Aku tak paham.
Kau dengan kawan rapat sendiri (yakni aku) bukan main kasar.
Suka hati nak marah2 aku kalau salah aku.
Tunjuk macam kau hebat sangat.
Samapai aku takut nak bersuara apa-apa.
Semua aku anggukkan saja kehendak dan pendapat kau.
Pendapat kau tepis.
Selagi kau tak menang dengan aku.
Tapi bila kau kalah dengan orang lain, senang je kau tersenyum dan menerima.
Sekali dengan suara manja kau.
Dengan aku memanh tak pernah.
Tapi dengan orang lain kau bukan main lembut bercakap.
Aku tak faham kenapa.
Aku atau kau tak pernah bermesra bermanja seperti kau bermesra dengan orang lain.
Boleh ke aku cakap kau hipokrit?
Suara kau bukan main manja lembut baik dengan orang lain.
Kalau dengan aku (yakni kawan rapat kau) bukan main tegas, kasar, menusuk hati.
Kalau bercakap memanjang memang kau yang betul.
Aku punya cakap memanjang memang salah 100peratus di mata kau.
Aku tau kau memang kawan yang baik.
Baik. Baik dan baik.
Serba serbi.
Tapi kau macam tak perasan atau tak mengerti yang sebenarnya kau sentiasa menyakiti kawan kau ni.
Aku tak ingin membenci kau.
Sebab kau memang kawan yang baik. Baik .Baik dan baik.
Tapi aku tak tau apa dalam isi hati kau.
Baik atau sebaliknya.
Aku sabar dan terus bersabar demi sebuah persahabatan.
Sehingga ke anak cucu, akan aku ceritakan segala kebaikan kau sahaja.
Moga jika aku pergi buat selamanya kelak, aku harap kau sudi cium dahi aku buat kali pertama dan terakhir.
Supaya aku tidak terkilan dan pergi dengan tenang.
No comments:
Post a Comment