May 25, 2011
Antara aku dan gadis itu! !
'Lembutnya kaki akak ni kan?
'A'ah,lembut la. Biasa kaki orang kasar!'
Bual remaja yang semakin menginjak dewasa sambil menyapu minyak serai keseluruh kaki pelanggan itu.
'Ha? Lembut? Err.. Lembut ke? Sebab belum kahwin kot dik? ' (*eh?suka hati je aku menghipotesis jenis kaki wanita bersuami dan gadis sunti)
Ujar pelanggan yang sebenarnya dah kembang kempis menahan bangga.
'Eh. Kitorang pon belum kahwin kak. Tapi, kaki kitorang kasar' keluh salah seorang gadis urut itu.
'Entah lah dik, agak nya selalu rendam dalam softlan kot?' jawab pelanggan itu bersahaja.
'Kak, akak dah tunang?'
'Ha? Tunang? Ade kesan bekas pertunangan ke kat kaki aku?' getus pelanggan itu dalam hati.
'Ker, on the way kak?' terjah seorang demi seorang.
'Eh. Belum lah. Tak tau lagi . Kenapa?' balas pelanggan itu malasly. (erk. Malasly? Haha)
'Tak lama lagi la kak kan?'
'A'ah la kak, umor akak pon dah 25.Sesuai sangat la tuh'
cadang gadis urut berusia 22 tahun itu menyambung persoalan rakan nya yang baru meningkat 18 tahun itu.
*haih.. Korang ni nak urut ke nak jadi wartawan melody? Aku sepak sorang-sorang kang tau lah. Aku datang nak release stress. Korang plak duk tanya soklan yg merangsang hormon stressofolia dan enzim tensionamia untuk dirembeskan*
getus hati bengkak pelanggan itu.
'Entah lah dik. Belum tau lagi. Nanti kot. Korang dah lama ke kerja kat sini?'
cubaan menukar topik oleh pelanggan itu mengelak dari ditanya lebih lanjut mengenai topik percintaan, rumah tangga dan reproductivity. (*erk!)
Akhirnya perbualan yang mula menyentuh sensitiviti ulu hati itu berjaya dihentikan.
Dan gadis gadis urut itu pun sudah kurang bertanyakan soalan. Mungkin hormon curiosity mereka telah berkurang akibat terlalu banyak proses perpeluhan berlaku kerana melakukan aktiviti pengurutan.
Kesian!
Mujur, pelanggan yang dilayani itu berbadan kecil dan sederhana. (eh?dah macam industri kecil dan sederhana plak dah! IKS)
Maka tidak lah terlalu membebankan. (haha)
Tambahan lagi, pelanggan itu mempunyai kulit yang lembut dan tidak kasar . (erkkk! Haha)
₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩₩
Notakakilembut :
Sekarang ni, kemana sahaja kita pergi , selain dari perlu menyediakan air dan tepung penaik bagi mengurangkan kesan asid jika terkena simbahan, kita juga perlu menyiapkan diri dengan terjahan soalan-soalan yang sebegini berserta JAWAPAN yang MANTAP & BERISI.
Contohnya :
1-
Q : 'Ko bila pulak nak kahwen ni?'
A : 'Yang ko tu bila? Sibuk tanya orang. Diri sendiri pun tak laku lagi'
Oh. Itu kalau si penanya tu gadis yang single.
2-
Q : 'Kamu bila lagi? Orang lain semua dah kahwen'
A : 'Saya tengah tunggu makcik masuk meminang saya untuk anak makcik yang grad dari Mesir tu la nih.'
Oh. Itu kalau makcik2 yang tanya. Make sure ko tau yang dia ada anak lelaki yang berprofile tinggi.
Itu sebahagian dari contoh skema soalan dan jawapan yang boleh dipraktikan dimana-mana.
Apa-apa pun, selamat menamatkan zaman bujang buat rakan-rakan sepanjang bulan ini dan bulan depan.
Wanie,Ila,Udeng,Alip - N.Sembilan
Yus,Emi,Kak Yana - Perak
Umi - Selangor
Jaja - Melaka
Jue - Johor
Dan ramai lagi. Selamat Pengantin Baru, semog kekal ke akhir hayat.
*sila play lagu Maher Zain - Barakallah*
posted via Blogaway from Samsung Tablet
posted via Blogaway from Samsung Tablet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahahhaha...awk ni pergi berurut kat mana ni....??? B to B ke apa....hahahhahaha
ReplyDeletepelanggan kaki lembut = kathy
ReplyDeleteHalyzaqiut. - B to B to kejadah aper? X paham lerr
ReplyDeletePelanggan hati lembut juga hahaha
ReplyDeleteantara gadis~~ lalalalla~~ :D
ReplyDeleteB 2 B = bride to be...(aminnnn)
ReplyDeleteB to B = utk bacaan 20 tahun ke atas....lol
ReplyDeletenora -- Bride to be??? Amin.....40x
ReplyDeletehaLyZaQiut -- i baru 19th