Langsung takde tumpuan kat kerja.
Lantas aku datang sini, utk meluahkan apa yg terbuku di hati.
Encik S dan Encik S dan Encik S.
Ape mende mengkadak atas ni? Meh aku kasi tau.
Dalam beberapa purnama
Hidup aku
Atau nama di
ORANG KATA, hidup berk451h 54y4n9 ni tak selalu nya bahagia.
Kadang2 ia buatkan diri kita didatangi 'Encik S' lagi.
Atau...Encik Serabut!
Serabut memikirkan segala masalah yang sepatutnya tak perlu dipikirkan sgt pun!
Betul tak???
Kemudian.
Selepas beberapa purnama bersama Encik S tadi.
Aku mengambil keputusan utk 'mencari' teman hidup yang baru.
Kononnya,nanti beliau akan memudahkan perjalanan hidup aku.
Dan akhirnya,dtglah dalam hidup aku sesuatu yang bernama Encik S juga.
Atau nama
Ia berupa sebuah tungganggan-mampu-milik masa kini yang sgt dikenali.
ORANG KATA, hidup berk3r3t4 ni tak selalu nya senang.
Kadang2 ia buatkan diri kita akan lebih didatangi 'Encik S' lagi.
Encik Serabut!
[Kdg kala ia dtg bersama2 rakan sejawatnya Encik Susah dan Encik Sengsara]
Cuma Encik Sengsara cuma hadir bilamana seseorang dihimpit masalah kewangan utk menampung kos hutang
Maka Encik Sengsara akan mendampingi hidup seseorang itu.
[Dah macam skrip Zainal Arifin dlm misteri nusantara plak!]
Manakala Encik Susah pula datang bila sesuatu tunggangan ditimpa musibah seperti..
1-Disagat atau 'dicium' dari arah depan/belakang oleh tunggangan orang lain.
2-Mendapat 'surat cinta' dari abang baju biru / putih, atas kecuaian pemilik tunggangan.
3-Ditimpa masalah2 yg tidak diingini iaitu menjadi mangsa
[Nauzubillahiminzalik.Minta dijauhkan dari kita semua..Amin.]
Tapi,Encik Serabut tetap akan datang mendampingi bilamana tiba masa2 tertentu.
Cth seperti:
1-Bulan depan, kena pergi 'pasang badan' (servis) tunggangan aku.
2-Bulan depan, kena bayar insurans,cukai jalan tunggangan aku.
4-DSB
Boleh juga dimasukkan sekali kos-kos hidup harian sesuatu tungganggan yang boleh mendatangkan Encik Serabut.
1-Minyak
2-Kos tempat letak tunggangan
3-Kos laluan tunggangan di lebuhraya. (Tol)
4-DSB
Betul tak???
Mungkin pemilik2 tunggangan boleh memberi anggukan lemah tapi setuju dengan statement diatas.
****************************************************
Untuk situasi aku sekarang,
Semua Encik2 S diatas sedang mendampingi aku.
Kecuali Encik Sengsara.
Encik Susah baru-baru ni cuba menjinakkan dirinya utk mendekati aku bilamana Encik Sajingga, tunggangan aku disagat 'mesra' oleh seekor 'lembu liar' di jalan raya.
Lantas Encik Sajingga mendapat cedera yang tak berapa ringan dan di beri rawatan sebagai pesakit luar di klinik Perosak Kedua (Perodua).
Alhamdulillah,Encik Sajingga kembali pulih dan bertenaga.
Cuma ada sikit parut-parut manja utk dibuat peringatan.
Tapi,genap beberapa seminggu selepas Encik Sajingga dirawat,
Encik Susah datang lagi.
Kali ni,apa yang dipanggil mudguard pada kaki Encik Sajingga telah rebeh (jatuh) dan dimakan oleh tayar yang berkelajuan 110-120km/j.
Astagfirullahalazim. =(
Nasib baik tak jadi apa2 yg buruk pada para penunggang dan penumpang Encik Sajingga.
Puncanya, besar kemungkinan disebabkan oleh kecuaian mekanik2 di klinik Perosak Kedua itu dalam membaiki Encik Sajingga tempohari.
Skru yang menyambungkan mudguard pada skirting telah tercabut atau terlupa pasang.
Membuatkan lama kelamaan mudguard akan jatuh terkulai apabila tunggangan ditunggang dgn laju!
[Bukan salah aku menuggang Encik Sajingga dgn laju]
Tapi, keadilan dan maruah Encik Sajingga dan aku perlu ditegakkan.
Makanya, aku perlu mengamuk menuntut bela ganti rugi di klinik itu semula.
Hati aku sakit bila mengenangkan mamat-kerek-macam-celaka yg bertanggungjwb melayan kereta aku tempohari.
Siap ko lepas nih!
Grrrr!!!
Pembaca, sila doakan aku berjaya menegakkan benang yang TAK basah!
p/s : Entry ini tiada diselit kan gambar2 berkaitan Encik S, kerana ia sangat confidential.TQ
'Ramainye' Encik S.. Dalam 'ramai2' tu, ada 'sorg lg kena cari, En Sabar. Huhu~
ReplyDeleteFathiha Zainal -- HEHEHE..betul tuh....!!!
ReplyDeletelupa lak ade g satu la.... Encik STRESS hahaha
Mmg SAKIT bila hadapi semua itu serentak...adehhh...
ReplyDeletehaLyZaQiut -- Tu baru bab tunggangan...
ReplyDeletebelum masuk bab hantaran dan hiasan dalaman... (eerrkk!!!)
setahun lepas tu nak pikir pasal anak2 punya persekolahan....
hahahhaha
hhhaa...giler kentangggggg.....
ReplyDelete