Seperti kebiasaan, rakan sejawat yakni pemandu kami,
Seorang lagi rakan pula menukar tempat duduk dari tempat duduk penumpang di belakang ke sebelah pemandu.
Dan aku pula, sedang menghulurkan duit kepada pemandu untuk membayar
Belum pun sempat 3 minit berlalu untuk semua pergerakan menjadi sempurna, tiba-tiba kami di HON oleh sebuah kereta dari arah belakang!
Sebuah mini cooper yang sudah kecabukan usia membunyikan hon kepada kami.
HONNNNNN!!!!! eh silap!!! BONNNNNNNNNNN
(Entah cemane gaye bunyinyer pun awok tak hingat, tapi besor ler bunyi nye macam bunyi lembu!)
Wanita pemandu nya!
Terkejut kami dibuatnya.
Sudahnya, hutang tak dibayar, kemarahan pula yang terkeluar.
Rakan sejawat kami terus beredar dengan tergesa-gesa dari tempat kejadian meninggalkan kami bertiga di situ.
(Terkulat-kulat awok tengok deme pergi. Tak sempat awok nak bayor hutang mcdonel minggu lepas! Awok dah macam hape manggey-manggey deme dengan duit seploh ringget kat tangan)
Belum sampai 3 minit lagi dah kena hon?
Pengawal keselamatan disitu pun tidak "kecoh-kecoh" kerana mereka faham pemandu sedang menurunkan penumpang.
Dan kami pun beredar dari kawasan tersebut menuju ke lif untuk naik ke pejabat.
Sepajang dalam perjalanan mulut-mulut kami bertiga tidak habis-habis memarahi serta memaki-maki
perbuatan wanita-pemandu-cooper-cabuk tadi.
Sungguh tidak berpuas-hati dengan sikap angkuh dan tidak sabar nya.
Dan pintu lif pun terbuka. "GOING UP!" jerit mesin suara di lif itu.
Kami tidak mengendahkannya, tetapi terus dengan cerita serta kemarahan dan diselitkan sedikit cacimaki perangai perempuan tadi.
Hanya ada 5 wanita sahaja dalam lif tersebut.
Kami bertiga terusan bergelak-ketawa-berdekah-dekah diselangi dengan bebelan ketidakpuasanhati.
Tapi kami tidak mengendahkan kehadiran 2 lagi wanita tersebut.
"34th floor!!" Jerit mesin suara di lif itu menyuruh penumpang nya keluar!
Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, wanita yang keluar dari lif itu bersuara.
Kuat dan lantang!
Tapi kurang jelas apa yang disebutnya.
Mungkin "GEDIK!!!" atau "DAMN IT!!!"
Dan kami pun terdiam!
Juga wanita lagi seorang pun turut terdiam.
Aku : "Eh, awok rase ntah-ntah, itu perempuan yang hon kita tadi tu tak?"
Rakan Satu : "Eh, yela! rasanya!"
Rakan Dua : "Eh, betul lah!!! aku yakin itu dia!"
HAH!!! SUDAHHHH!!!!!!
OUPPSS!! Awok tak sengajerrrr! Maapkan lah awok..Awok bukan kenal mikerrrr~~~~HEHEHE!
Dalam perasan tidak tersangka kami itu, terselit jua perasaan puas hati kerana berjaya memanaskan hati wanita tersebut.
Biar dia tahu dan sedar, sikap kesabaran,tolak ansur, budi bahasa, menghormati itu penting dan perlu disematkan di dalam hati semua rakyat Malaysia. KITAAA BAKORRR!!! (eh! Over!)
Tapi dalam masa yang sama, aku khuatir jika bertembung lagi dengan wanita itu dimana-mana, seperti di surau atau di cafe.
(Mau kuah lontong panas2 tu dicurahnye kat tudung awok! Tak ke melecoor leher awok nanti??)
MORAL of the story : Kawal lah emosi dan hon anda sebaik mungkin. Jangan mudah membunyikan hon sesuka hati kepada pengguna jalan raya mahupun pejalan kaki atau penumpang yang baru turun kereta.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Behind the scene : Yang sebenornye, awok memang dah perasan perepuan yang masuk dalam lif tadi tu, memang pemandu kereta cooper tadi. Memang SENGAJA awok mulakan cerita dan bercerita lebih-lebih, kasi ayat pedas-pedas, laser saner sini, perli jangan cakaplah! Pasal awok mmg pantang dengan orang yang suke hon-hon ni. Nak2 lagi perempuan! Kecoh betol! Puas hati awok ni.
Orang kater, cakap siang pandang-pandang, MEMANG awok saje pandang pon!
hehe~
la...cepatnya dia naik lif sama ngan korg....kah3....kelakar giler....melayu ke...??
ReplyDeleteHahahah! Sumpah lawakkkk!! Klu awok pun, awok bakor je mikerrr.. Kite bakorrr jeee.. =))
ReplyDeletehaLyZaQiut -
ReplyDeletepempuan tu passing keta tu kat ade sorang laki tuh...
aku tak pasti dia melayu atau punjabi? melayu kot
Fathiha Zainal -
hahaha!!! siryes, lepas ni naik lif , takut jer...
kalau2 terjumpa dia...keh keh keh