January 27, 2009

aktiviti mendaki dan mencerap di CNY

pagi,26 jan.

aktiviti aku ialah mendaki gunung @ bukit tampin sebagai pengisian masa cuti yang tidak kemana2 bersama 2 orang guru sekolah.

di kaki gunung..pendakian bermula..

13.9.86 tiang letrik..tiang letrik yang berjumlah 96 tiang sebelum sampai ke puncak.

yeah!!..sudah berjaya sampai di puncak gunung!

[gambar ini ditangkap oleh seorang guru yg tidak profesional dlm seni fotografi]

Menara Pemancar..yeah,akhirnya sampai juge dikaki pemancar ini.

Selalunye nampak dr jalan raye je.

[kawasan ini dikawal oleh askar dan dilarang mengambil gambar pemancar! oppss!]

Larian Tamat....?? mane de berlari pun..,mendaki sambil merangkak ade la..
sgt penat la pendakian ini.
Lenguh sungguh kaki2 ku ini.
tak larat sungguh utk menuruni bukit ini.

**********
petang,26 jan.

aktiviti aku ialah mencerap gerhana matahari di langit Bongek bersama seisi keluarga, tapi malangnya gagal untuk merakamkan detik bersejarah itu dengan jelas.
[walaupun gerhana agak jelas dilihat ketika itu.]


Gerhana Langit Bongek...Sepatutnya ia lebih jelas, tp mungkin kesilapan teknikal.

kami adik-beradik ketika itu rata2 agak "jobo" melihatkan fenomena itu.
[*jobo adalah perkataan n9 yg bermaksud seperti jakun lah lebih kurang..huhu~]
aku sebagai first founder lagi lah "extra-jobo"..
pada mulanya mereka mendakwa aku berbuhung!!
[penat juge mahu meyakinkan mereka!]

dalam keghairahan itu tiada siapa yang menunaikan solat sunat gerhana.
alasan mereka adalah uzur...
[namun, solat asar masih dikerjakan tapi...keh,keh,keh
hanya emak dan abg ipar aku saja yg menunaikan nya..Alhamdulillah~

Pasukan Pencerap dan Ahli Falak Kg.Bongek..

Pn.Norazlin dan Cik Suzaini =P

[abih negetip pilem gambar di agih2 kan setiap seorang! tp, aku gune sunglass saje.]

Mirul menarik muka bosan...'ade ape dgn gerhane'?


sungguh bertuah dapat mencerap gerhana beramai2 di kampung.

sangat meriah! huhu~

p/s: gerhana akan terjadi kembali bulan julai tahun hadapan!

2 comments:

  1. mirul relax je...x jobo ponn....hhee

    ReplyDelete
  2. mirul pun jobo gak...
    tp die cover tu...
    maleh nak lyn ummi die dgn makcik2 die..huhuhu~

    ReplyDelete