Memang agak kuat dugaan nye kalau berpuasa di bulan BUKAN Ramadhan ni.
Mana tak nya, SETAN dan nafsu berkeliaran!
Kan orang kata setan semuanya diikat semasa bulan Ramadhan.
Sekarang Rejab.
Semua orang pun majoriti nya sibuk mengejarkan pahala puasa sunat Rejab.
Tapi aku sibuk nak menggantikan puasa yang tertinggal Ramadhan lepas.
Itu lah, pemalas nak ganti awal-awal kan?
Jika puasa harini berjaya dikekalkan, maka ada lebihan 6 hari lagi untuk di lunaskan dengan segera.
Sebelum terpecahnya "empangan" dan terkibarlah bendera Jepun pada bila-bila masa.
Setiap kali berpuasa ganti semasa hari kerja, memang sangat menduga iman.
Yelah, orang kiri kanan makan itu, makan ini.
Yang kita, time-time berpuasa ni lah teringin itu, mengidam ini.
Hari lain yang tak puasa tu, tak de selera lah, malas makan la, diet lah!
Haih! manusia..manusia T__T
Harini, niat berpuasa ganti untuk hari keempat TIDAK berturu-turut.
Pagi-pagi datang pejabat, menguap sana, menguap sini.
Time-time macam ni lah mengidap Radix coffee, Pearl Kacip Fatimah, Kopi O food court.
Hati tu kalau diikutkan hasutan syaitanirrajim, memang dah lama dah pegi breakfast!
Tapi iman masih kental!
Nak dijadikan cerita, tadi aku berselisih dengan beberapa makcik cleaner yang menjinjing makanan dalam polisterin dan air teh O ais di depan lorong lif.
Dalam hati aku : "Uih! tapau makanan! ape lah lauk yang diorang tapau. Mesti sedap!.....Uiks!! Teh O Ais!! Menitik-nitik air diluar plastik kerana proses kondensasi. Sedap nyaaaa~~~"
Mak cik cleaner (serentak) : "Oh mak kau jatuh...jatuh!!jatuh!!"
Aku pon terkejut! Damn!
Fail ditangan aku jatuh terjelepok atas lantai. Sian fail. Nasib baik bukan aku yang jatuh.
Punya lah tergodanya aku dengan polisterin tuh! aishh~
Kathy...kathy.....another 6 days to go sayang!!!
p/s : 10 HARI LAGI MENUJU PUNCAK!!!
hahahha...Oo Emm Jii...sampai terjatuh pail nya yer cik katy....dugaan melampaui batas tuu....nasb x gi sedut air kondensasi tuu....hahaha....
ReplyDeleteI have 1 day to go!!! (tu la yg paling liat skali)
hahhaa...dugaan tu...puasa berseorangan....
ReplyDelete