February 2, 2009

1st time angPow

dikala ini, kepalaku tgh sarat, tgh jammed, tgh stuck, tgh serabut..
disebabkan oleh encik module yg baru ini..
entah bagaimana hala aliran nya yang sebenar pun aku x pasti..
menyambung hasil kerja orang lain dan perlu diintegratekan dgn hasil kerja tangan 'halus' ku ini, begitu amat lah sukar..
sehingga terbantut dan timbul kebuntuan minda seketika.

jadi sekarang, aku mahu melegakan seketika semua itu dgn menaip sesuatu disini.

hari kelmarin, aku begitu gembira.
hari semalam, aku agak kecewa.
hari ini, aku kembali suka dan sedikit merasa biasa. [sedikit biasa?? ahh..layan jer..]

kenapa suka? :)
hari ini, mereka semua sudah kembali bekerja.
tetapi tidak kembali dgn tangan kosong.
kembali bersama angpow maaa~ hehehe~

selama hidup ni, ini lah kali pertama mendapat angpow pada tahun baru cina! :)
[dan kali pertama TIDAK mendapat duit raya pada Aidilfitri yang lalu.. :( ]

huhu~
kelmarin..'auntie' Susan beri angpow....."small2 1 saje maa.."
harini..'uncle' Patrick beri angpow....."nah angpow..hehe~"
juga harini..'uncle' Bos beri angpow....dgn ucapan.."jangan mengantuk aa~..hekhekhek"
[eh,eh bos ni..perli ke nasihat ke ucapan khas ni? aku mengantuk je, bukan tido! Eric itu suke lah,gelakan aku!huh!]

mereka itu sudah berkeluarga,jadi perlu dan harus memberi angpow..
[ini tradisi mereka
..kalau org melayu, asal sudah berkerja saja, sudah tidak menerima lagi, harus memberi pula! huh!]
yang lainnya masih single. jadi, hanya perlu menerima saje..
[tapi 'uncle' Lian Ngee tak bagi pun? hehehe...ish! huhu..]

boleh tahan juga kutipan angpow tahun ni..[okla dari x dapat apa2.sudah la pertama kali..huhu]
'auntie' Susan beri 2 not biru saje.[:)]
'uncle' Patrick beri 1 not hijau.[=) =)]
dan 'uncle' Bos beri 2 not merah![:D :D :D , orang lain dpt lagi banyak ke bos? haha!]

hahahaha!...tidak la banyak mana..tapi ok la kan?
btw, terime kasih aa...toche, toche!

sekarang perlu sambung kerja! nnt bos ambil balik angpow baru tau! hehehe~

4 comments:

  1. jangan mengantuk = jgn tido + jgn men blog + jgn berangan + jgn men YM + jgn bukk sebarang social nwork....

    hahahhaha

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    halyza, sila JANGAN JELES okay~

    FYI, bos i bising x nampak i online taw dkt YM taw..
    abis die sruh i install skype,msn dan tah ape2 lg..supaye die bleh chatting dgn i...weeehehehee~

    btw, bos hnye nmpk aku je mngantuk..
    org lain tido tersengguk2 dia tak nak nampak plak...
    haissshhhh~

    ReplyDelete
  3. hhaha...tula psal...gajah depan mata tido x nmpk...kuman seberang laut tgh tido...nmpk laks...hhu

    ReplyDelete
  4. kira i ni macam kuman la ek?
    adekah ko cube mengatakan yg i ni kuros haliz??
    wekekkeekkeke~ =P

    ReplyDelete