Maaf sudah lama meninggalkan blog dan juga menguncinya dari capaian anda.
hidup belakangan ini agak penat lah.
tiada masa yg sempat diperuntukkan untuk melayan blog ini.
hanya sempat membuat lawatan ringkas ke blog2 rakan-rakan saja dan melayari buku muka.
Dan ape yang saya perhatikan,nampaknya kebanyakan mereka benar2 sibuk menghabiskan sisa-sisa akhir kehidupan mereka sebagai pelajar...
[Lyza,lets flashback our memories..huhu~]
.Yang sibuk
.Yang sibuk membentangkan hasil titik peluh mereka sepanjang semester akhir.
.Yang sibuk membilang sisa-sisa hari peperiksaan..
.Yang sibuk tidak tidur belajar sampai pagi untuk peperiksaan akhir. [sy ucapkan, padan muka study last minit dan semuga anda tidak repeat semester!]
.Yang sibuk mengambil photo kenang-kenangan bersama rakan,pensyarah dan di semua sudut2 universitas.
.Yang sibuk mengemas barang,
.Yang sibuk melayan perasaan sedih dan hiba untuk meninggalkan alam universitas.[sabar ye kawan2]
.dan Yang sibuk menempah baju untuk hari konvokesyen mereka!..[heh!!entah bila pun x tau,entah dpt grad ke tidak??]
tak lupa juga mereka yang sibuk mencari kerja..mencari wang besar dan mencari jodoh...huhu~
hahaha..palinglah mengimbau kenangan lalu dengan berstatuskan seorang pelajar dan lebih "eksyen" lagi sebagai pelajar tahun akhir..
kepada mereka2 yang berada di sisa-sisa kehidupan seorang pelajar.....
saya ucapkan selamat datang ke alam kerjaya!!
SEMOGA anda BERJAYA mencapai cita-cita anda semua..
[tak kesah lah nak jadi ape pun! cikgu ke,guru besar ke,jururawat ke,jurutera ke,pakar diet ke,pakar IT ke atau penganggur sambilan ke..]
jgn risau,rezeki ada dimana-mana..
[nampaknya makin byk la persaingan kpd aku yang nak carik kerja baru nih...huhu =p]
kepada mereka2 yang masih banyak lagi semester pengajian...
saya ucapkan...Jumpa anda di puncak kejayaan!! [ceh! ni ayat ciplak..hehhe~]
Ape lagi eh..?
ini ucapan khas dedicated utk encik I***M...sudah kerja nanti jgn lupa belanja saye!
ok la..saya tinggalkan anda dengan chorus sebuah lagu dendangan Khatijah Ibrahim ft. Ramli Sarip..
[sungguh klasik edisi kali ini]
*****
Sejarah mengajar kita...
Menjadi lebih dewasa..
Meniti arus angkara..
Lupakan kisah lalu..
Teguhkan tugu imanmu..
Doaku buatmu kalian...
Menjadi lebih dewasa..
Meniti arus angkara..
Lupakan kisah lalu..
Teguhkan tugu imanmu..
Doaku buatmu kalian...
*****
wahh, nama ku ada di situ...
ReplyDeletehhu...
jgnla suruh kita imbas...
nk bergenang ayaq mata suci ini...
di kala masing2 keributan...
tidak dpt membezakan antara rumah atau pusat pembuangan bahan kitar semula...
kerana kertas Jung Typology Test dan well being terlampau byk...
hahahhaha...
kenangan itu manis skali...rsa sperti mahu terkena kncing manis..