October 19, 2010

Kerja mu, bukan kerja ku~

Baru pukul 11 pagi.
Aku kepenatan.
Vena kava dan vena pulmonari aku dengan pantas mengepam dadah darah selaju-lajunya.
Semenjak jadi setiausaha sulit ni, hidup aku agak hipokritus sikit. haha!
Pasal apa?
Pasal aku kena buat dan kerah orang buat benda yang merimaskan ramai orang, termasuk lah diri aku sendiri.
Ala-ala macam jadi pengawas la masa zaman sekolah dulu.
Ini tak boleh, itu tak boleh, kene buat macam gini, kene buat macam itu.

Kat opis aku ni, mengamalkan sistem 5S.
Menatang ape 5S tu?
Semak,Semak,Selerak,Serabut,Serabai!
eh! Bukan.Bukan!



Bukan aku tak sokong depa ni nak amalkan sistem ni, tapi berpada-pada la.
SKEMA tak beragak-agak! Aku pun secara tak langsung nya terpaksa menjadi skema jugak!
Annoying gile kalau :
  • Air pun tak bleh letak atas meja.Makanan apetah lagi.Tercekik jugak aku sebab kehausan dek ketiadaan ari disisi.
  • Laci pun tak boleh simpan makanan.Tikus lagi la tak boleh!! Setakat gula-gula mentos ke, asam masin, tak kan tak boleh ye dak? Bukan aku letak char kuey tiaw ke, nasi goreng ladna ke dalam tuh!
  • Alat tulis suma kena pakat susun dalam laci baik2.Letak drawer no 1, drawer no 2 kena taruk barang peribadi saja, macam telekung ke, pad ke. Tapi, pad yang belum guna la!
  • Tak boleh ada selipar jamban bawah kubikel. Mau tergeliat lutut aku nak mencangkung kalau pakai heels!
  • Semua benda perlu dilabelkan.Termasuk lah tong sampah! what the shit!? Budak tadikan pun tau objek itu dilahirkan sebagai tong utk dibuang sampah! Paling annoying, monitor, CPU,even mouse pun ada jugak yang rajin melabelkan. bodo la weh!
  • Ntah, macam-macam lagi lah peraturan nya. 
Bukan aku tak mau ikut,tapi adakalanya ia akan jadi lebih menyusahkan dan merimaskan.
Kalau tahun lepas, memang aku buat benda ni langsung tak ikhlas.
Masa audit datang, aku dengan kawan-kawan aku, pakat duk kumpul barang-barang "haram", sorok dalam surau! Surau kat sini, depa tak audit.

Kalau kat asrama sekolah dulu, panggil spotcheck.
Masa warden dan pengawas nak spotcheck dorm, segala jenis barang "haram" macam majalah hiburan, walkman, minyak wangi, novel, gambar lucah pakwe (tapi dulu aku takde pakwe, skrg ada! haha), handphone, rokok(kalau ada) dan lain-lain semua kami pakat duk sembunyi dalam baldi,dalam tandas, dalam baju dan tidak ketinggalan dalam baju-baju kecik (Handphone muat la!)

Tapi, tahun ni,aku dengan secara rasmi nya dilantik menjadi S/U selama setahun untuk melaksanakan sistem ini dan seterusnya mencapai sijil pengiktirafan apekejadah ntah.....
Maka, dengan penuh jitu dan ikhlas aku terpaksa memikul tugas ini.
Kerja perlu ikhlas bai..!! Japgi, duit yang ko duk bagi kat mak bapak tu tak pasal-pasal duit haram.
Hanya kerana buat kerja tak ikhlas.
(Tulis blog dan main FB masa kat opis, pun  dikira mencuri tulasng tau! Tapi, aku sekarang tengah menunggu auditor datang untuk audit kawasan opis aku ni.)

Errghhh! Aku tengah sejuk, sweater plak aku dah simpan dalam locker aku, sebab sweater tak boleh letak belakang kerusi! Kena pakai..! Macam syilake..!





5 comments:

  1. wowww........secretary sexy ada di sana...nk gi meeting lagi la...hahaha...

    sume barang nk kena label tu mcm ada melampau gakla...x kan la fail, mesin potostat sume nk dilabel...kalau x label, apa org guna mesin potostat tu jadi msin basuh baju ke apa...

    ReplyDelete
  2. haLyZaQiut -- of course...fail mesti la berlabel...
    tapi, kalau ko masuk kat mana2 premis 'kompeni' aku ni, ko takan jumpa barang yang takde label... hahaha

    ReplyDelete
  3. oh ye...salah satu tujuan labelling ni adalah utk memastikan barang tu berada di tempat yg sepatutnya.
    cth kalau printer, label la kat dinding tu "PERINTER" ... so, kalau printer hilang , orang akan tau la... ekekekekke :p

    ReplyDelete
  4. hahaha......ooo, org akan tau...eh eh sape yg kebas printer ni...hehhe...bgus2...1 Disaster Recovery yg baik... ;D

    ReplyDelete
  5. Tak la... org akan tau, printer tu dah takde... tu je... ekekekekkee :P

    lagi satu, org tak boleh letak benda lain kat tmpat tu, selain dari printer..

    camtu la kot formula nya.. ahhaha

    ReplyDelete