Ok.Ok
Minggu ni takmo tulis-tulis pasal stress pasal ada reader yang dah turut sama stress berjemaah dengan saya. (Hehe!)
Lagi pun, minggu ni adalah 'Countdown Week'.. Kalau stress-stress, abis lah mood itu!
Lagi pun (lagi), minggu ni saya berhasrat untuk berpuasa 5 hari berturut-turut.
Moga dipermudahkan untuk membayar hutang yang 'berbelen' 6 hari ini.
Insyaallah. Tapi, baru pukul 9.49 pagi ISNIN ni, perut saya ni dah berkecamuk meminta makanan. Nafsu je tu!
Maka, wajib lah saya mendidik nafsu saya ni supaya tabah dan bersabar.
Berpuasa kan antaranya menahan lapar dan dahaga serta mendidik dan menundukkan nafsu.
Maka saya pun menggoogle apa hukum nya jika membatalkan puasa ganti / wajib tanpa ada sebarang keuzuran yang terdesak?
Ramai yang keliru sama ada boleh berbuka atau tidak kalau dah lapar sangat kan?
Soalan:
Apakah hukumnya membatalkan puasa ?
Jawapan:
Hukum membatalkan puasa dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah berdosa besar dan wajib mengqadhakkannya
Sumber:
kemusykilan
Noted disitu TANPA sebarang keuzuran. Kalau boleh berjalan dan masih boleh melakukan kerja (dalam aircond) plak tu, tidak dikira sebagai uzur ye. Lepas tu, siap boleh bergosip dan sebagainya, sudah tentu2 tak boleh buka puasa kan?
Maka didik lah hati dan nafsu supaya bersabar.
Countdown Week : 4 days to go!! *Senyum lebar*
senyum lebar juge... :D
ReplyDeletechaiyo katy!!! jgn buka2.....
ReplyDelete