June 30, 2009

express update.

Dah lama aku x blogging.
blog ni ada masalah dengan Internet Explorer(IE).
blog ni hanya bestfriend dgn Mozilla Firefox je.
jadi, terpaksa lah aku block dulu access pada semua orang.
sebab, rata2 orang gune IE.
jadi,tak nak lah mereka view blog ni tunggang langgang.
takpa lah.
lagi pun aku cam tak da masa nak update macam2 cerita sekarang ni.
malas pun ye gak.

sekarang, aku tengah pikir camna nak upgrade diri aku ni.
down gila dalam segala hal.
kadang2, datang plak mode sensitive.
sume perkara aku nak amik hati.
kenapa? ntah. tapi,sometime je la.

kerja lak.masih belum datang rezeki lain.
maka, perlu bersabar dan bertabah dan bersyukurlah dgn apa yg ada sekrang.

oleh kerana aku ni sangat suka berfikir, maka semua benda aku nak fikir.
benda kecik,bende besar, benda lama, benda baru..
suma aku nak packed dalam kepala.
camna lah aku tak mudah jadi stress?.
ntah.dah aku suka berfikir.
nak bersukan,x da kawan, masa dan tempat.
nak bershopping, x da la tiap2 hari kot? pokai aku camni.
nak berkahwin, seru masih belom sampai lagik.
nak 'ber-' apa lagi? berak??

ok lah..banyak lagi nak taip.
tapi,bukan masa yg sesuai kot?
kene tunggu blog ni jadi stabil dulu.

sampai jumpa lagi~~


June 4, 2009

Dugaan menghapuskan dosa

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Hadith Muslim dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.
Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!”

Kemudian sabda baginda pula: ”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

Huraian Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)


source : myadha

p/s: Astagfirullah al azim..

June 2, 2009

Angka oh Angka

Sila lah perhatikan statitik ini..


Statistik ini telah saye captured dari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) semalam.
Ini adalah statistik maklumat jawatan dalm JPA bg jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Agak mengejutkan juga lah dan menggerunkan..
lantas berkata "konfirm aku x dapek deh"..

cuba tengok..
Application seramai : 12513! angka yang begitu besar.
Yang disenaraipendek untuk temuduga : 2778 org. [saye,salah seorang nye!]
Kekosongan jawatan : hanya 236 !!

dan yang paling mengharukan..
Calon simpanan atau calon menunggu (dah macam johan menunggu plak!) : 300 org!!

Saye pun tak pasti ape dia calon simpanan nih..
tapi lebih kurang macam.. kalau ada kekosongan tu baru lah mereka ni dipanggil..
kalau tak ada..hold dulu la..mengikut tempoh yg diberi.
antara jenis sebab kekosongan :
1-calon yang berjaya mereject offer.
2-pegawai bersara. [tggu la smpai org tu tua!]
3-pegawai mati.[nak senang, pegi bg minum racun]
dan lain-lain lah.

setelah menggoogle... ramai yang telah menjadi calon simpanan kene tggu dlm setahun.
lepas setahun expired lah status tu..
perlu pengambilan semula..
tp, ade yang paling cepat..sebulan...
[apo nih?? x paham den!]

abis tu...yang seramai 2778 dipanggil interview ni untuk ape?
konfirm2 la untuk jaid pelapis calon simpanan kot?
asal x jadi kueh lapis sudah!

tapi, mungkin la ade 1% kot calon temuduga yang berjaya terus mendapat status lantikan.
hoh! dan saye berkata.. "boleh ke aku dapat nih? pegi mimpilah!"
mungkin kalau ade lah rezeki disitu, sekadar menjadi calon simpanan aje lah.


tiba2 teringat kata2 yang tercatit kat dinding sekolah dulu2..

Jika ada 1000 yg berjaya,aku diantaranya.
Jika ada 100 yg berjaya,aku juga diantaranya.
Jika ada 10 yg berjaya,pasti aku dianataranya.
dan jika ada 1 yg berjaya,maka AKU lah orgnya.

dan aku mengubah kata2 ini menjadi..

Jika ada 12000 yg memohon, aku diantaranya,
Jika ada 2000 yg dishortlisted, aku juga diantaranya,
Jika ada 236 kekosongan,pasti aku diantaranya,
dan jika ada 1 yang berjaya, mudah-mudahan akulah orangnya.

wah...sungguh bermotivasi tak??
saje la tuh nak sedap kan hati sendiri.

ape pun..doa lah..usaha lah..ikhtiar lah..tawakal lah..
Insyaallah.


p/s : kerja oh kerja..Mak,sila luluskan permohonan berhenti kerjaku.. :(