Cliche' gile statement semua orang...Ermm..pasal pakai baju kurung 1st ramadhan pun nak update ke? Lain lah kalau pakai baju melayu ke, jubah ke, purdah ke, 1st ramadhan, baru la ada kelainan. :)
[Tapi CikJah nak pesan, kalau pakai baju kurung hari-hari sampai bila2 lagi baik diknon..jgn 1st ramadhan je, 2nd ramadhan uols pakai kemeja n slack saiz kanak2...]

5- Dan lain-lain....

Selamat Berpuasa kpd semua muslimin & muslimat.
Rebutlah segala pahala dan ganjaran yang berlipat kali ganda dibulan ini
dengan melakukan sebanyak-banyak kebaikan dan amal ibadat.

"Anda buat, anda dapat"
Inshaallah