Mujurlah kontrak yang ditandatangani tempohari hanya untuk sebulan sahaja.
Kalau lebih dari sebulan..alamatnya, mati kering la aku!
Tadi pun,kepala jadi berat dan mata agak berpinar2 sekali bila melihatkan baki semasa wang gaji terakhir aku.
Memang mengucap panjang, disambung lagi dgn ayat-ayat
Terus termati keinginan dan nafsu aku nak membeli dan membelah itu dan ini,juga selera untuk menikmati sepinggan Snack Plate hari ni.
Apatah lagi untuk meneruskan niat murni aku nak membelikan satu bucket hot and spicy untuk dijamah bersama keluarga di rumah.
Wuu..hatiku gundah gulana mahu menantikan hujungnya bulan november ini.
Ketika itu baru lah bibir mampu tersenyum indah bila skrin ATM tu memaparkan baki wang simpanan aku.
Buat sementara ini,terpaksalah aku ikat perut, ikat tekak, ikat rambut..eh!!?
ikat NAFSU tu yang paling penting!!
Ermm..
Lusa, bermulalah satu lagi episod baru perjalanan hidup aku.
Berdebar memang berdebar.
Lain benar debaran nya.
Nak kahwin pun tak berdebar macam ni kot. (Eh!!? Bila masa aku kahwin tah!)
Bak kata Encik F, esok adalah misteri.
Dan misteri itu lah yang begitu mendebarkan nih.
Bak kata Encik I pula,kalau tak berdebar, tak best la kan?
Ape punya kata2 lah ini? huhu~
Ermm..
Esok, dah kena check out dari rumah pusaka ini.
Tapi,barang masih berselerakan.
Buntu apa yang mahu dibawa,dan apa yang mahu diangkut.[Eh sama la tuh!]
Bukan apa, aku masih tak nampak lagi destinasi
Mungkin akan terus dipostkan kemana2 stesen/jabatan.[Bangsar,perhaps.]
Mungkin akan perlu menjalani latihan lasak di Lumut, tak pasti berapa hari.
Sudahnya, untuk menghilangkan kebuntuan itu..
Lantas, aku menjenguk2 Facebongek ini yang seringkali kekurangan perhatian dari tuannya.
Lalu, aku mencoret dan
Kerana, selepas ini mungkin Facebongek ini akan lebih bersawang dan berhabuk2..
Kawan2...Kalau agak2 tempat ni dah bersawang, sudi2 lah kiranya membersihkannya ya.
Okeh,harus berhenti menaip di sini dulu.
Urusan melipat kain dan menyumbatkan nya ke dalam luggage masih belum selesai.
Jadi,moga jumpa lagi nanti.
Kenanglah aku dalam doa-doa mu selalu.
[Jangan lah duk kenang aja, doakan lah sekali, OK!]
p/s : Malam ni ade dinner Tok Mat Hassan dgn penduduk kampung Bongek ok!! sila lah jgn jeles :)
yaah...sronok...masuk ke satu pengalaman lain pula...
ReplyDeleteall d best 2 u katy.....=)
gud luck KT!!
ReplyDeletelong time not see ur page... ahahah
ReplyDeletethanks babes!!
ReplyDelete