Hari ini hari ke-7 bulan Februari.
Marilah berazam dan merancang perjalanan hidup untuk bulan ini.
Semoga Allah melancarkan segala apa yang kita rancangkan.
Sedikit coretan kesyukuran sepanjang Januari sebagai pembuka tahun 2012.
1- Dari sudut kerjaya, sebagai penguat semangat untuk lebih gigih dan 'harga' atas segala stress (konon), Alhamdulillah saya telah mendapat ini. :)
Atas segala usaha saya berfacebook, berblog, berchatting di pejabat. Segala usaha datang lambat ke pejabat.'Harga' atas segala kerja yang pending dan masih belum dibuat. Akhirnya... :-P
Dan sedikit 'durian runtuh' untuk tabung KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Perkahwinan) saya. Tunggakkan untuk lebihan gaji sepanjang 2011 telah dibayar oleh majikan. Syukur :)
2- Dari sudut kehidupan peribadi pula, Alhamdulillah saya kini telah mengemaskan kini status facebook menjadi seperti ini :)
Dan sekeping gambar untuk dikongsi. Eksklusif hanya di blog ini. hehehe
Inshallah, semoga Allah memberkati hubungan ini, dan memudahkan segala urusan kami selepas ini.
Alhamdulillah, bersyukur atas segala rezeki ini.
Semoga ALLAH sentiasa menjadikan diri saya hamba yang bersyukur dan mengingati-Nya dikala susah dan senang.



Perghh perghh perghh....tahniah di atas semua kejayaan anda...hidup, kerjaya, kewangan, segala2 laahh.....staff of the month tuu....pheewwwiiittt....
ReplyDeletehehehe thank u thank u.... lama dah ni hehehe
ReplyDelete