Ok dah masuk 2 hari berpuasa sebagai?
Sebagai isteri yg bertanggungjawab menyediakan makanan berbuka dan bersahur utk keluarga.
Peh...Memang mantap dan mencabar. (baru kau tau?)
Nak fikir MENU je pun dah cukup mencabar.
Kalah soalan KBKK darjah 5!
Lagi satu bab bangun sahur.
Aku ni ikut mood je, kadang-kadang liat memang takde la sahur.
Kalau bebujang, kakak aku tolong sediakan. aha!
Aku tau bangun amik pinggan pastu makan.
Sekarang tak mampu dik nak buat camtu!
Ni tahun pertama berpuasa dengan Encik Suami yang kononnya berazam nak kuruskan badan.
Kite tengok! celah mana yang kurusnya nanti. hehe
Bagi aku yang cepat lapar sakit perut puasa macam budak-budak tak tahan nak bukak puasa segala bagai, tahun ni aku cuba bersahur dengan benda alah 3 beradik ni.
Ramai yang bagi feedback positif dan memberangsangkan. So, meh Kak Ton cuba plak!
Tengok comey ke tidak??
Setakat 2 hari ni, belah pagi memang out!
Gua mengantuk sakan mengalir-alir air mata.
Mana tak nya, orang tak biasa bangun pagi.
Lepas tu, 6.30 dah bergerak ke office. Pukul 7 dah sampai!
Perut pun ada la mengadu-adu sakit sikit-sikit sebab tak dapat sarapan.
Belah petang, so far, not bad.
Perut tak de sangat meronta-ronta menagih makanan macam selalu puasa ganti tu.
Mungkin baru 2 hari kot... Tak sabar nak tunggu lagi beberapa hari lagi, tunggu encik perut saya ni dah biasa.
Encik Suami, pada mulanya bersetuju nak join the club.
Hari pertama memang minum ni dan Kak Ton goreng kan samosa je.
Feedback, So far dia kata, petang baru lapar.
Tapi hari kedua, aku macam kesian plak , mungkin dia tak biasa kot sahur menda-menda sihat macam ni.
Kak Ton pun sediakanlah sahur konvensional.
Nasi & Sambal Sardin.
Nasib baik dah siap masak malam nya, pagi tadi lewat sangat terjaga!
Lagipun, makan pagi-pagi tak yah nak hebat-hebat sangat.
Dah nama pun puasa. Maksudnya menahan lapar dan dahaga.
Puasa kalau tak lapar dan dahaga tu, kau tidur lepas sahur, bangun lagi 5 minit sebelum buka!
Then u feel no hungry & thirsty!
Yang penting kita perlukan tenaga.
Setel bab sahur.
Semalam menu berbuka kami pun konvensional jugak.
Nasik dan lauk.
Lauk aku dah siap tapau kat office 2 macam.
Balik rumah tinggal goreng sayur sama goreng sardin untuk sahur nanti.
Bukan apa, peti ais Kak Ton tu baru nak dapat nyawa 2 hari lepas.
Tak sempat Kak Ton nak restock.
Kena order dari Encik Suami.
Barang-barang asas nak masak semua takda.
Yang ada ayam, ikan, cili kisar.
Sambal je la yang lepas. hehe
Harini, peti ais dah ada isi.
Menu berbuka petang ni dah dikenalpasti.
Walaupun tak pernah pun buat, tapi bagi Kak Ton cuba dulu. First try katanya!
Harap menjadi dan cukup rasa.
Sebab semalam dengan penuh kehampaan pertama kali sambal sardin Kak Ton gagal!
Puncanya, Kak Ton memang tak reti masak kalau tak dapat rasa. Mesti nak kena rasa.
So, main agak2 je la letak garam & gula.
Hasilnya pedas & pahit.
Then lepas tarawikh, En Suami meng-alter sikit sambal tu.
Letak asam sama garam sikit, tapi suruh aku jadi tukang rasa. haha.
Harap menu harini menjadi dengan mantop.
Selamat Berpuasa!
Sekian Diari Ramadhan Kami .... Jumpa lagi!

Perghhh hebak la k.ton ni....
ReplyDeleteNanti menu harini tu share la resipi kat sini...
Boleh kita kecur2 air liur tgk....
Nk try x janji laa...hahaha...
Kt mcm ikram lak...mesti nak nasi jgk...x dpt masa buka, sahur kena mkn...kehkeh
hahaha... kalau sempat snap liza....
Deleten kalau rajin update nye mcm kome heheh