Tahun dua-puluh-sepuluh bakal meninggalkan aku. Yang tinggal hanya lah masalah kerja yang semakin menggunung yang aku sendri tak pasti bila aku akan dapat selesaikan masalah2 ni semua.
Amat lah terseksa jiwa raga apabila melihat rakan-rakan sekerja yang lain dapat bercuti dan bersenang lenang di penghujung tahun.
Tapi aku? Masih lagi tersekat dengan timbunan masalah yang datang nya dari orang lain, dan WAJIB diselesaikan oleh aku!
Baru sekarang aku terasa berapa kejam nya dunia berkerjaya.
Penuh dengan cabaran dan rintangan yang tiada pilihan untuk aku pilih!
Dek kerana terlalu memikirkan kerja, aku terlupa untuk memperbaharui azam aku untuk dua-puluh-sebelas!
Lebih teruk, aku juga terlupa untuk membuat belanjawan berhemah untuk kewangan aku sepanjang dua-puluh-sebelas!
Begitu banyak perkara yang bermain dalam benak kepala aku, yang belum sempat aku nak sorting satu persatu.
Ini kerana masalah kerja yang semakin menggunung telah menguasai 3/4 dari kerusi-kerusi dalam parlimen kepala aku.
Ya Allah, aku memohon agar Kau permudahkan bagiku urusanku.
Dua-puluh-sebelas..
Aku harap kehadiranmu akan memberi berbagai sinar dan semangat baru untuk aku terus maju dan berjaya dalam hidup!
Gagal merancang bermakna merancang untuk gagal!
dh mcm wakil rakyat awk nyer luahan hati ni...sabar la katy...dunia berkerjaya mmg begini....
ReplyDelete