March 29, 2009

balik KL..



Adakah pada masa depan, Malaysia juga akan begini???

*****

weekend sudah habis..
masa utk pulang ke kota..


biasalah,perlu naik komuter.
sudah tentu2 hari ini ahad.
hari di mana semua orang mahu pulang ke kota.
student2 U mahu pulang ke kolej.
budak2 sekolah mahu pulang ke hostel.


juga,couple2 mahu keluar dating.
plus warga2 endon,bangla dan lain2.
semuanya memerlukan perkhidmatan komuter utk kemana2.
tapi, ptg ini amat maha dahsyat ramai nye umat yang bersesak2 berebutkan komuter.
ditambah lagi dgn kelewatan komuter yang rosak......


aduhai...sepanjang perjalanan seremban-kl sentral, tiada sekelumit ruang pun di dlm komuter.
[mujur anak kecil ini dapat duduk..hehehe~]
lebih teruk, pintu nya perlu ditutup sendiri oleh pemandu!
paling aku x berkenan dgn sikap orang2 ni ialah mereka langsung tidak memberi ruang pada orang2 yang mahu keluar dari perut komuter.
lagi mahu ditolak2!!
langsung tiada kesedaran!

*****

dalam kepadatan dan kesesakan komuter itu..
aku hanya mampu memerhati kan gelagat2 manusia..
yang couple2 itu..suke la kan train itu padat dan sendat..
dapatlah berhimpit2 sesama sendiri, berpeluk2 sakan..

dan ade pula mengambil peluang masuk jarum..
di suatu sudut, kelihatan seorang adam sedang mencuba nasibnya dgn 2 orang hawa..
aku tak berapa dgr apekah ayat yang cuba disusun..
tapi,riak wajah nya dapat ku baca 1 per 1..
dan di akhir stesen, mungkin ayat2 nya menjadi..
dan beliau berjaya mendapatkn nombor telefon wanita2 tadi..
berbunga2 muka beliau..
[konfim! lagi 2,3 bulan aku mesti jumpe lagi mereka ini..dan mereka pasti sudah couple!!]

*****

perjalanan pulang ke kota weekend ini sangat haru..
tren lambat.
tren rosak.
orang super-duper ramai.
hari hujan.
perut lapar.
kempunan ayam golek di kampung.
bas super lambat.
pening kepala.
hari sudah malam.
........sampai rumah tepat 9 malam.

*****

sungguh penat.
esok perlu bangun pagi,pergi kerja.

selamat malam..........

p/s:esok 30hb la...its payday!! ..hehe..sedang membuat kunci kira-kira....ermm..masih belum cukup utk mengorder sebuah myvi...hanya cukup utk order perodua sorong saja...wuwuwu~


7 comments:

  1. katy, kalau KL jd mcm dlm gmbr tu..
    confim org x sempat nk ngurat kan...
    sesak sgt...
    xde ruang dan peluang...haha

    ReplyDelete
  2. em.
    kalau ada encik boifren hantarkan pulang mmg sgt heaven gila tahu.
    haha ;p

    ReplyDelete
  3. owh..yeke Da?..
    gimana kalau en.boifren juga hanya ade stereng kretapi..
    bukan stereng vios?
    mmg sgt hell gila~ hahahha... =p

    ReplyDelete
  4. kalo ko xnak sesak2 dlm tren, nak kete sndri cepat2, sila kontek aku....heh!

    ReplyDelete
  5. afif: asal lak kene kontek ko? ko tokey kete keh? atau ko nk jual cik bibah a.k.a cik viva ko tu? huhuhu~

    ReplyDelete
  6. heh..nak antakan ko g keje..xmo ke?

    ReplyDelete
  7. afif : wah...spt kate ida..mmg heaven sungguh lah kalau ade yang mahu anto kan~~~~

    ReplyDelete