February 17, 2009

kezutan [Part 2]

'kemalangan' hari ini dimulakan dgn kelewatan bangun dari tidur akibat kepenatan semalam.
kemudian,dimalangkan lagi kepenuhan bas yang menyebabkan ia tidak mahu berhenti.
[sudah jam 9 pagi nih..]
dan dikeruhkan lagi dgn kesilapan pemandu teksi memasuki simpang di roundabout utk ke office aku.
[bukan saje bertambah lewat malah tambang teksi juga bertambah,kerana ia bermeter]

malang mmg takde bau kan??

hari ini memang agak terkezOt lah jugak kan bila masuk office.
posisi kedudukan of course la sudah berubah kan.
tapi yang paling 'haru' amat ialah nama aku ditampal sebesar2 di depan monitor aku.
utk menunjukkan itulah my new position.
[nih,tidak lain dan tidak bukan mesti kerja mista eric! siape lagi kok berani macam-macam sama gue??]

owh..tidak perlu lah menampal serba serbi itu semua.
sudah seperti mahu menghadiahkan aku sebiji monitor pule.
sudah terang-terangan aku seorang saje yang menggunakan PC di pejabat.
yang lain nya semua menggunakan komputer riba milik syarikat!!
[aiyaa..kalut la ini apek..aku rasa macam mencari publisiti plak..eeeiii!!]

aku akhirnya ditempatkan diantara dinding dan encik kelvin.
dan dikelilingi oleh 3 ekor kumbang yang berbangsa cina.
[termasuk lah mista eric..]

aku tak nampak plak die belah pagi, tapi after lunch baru dia masuk.
[suke la tu, dpt duduk dekat dgn aku??!! senang ko nak buli2 aku..]
tapi hari ini beliau dapat bad headache.kesian.
itu pun mahu mengadu sama saye ke? makan la penedol..aiyoo~

sesi petang hari ini sangat menyakitkan hati,kepala dan telinga aku.
office di sebelah tengah buat renovation.
memang pencemaran bunyi sungguh.
gerudi sana sini..atas bawah..kiri kanan..depan belakang.
owh..amat tension sekali kerana aku kini beradadi sebelah dinding!!!

harini semua orang pun buat kerja guna gigi dan kaki utk menaip di keyboard.
sebab kedua belah tangan digunakan utk menutup telinga...hehehee~
[esok aku nak bawak kapas lah..ada headphone pun,x jalan jugak]
bayangkan selama 4 jam terpaksa bertahan dgn kebisingan itu.
dan selama 4 jam jugalah aku 'berzikir' dalam hati..

hari ini memang malang sungguh lah.aduhai..~

p/s :hari esok hari ape???......hari yang ceriaaa!! ~hopefully...

...goodnite...



3 comments:

  1. apsal awk x sound je katy mcm dlm citer P.Ramlee...

    "ai org sebelah, ko pikir opis ni bapak ko punya ke..?? suka hati je memekak.."

    haha

    ReplyDelete
  2. sabar separuh dari iman cik "katijah"

    ReplyDelete
  3. ye..saya memang bersabar lah ni..
    ape nak buat kan~
    huhu......

    ReplyDelete