Juga tidak dapat merebut ganjaran solat sunat tarawikh malam pertama. (Juga malam kedua dan ketiga mungkin)
Keuzur-syar'ie-an yang menghalang aku berbuat demikian.
Tapi seingat aku adalah sekali dua sebalum ni aku missed malam pertama solat tarawikh atas sebab apa, tak pasti.
Rugi sangat rasanya tahun ini.
Dan mengikut kiraan ahli ilmu hisab, aku juga bakal tidak berpeluang menunaikan solat sunat hari raya tahun ini.
Mungkin juga tidak dapat merebut ganjaran pahala 7 malam-malam akhir Ramadhan.
[Eceh, macam la sebelum ni berusaha kan?]
Tapi, Ramadhan kan setahun sekali.
Dan mungkin ini yang terakhir untuk aku kan? Sapa tahu..
Perkara-perkara yang aku tak berkenan semasa bulan puasa :-
1- Aku uzur dan tidak boleh puasa, then tak boleh juga makan di office. Walaupun aku dah breakfast dirumah, tetapi akan lebih lapar di tengahari akibat pengaliran paip yang terlampau 'heavy'.
2- Baru sehari dua puasa, kedai-kedai dan shopping complex dah mula pasang lagu raya! Please! Please!
3- Peniaga di bazar/pasar Ramadhan jual kuih dengan harga tinggi, bersaiz kecik, berkuantiti sedikit, dan rasanya totally OUT! Sekadar mengaut untung dipinggit bibir saje. [Maka solusinya, saya berazam untuk masak tahun ini! :) ]
4- Status-status di facebook sibuk update pasal makan-makan,baju-baju,ucapan-ucapan etc..etc..
'Cliche' gile statement semua orang...Ermm..pasal pakai baju kurung 1st ramadhan pun nak update ke? Lain lah kalau pakai baju melayu ke, jubah ke, purdah ke, 1st ramadhan, baru la ada kelainan. :)
[Tapi CikJah nak pesan, kalau pakai baju kurung hari-hari sampai bila2 lagi baik diknon..jgn 1st ramadhan je, 2nd ramadhan uols pakai kemeja n slack saiz kanak2...]
5- Dan lain-lain....
Selamat Berpuasa kpd semua muslimin & muslimat.
Rebutlah segala pahala dan ganjaran yang berlipat kali ganda dibulan ini
dengan melakukan sebanyak-banyak kebaikan dan amal ibadat.
"Anda buat, anda dapat"
Inshaallah
No comments:
Post a Comment