Setelah blog ini membuat macam2 hal yang sgt menyakitkan hati.
Aku merajuk untuk update blog ini utk bbrapa ketika.
Tp,harini aku rindu.Jadi kita buat express update sajalah.
Kini aku sibuk membilang hari.
Hari2 penting dalam September ini.
Tp,kata mereka..lagi dibilang, lagi lambat lah tibanya.
Yang terhampir ialah.hari temuduga.[cuak dan takut]
Kemudian, ialah hari berbuka bersama rakan2 lama.[pentingkah ini?]
Seterusnya, ialah hari dimana mengingatkan aku akan kematian.[oh.umurku akan bertambah]
Laginya,hari terakhir saya di "sini".[Merdekakah aku?atau Menderitakah aku selepas ini?]
Dan yang paling2 ditunggu ialah hari bermaaf-maafan lah.[Habiskan puasa dahulu lah!]
Serta...banyak lagilah tarikh2 penting September ini.[Penuh kalendar aku mark.]
Ermm..
Ada 1 perkara yg aku perasan, yg acapkali berlaku dlm bulan September ini.
Ianya ialah air mata kudus aku ini paling lah mudah mengalir.
Terlalu sensitif dgn keadaan sekeliling mungkin?
Dan terlalu memikirkan apa yang terjadi.
Org negri9 kata "cengeng".
Cengeng pun cengeng lah.
Aku guna air mata aku.Bukan minta air mata org lain.
Hati aku,aku yang rasa.Orang bukan tau.
Mungkinnya aku dah tak setabah dulu kot?
Hemm..semalam pun menitik jugak air mata akibat karenah KTM dan teksi.
Waduh.Rapuh hatinya mcm biskut.
Hemm...
Cakap pasal hati.
Aku teringat beliau dan dia.
Mereka itu memang memberikan aku sakit hati lah.
Menyesal pulak terlibat dgn konspirasi mereka.
Dan menyesal juga kenal mereka2 ini.
Sudahlah.mahu ON mode silent dgn mereka.
Oklah.cukup dulu mengimbas perkara2 sedih.
Nanti aku cuba carik2 "happy story" utk dikongsi.[Itupun kalau ada laa.]
Jumpa lagi.
p/s : Currently addicted dgn lagu2 Rabbani pulak.
"Biarpun Mata Terpejam
Kasih Tetap Di Hati
Terukir Peribadi
Segirang Matahari
Memancar Hari Sanubariku..
Berseri Menerangi
Tak Terputus Khalimah
Sekilasnya Cahaya
Segalanya Kudratku
DariMu.. Ya Allah
Memberi Jalan Yang Diredhai..OlehMu...
Penyuluh Di Malam Hari"
Kasih Tetap Di Hati
Terukir Peribadi
Segirang Matahari
Memancar Hari Sanubariku..
Berseri Menerangi
Tak Terputus Khalimah
Sekilasnya Cahaya
Segalanya Kudratku
DariMu.. Ya Allah
Memberi Jalan Yang Diredhai..OlehMu...
Penyuluh Di Malam Hari"
katy, jgn nangis2 slalu...=(
ReplyDeleteinsyaAllah la liza.
ReplyDelete